A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Remaja
  6. /
  7. Makan Secara Sihat
  8. /
  9. Keperluan Pemakanan semasa Remaja

Keperluan Pemakanan semasa Remaja

Mengapakah pemakanan itu penting kepada anda?

Pemakanan sihat adalah penting untuk :

  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
  • Sentiasa cergas.
  • Mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
  • Membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian.
  • Membekalkan tenaga bagi lelaki (apabila mereka mencapai akil baligh) untuk pertumbuhan otot.

Mengapakah anda memerlukan tenaga?
Tenaga diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti :

  • Pembinaan otot tubuh.
  • Mengekalkan suhu badan.
  • Memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi.
  • Melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Berapakah keperluan harian pemakanan anda?

  • Keperluan harian anda adalah bergantung kepada :
    • Saiz fizikal.
    • Kadar pertumbuhan.
    • Tahap aktiviti.
    • Jantina.
  • Secara amnya, badan anda memerlukan :
    • Tenaga (yang diperolehi daripada makanan terutamanya daripada makronutrien).
    • Makronutrien: Karbohidrat, Protein, Lemak.
    • Mikronutrien:

Vitamin- Vitamin A, B, C, D, E, K.
Mineral- Kalsium, Besi, Iodin, Zink, Folat, Selenium.

  • Secara amnya, keperluan kalori bagi kebanyakan remaja sihat adalah tinggi. RNI boleh digunakan sebagai garis panduan bagi menentukan keperluan tenaga dan juga lain-lain nutrien.
  • Anda bolehlah merujuk kepada Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI Malaysia 2005) untuk menentukan keperluan tenaga dan lain-lain nutrien. Keperluan tenaga dan nutrien bagi remaja yang mengandung dan remaja yang menyusukan anaknya juga boleh diperolehi.
  • Anda haruslah mengambil makanan yang seimbang berdasarkan kepada Piramid makanan bagi memastikan makanan yang diambil tersebut dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh anda.
  • Pilihlah diet yang sihat bagi mengoptimumkan pertumbuhan selain dapat membina keyakinan diri anda yang tinggi!

Bagaimanakah menilai status pemakanan anda?

Status pemakanan ditentukan melalui keseimbangan makanan yang diambil dan tenaga yang digunakan.
Anda boleh mengukur IJT dengan merujuk jadual IJT berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut umur.

 

Semakan akhir : 25 Januari 2008
Penulis : Noor Shafiza bt. Mohamad Nor

Artikel Berkaitan

Diet Bagi Penyakit Hati Berlemak

Pengurusan diet bagi pesakit hati berlemak bergantung kepada punca penyakit tersebut (obesiti, tinggi kolesterol, sindrom metabolik atau pengambilan alkohol berlebihan). Pesakit perlulah mematuhi diet yang ditetapkan untuk mengurangkan lemak dalam tisu hati.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,523

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia