A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Rekod Perubatan
  6. /
  7. ICD-9-CM – Cabaran Dalam...

ICD-9-CM – Cabaran Dalam Tanggungjawab Pengamal Rekod Perubatan

International Classification Of Diseases – 9th Revision – Clinical Modification (ICD-9-CM)

Pengenalan

‘The International Classification of Diseases, 9th Revision, Clinical Modification (ICD-9-CM)’, berasaskan sistem pengkodan versi asal yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Dari segi strukturnya ICD-9-CM terbahagi kepada 3 volume.

Volume I

(Tabular list of diseases)

Tidak lagi digunakan di semua hospital KKM

Volume 2

(Alphabetical Index of diseases)

Vol.1 dan Vol.2 ICD-9-CM telah digantikan dengan ‘The International Classification of Diseases and Related Health Problems, 10th Revision, Version 2010’.

Volume 3 ICD-9-CM version 2013 Procedure: (both alphabetic index and tabular list) digunakan untuk kod prosedur.

1. Chapter: 00-16 ( 17 Chapters)

2. Rubrics: 00-99 (100 rubrics)

          – Surgical procedures         : 01-86

          – Non-surgical procedures   : 87-99

3. Structure of the classification is based on the anatomical site

4. Code: Numeric

 

 

Prinsip ICD-9-CM Berkaitan Dengan Pengamal Rekod Perubatan Sebagai Koder

  1. Memahami dan mematuhi kaedah pemilihan dan penetapan kod prosedur yang betul dan tepat.
  2. Membuat penetapan kod ke atas semua prosedur yang dicatatkan di dalam borang PER-PD301 (Borang Daftar Dan Keluar Hospital) berserta lampiran tambahan prosedur (jika ada) bagi setiap episode rawatan pesakit.

Kaitan ICD- 9- CM Dengan Sistem Casemix

Sistem Casemix mengambil kira dua (2) maklumat untuk dimasukkan ke dalam aplikasi MalaysianDRG:

I. Maklumat Demografi & Encounter.

II. Maklumat Klinikal

a) Diagnosis: ICD-10 (multiple condition coding)

  • Diagnosis Utama
  • Diagnosis Sekunder

b) Prosedur: ICD-9-CM (Volume 3)

  • Prosedur Utama
  • Prosedur Sekunder

Bagi setiap episod rawatan maklumat diagnosa dan prosedur akan diberikan kod. Kedua-dua kod ini akan dimasukkan ke dalam DRG grouper software, MalaysianDRG. Seterusnya menghasilkan Kumpulan-kumpulan Penyakit (Diagnosis-Related Group, DRG);

 

Keperluan Ketepatan Dokumentasi Prosedur Yang Diberikan Kepada Pesakit Untuk Ketepatan Pengkodan

  1. Pegawai Perubatan/Paramedik perlu mencatat semua prosedur yang dilakukan bagi setiap episod rawatan.
  2. Catatkan prosedur utama dengan tepat dan bersesuaian dengan diagnosis utama yang dicatat.
  3. Pengalaman serta pemahaman koder mengenai prosedur juga mempengaruhi pemilihan ketepatan dan penetapan kod prosedur.

Tatacara Pemilihan Dan Penetapan Kod Prosedur Yang Dilakukan Oleh Pengamal Rekod Perubatan

  1. Kenalpasti semua prosedur yang dicatatkan di borang Daftar Masuk dan Keluar Hospital (PER-PD301).
  2. Kenal pasti kata kunci bagi prosedur-prosedur berkenaan.
  3. Buat carian dalam indeks prosedur.
  4. Rujuk Tabular list serta catatan yang ada seperti `notes, inclusion and exclusion, omit code and conventions’ dalam blok berkaitan (jika ada).
  5. Buat pemilihan kod prosedur berdasarkan prosedur yang lebih spesifik sehingga digit ke 3 atau digit ke 4 (jika ada).
  6. Beri penetapan semua kod prosedur yang ada.

Impak ICD 9 CM Dengan Sistem Case-Mix

  1. Menghasilkan Kumpulan-kumpulan Penyakit (Diagnosis-Related Group, DRG); serta kos yang terlibat untuk merawat kumpulan penyakit dalam DRG berkaitan.
  2. Membantu pengukuran pencapaian hospital/jabatan klinikal seperti outcome analysis, cost analysis dan monitoring penggunaan sumber.
  3. Mekanisma pembiayaan peruntukan kewangan kepada hospital/jabatan klinikal akan lebih tepat mengikut anggaran purata kos merawat penyakit berdasarkan DRG berbanding historical budget.
  4. Ketepatan pemilihan kod ICD-10 dan ICD-9-CM amat memberi kesan kepada penentuan DRG bagi sesuatu kumpulan penyakit di dalam aplikasi MalaysianDRG. Dengan secara tidak langsung ianya juga akan memberi kesan kepada peruntukan kewangan yang sepatutnya diterima oleh sesebuah hospital apabila peruntukan hospital dibuat berdasarkan hasil terbitan maklumat daripada Sistem Casemix.

Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Dan Langkah Penyelesaian

1. Kefahaman yang tidak kukuh dari segi:

  • Jenis-jenis prosedur – surgical procedure and medical procedure.
  • Anatomy & Physiology, Medical & Surgical Terminology.
  • Penggunaan kata singkatan (abbreviations) untuk prosedur yang tidak seragam.

2. Penggunaan Buku ICD-9-CM untuk prosedur masih baru di kalangan anggota rekod perubatan.

3. Anggota rekod perubatan yang memasuki Skim Perkhidmatan Rekod Perubatan adalah terdiri daripada pelbagai disiplin ilmu.

4. Kurangnya pengalaman dan kefahaman anggota rekod dalam membuat pemilihan kod prosedur yang tepat.

Langkah-Langkah Penyelesaian

1. Syarat kemasukan ke Skim Perkhidmatan Rekod Perubatan perlu diberi keutamaan kepada mereka daripada Aliran Sains yang boleh memahami anatomi & fisiologi, medical & surgical terminology. Bertepatan dengan jawatan ini yang dikategorikan sebagai Ahli Sains Kesihatan Bersekutu.

2. Kursus / Latihan berterusan perlu dirancang secara berterusan:

  • Kolaborasi bersama Kolej Kejururawatan. Kursus post basic atau attachment di Kolej Kejururawatan bagi tempoh tertentu khusus untuk mempelajari subjek Anatomi & Fisiologi, Medical & Surgical Terminology, Pengenalan Prosedur dan jenis-jenis prosedur.
  • Kaedah membaca, memahami dan mengekstrak maklumat klinikal melalui Ringkasan Discaj (PER-PD302) atau merujuk terus Rekod Perubatan Pesakit.

3. Pengauditan ke atas kod prosedur perlu diadakan secara berkala.

4. Wujudkan keseragaman dalam penggunaan kata singkatan prosedur di semua hospital KKM.

Semakan Akhir : 11 September 2017
Penulis : En. Anuar Bin Zainal
Akreditor : Tuan Haji Lokhman Bin Dasuki

Artikel Berkaitan

MENGAPA BERPUASA UNTUK PEMERIKSAAN X-RAY?

Keperluan berpuasa adalah penting bagi pesakit dewasa yang menjalani pemeriksaan x-ray pada bahagian abdomen dan pemeriksaan yang melibatkan penggunaan media kontras. Pesakit perlu berpuasa supaya organ dan struktur kelihatan jelas tanpa dilindungi najis.

Disengat Serangga Berbisa

Sengatan serangga berbisa lazimnya hanya menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan. Namun begitu, ia juga boleh mengakibatkan tindak balas yang lebih serius kepada badan dan fungsi organ akibat berlakunya kejutan anafilaksis.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,525

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia