A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Warga Emas
  4. /
  5. Pencegahan
  6. /
  7. Pencegahan Kecederaan: Pencegahan Bahaya...

Pencegahan Kecederaan: Pencegahan Bahaya Memandu Untuk Warga Emas

Memandu kadang-kadang adalah mencabar bagi warga emas kerana mereka mungkin mengalami perubahan fizikal tertentu yang boleh memberi kesan kepada pergerakan.

Pengenalan

Bagi warga emas, risiko mencederakan diri mereka sendiri dan orang lain semasa memandu adalah lebih tinggi berbanding dengan pemandu muda kerana pelbagai perubahan berlaku akibat proses penuaan. Memandu kadang-kadang adalah mencabar bagi warga emas kerana mereka mungkin mengalami perubahan fizikal tertentu yang boleh memberi kesan kepada pergerakan seperti memusing kepala mereka untuk melihat kenderaan dari arah depan atau membrek kereta mereka dengan selamat.

Siapakah warga emas yang paling berisiko untuk bahaya memandu?

  • Warga emas yang mendapati diri mereka mengalami mana-mana hilang upaya seperti berikut:
    • Penurunan fungsi penglihatan dan pendengaran berkaitan dengan umur
    • Penurunan fungsi ingatan berkaitan dengan umur yang boleh menjejaskan keupayaan untuk mengingat
    • Perubahan fizikal, contohnya kemerosotan ketara pergerakan leher atau badan
    • Kemerosotan koordinasi motor
    • Pergerakan terlampau perlahan
  • Pemandu warga emas yang mempunyai ahli keluarga atau kawan yang risau mengenai keupayaan mereka memandu

Pemandu warga emas yang berisiko perlu mendapatkan penilaian formal untuk keupayaan memandu  dan boleh dilakukan oleh jurupulih carakerja. Walau bagaimanapun, anggota kesihatan perlu peka apabila mengesyorkan pemberhentian memandu kerana cadangan sedemikian boleh menjejaskan autonomi warga emas.

Bagaimana pemandu warga emas mencegah kecederaan dan kematian?

Pemandu warga emas boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah bahaya memandu dan kekal selamat di jalan raya, termasuklah:

  • Senaman secara berkala untuk meningkatkan kekuatan fizikal dan fleksibiliti sendi
  • Mendapatkan doktor atau pegawai farmasi untuk mengkaji semula ubat-ubatan dengan kerap supaya mengurangkan kesan-kesan sampingan dan interaksi ubat
  • Menjalankan pemeriksaan mata oleh doktor mata secara berkala dan memakai cermin mata seperti yang dicadangkan
  • Menjalankan ujian pendengaran secara berkala kerana kurang pendengaran boleh menjejaskan keupayaan pemandu warga emas untuk mendengar kedatangan kenderaan atau kereta api semasa kecemasan
  • Memandu hanya dalam keadaan yang paling selamat contohnya pada waktu siang dan semasa cuaca yang baik
  • Sentiasa mengguna tali pinggang semasa memandu
  • Menggunakan laluan yang paling selamat dan tempat meletak kereta yang mudah dan luas
  • Merancang laluan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan
  • Memastikanjarak yang selamat dengan kereta di hadapan
  • Elakkan gangguan di dalam kereta contohnya mendengar radio yang kuat, bercakap dengan telefon bimbit, menghantar teks mesej atau makan
  • Memahami limitasi fizikal dan membuat apa-apa perubahan yang perlu contohnya alat-alat bantuan untuk membantu warga emas untuk memandu dengan selamat
  • Bagi warga emas dengan penyakit kronik yang mungkin menjejaskan keselamatan memandu, bolehmempertimbangkan cara alternatif selain daripada memandu sendiri, contohnya berkongsi kereta dengan rakan atau menggunakan pengangkutan awam.

Kesimpulan

Bagi warga emas, pelbagai perubahan yang berkaitan dengan process penuaan boleh mempengaruhi kemampuan pemandu warga emas untuk memandu dengan selamat. Walau bagaimanapun, beberapa tips boleh diambil oleh pemandu warga emas untuk menghadapi perubahan tersebut dan menyesuaikan diri dengan amalan memandu yang selamat semasa memandu.

Rujukan

  1. James TP. Prevention of Injuries in the Elderly.  (http://www.merckmanuals.com) ( Accessed on 25/8/2015)
  2. Centers for Disease Control and Prevention. Injury Prevention & Control: Motor Vehicle Safety. (http://www.cdc.gov/motorvehiclesafety/ older_adult_drivers) (Accessed on 25/8/2015)
  3. US Department of Transportation. USAA Educational Foundation. Safe Driving for Older Adults (http://www.nhtsa.gov/people/injury/olddrive/OlderAdultswebsite/index.html) (Accessed on 25/8/2015)
  4. Mayo Clinic. Healthy Lifestyle Healthy aging. Older drivers: 7 tips for driver safety. (http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/healthy-aging/in-depth/senior-health) (Accessed on 25/8/2015)
Semakan Akhir : 20 Oktober 2016
Penulis : Dr. Ho Bee Kiau
Akreditor : Dr. Cheah Wee Kooi

Artikel Berkaitan

Jangkitan Saluran Kencing

Kuman yang menyebabkan jangkitan salur kencing selalunya berasal dari kulit berhampiran dengan pembukaan saluran kencing keluar badan (uretra)

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,637

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia