A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Saringan Untuk Kanser Prostat

Kepentingan saringan

Kanser prostat merupakan kanser yang kerap berlaku pada lelaki. Di Malaysia, ia berada di kedudukan keempat selepas kolon, paru-paru dan kanser hidung dan tekak. Pesakit kanser prostat mempunyai peluang yang sangat baik untuk sembuh berbanding beberapa kanser yang lain. Simptom kanser prostat adalah tidak spesifik, contohnya sakit semasa buang air kecil, kencing berdarah dan ramai juga pesakit tidak mempunyai sebarang simptom langsung.

Penyakit ini selalunya dikesan sekiranya seseorang itu melakukan aktviti saringan secara tahunan. Tidak kurang juga ianya dikesan semasa sudah di tahap yang teruk. Penyakit kanser prostat boleh dibahagi kepada dua bentuk ,iaitu jenis agresif atau tidak. Jenis agresif selalunya di kesan pada orang muda manakala golongan warga emas mengidap jenis yang tidak agresif. Tanda-tanda penyakit yang agresif ialah sakit tulang, kencing berdarah atau sakit semasa kencing. Sekiranya saringan dilakukan, penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal dan peluang sembuh adalah tinggi.

Golongan berisiko

Berikut adalah risiko untuk mendapat kanser prostat:

  • Umur: kebanyakannya setelah berumur 65 tahun keatas, serta jarang dikalangan mereka yang berumur kurang dari 40 tahun.
  • Bangsa: Di Malaysia ,etnik Cina paling kerap didiagnos kanser prostat , diikuti oleh bangsa India dan Melayu. Di Amerika syarikat, orang berkulit hitam yang  berasal dari Afrika atau Caribean lebih kerap mendapat kanser prostat berbanding kulit putih. Bagaimana terjadinya factor perbezaan pada bangsa masih tidak diketahui.
  • Kedudukan geografi:  Ianya kerap berlaku kepada penduduk Amerika Utara, Barat lLaut Eropah, Australia dan Kepulauan Caribbean dan kurang berlaku di Asia, Afrika, Amerika Tengah dan Selatan.
  • Sejarah keluarga dan genetik: Seseorang lelaki yang mempunyai ayah atau abang mengidap kanser prostat, berisiko dua kali ganda mendapat penyakit tersebut berbanding lelaki biasa.
  • Diet : Diet kurang sayuran dan buah-buahan serta pengambilan daging merah dan produk tinggi lemak didapati menjadi risiko yang tinggi untuk mendapat kanser prostat di kalangan lelaki.
  • Obesiti: Kegemukan merupakan risiko yang tinggi untuk kanser prostat.

Jenis-jenis saringan dan kekerapan saringan:

Ada dua jenis strategi saringan yang kerap digunakan iaitu paras PSA dalam darah dan pemeriksaan prostat melalui rektum menggunakan jari (DRE). Namun saringan untuk kanser prostat masih menjadi kontroversi. Negara seperti Amerika Syarikat mempunyai program saringan sendiri manakala negara seperti United Kingdom, tidak mengesyorkan program saringan. Kontroversi ini disebabkan ada kajian menunjukkan program saringan tidak dapat menurunkan kadar kematian dan kajian lain pula mendapati  program saringan menyebabkan pesakit dirawat tanpa keperluan.

Walaubagaimanapun dua saringan yang mudah ini boleh menentukan lelaki mana yang perlu melakukan pemeriksaan lanjut. Apabila didapati paras PSA yang tinggi didalam darah dan pemeriksaan prostat dengan jari mendapati prostat tidak normal, maka pesakit ini dicadangkan menjalani biopsi dan pengimejan prostat.

Saringan adalah disarankan bagi lelaki yang berumur 50 tahun keatas dan mempunyai risiko seperti yang dinyatakan.

Rujukan

  1. Kane, R. L., Ouslander, J.G., Abrass, I. B., & Resnick, B. (2013). Essentials of clinical geriatrics (7th ed.). USA: McGraw Hill.
  2. Cramer, S.D. (2007). Prostate cancer (Deadly diseases & Epidemics). Chelsea House Publications
  3. NHS. (2015). Prostate cancer screening. Diambil dari http://www.nhs.uk/Conditions/Cancer-of-the-prostate/Pages/Prevention.aspx
Semakan Akhir : 20 Oktober 2016
Penulis : Dr. Ungku Ahmad Ammen bin Ungku Mohd Zam
Akreditor : Dr. Siti Aishah bt. Johari

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,867

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia