A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. ENDOSCOPIC RETROGRADE CHOLANGIOPANCREATOGRAPHY (ERCP)

ENDOSCOPIC RETROGRADE CHOLANGIOPANCREATOGRAPHY (ERCP)

Apakah itu ERCP?

ERCP adalah satu pemeriksaan yang menggabungkan penggunaan alat endoskop dan fluoroskopi untuk mendiagnos dan merawat masalah sistem duktus biliari dan pankreas.

Endoskop merupakan sejenis tiub fleksibel nipis dengan kamera video kecil dan cahaya di hujung yang digunakan untuk mendiagnos masalah dan melakukan prosedur saluran pencernaan atas termasuk perut, usus, hati, pankreas dan pundi hempedu.

Fluoroskopi adalah satu kajian yang dapat memvisualisasikan gerakan struktur-struktur internal badan dengan menggunakan x-ray yang membolehkan doktor untuk melihat sistem badan, termasuk rangka, penghadaman, kencing, pernafasan dan sistem pembiakan.

ERCP digunakan terutamanya untuk mendiagnos dan merawat keadaan duktus hempedu dan saluran pankreas utama yang sempit atau disekat kerana batu karang, kecaman radang (parut), kebocoran (daripada trauma dan pembedahan) dan kanser. ERCP boleh dilakukan atas sebab-sebab diagnostik dan terapeutik.

ERCP_1

Gambar 1 : Gambarajah menunjukan kedudukan pankreas

Sumber : www.patient.co.uk/health/ercp

Bagaimana dan di mana untuk mendapatkan pemeriksaan ini?

Pemeriksaan ini hanya boleh ditentukan oleh doktor pakar di hospital-hospital yang berpakar dan mempunyai kemudahan fluoroskopi.

Mengapa pemeriksaan ERCP diperlukan?

Pemeriksaan ERCP diperlukan untuk membantu mengesan

  • Ketumbuhan.
  • Batu karang yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan menyekat salurannya.
  • Keradangan disebabkan trauma atau penyakit seperti pankreatitis – keradangan pankreas.
  • Jangkitan
  • Injap (sphincters)yang tidak dapat dibuka dengan betul.
  • Parut atau luka (sklerosis) pada pankreas.
  • “Pseudocysts” – pengumpulan sisa cecair dalam tisu pankreas.

Sebelum pemeriksaan ERCP

  • Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
  • Pesakit perlu berpuasa minimum 4 – 6 jam sebelum pemeriksaan dijalankan.
  • Pesakit yang mempunyai alahan dikehendaki makan ubat prednisolone yang akan dibekalkan.
  • Pesakit tidak digalakkan memakai atau membawa barang kemas dan barang berharga pada hari pemeriksaan. Pesakit perlu memakai pakaian hospital yang disediakan.

Semasa pemeriksaan ERCP

  • Ubat pelali akan digunakan untuk mengebaskan tekak dan menenangkan refleks. Kadang-kadang ubat pelali intravena akan diberikan juga.
  • Endoskop akan dimasukkan perlahan-lahan melalui mulut anda sehingga ke saluran pemakanan dan pencernaan.
  • Doktor akan menyuntik medium kontras ke dalam saluran dan x-ray akan diambil untuk melihat saluran.
  • Prosedur ini biasanya dijalankan dalam tempoh masa kira-kira sejam.
  • Endoskop tidak mengganggu pernafasan anda. Kebanyakan pesakit tidur semasa prosedur atau merasa sedikit tidak selesa.
  • Pesakit mungkin merasa kembung perut semasa dan selepas prosedur dan mungkin menyebabkan rasa tidak selesa.

Selepas pemeriksaan ERCP

  • Pesakit akan dipantau sebelum dibenarkan pulang.
  • Pesakit akan rasa sakit kerongkong selama sehari atau dua dan dinasihatkan untuk menghisap lozenges untuk melegakan kesakitan.
  • Pesakit dinasihatkan untuk membawa penjaga pada hari pemeriksaan.
  • Pesakit tidak dibenarkan memandu atau mengendalikan jentera untuk sekurang-kurangnya lapan jam.

Laporan pemeriksaan ERCP

Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh Pakar Radiologi dan laporan akan disediakan.

Rujukan

  1. http://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/diagnostic-tests/ercp/Pages/diagnostic-test.aspx
  2. http://www.gastro.org/patient-center/procedures/ercp

 

Semakan Akhir : 2 Jun 2016
Penulis : Zaidah binti Maspin
Akreditor : Jasintha S. Sangarapillai

Artikel Berkaitan

X-RAY DADA

Pengenalan X-ray dada ialah pemeriksaan yang dilakukan ke atas dada

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,993

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia