A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Posisi Badan dan Anggota...

Posisi Badan dan Anggota yang Baik untuk Pesakit Strok (Angin Ahmar)

Angin Ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terganggu sama ada tersumbat dengan darah beku (strok iskemia) atau saluran darah otak pecah (strok pendarahan), yang menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrien ke tisu-tisu otak.

Apakah angin ahmar?

Angin Ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terganggu sama ada tersumbat dengan darah beku (strok iskemia) atau saluran darah otak pecah (strok pendarahan), yang menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrien ke tisu-tisu otak. Ini menyebabkan sel-sel otak mati dengan cepat dan gangguan kepada kefungsian anggota badan. Angin ahmar merupakan punca ketiga terbesar penyebab kematian dan punca utama penyebab kecacatan di Malaysia.

Insiden angin ahmar di Malaysia

Tidak terdapat angka kebangsaan mengenai kejadian angin ahmar di Malaysia tetapi rekod hospital-hospital kerajaan menunjukkan kira-kira 2,500 kematian dan 12,000 strok di discaj setiap tahun. Purata umur pesakit strok di Malaysia adalah antara 54.5 dan 62.6 tahun.

Apakah kesan-kesan angin ahmar?

Kesan-kesan angin ahmar berbeza daripada satu pesakit dengan pesakit yang lain. Ia bergantung kepada di mana dan berapa banyak sel-sel otak yang cedera. Angin ahmar boleh melibatkan apa-apa bahagian dan beberapa kawasan dalam otak dan kesan-kesan yang biasa adalah :

Defisit fizikal

1. Kehilangan/kelemahan pergerakan di sebelah (hemiplegia)

badan di mana strok itu berlaku.
2. Koordinasi yang lemah.

3. Pertuturan dan keupayaan menelan terjejas.

4. Inkontinen (tidak boleh mengawal air kencing)
5. Penglihatan terjejas.

Defisi (Kekurangan) kognitif
1. Disorganized, tertekan dan kehilangan tumpuan.
2. Tidak mampu memahami perkataan

Defisit (Kekurangan) spatial – persepsi
1. Kehilangan deria rasa di sebelah badan.
2. Kehilangan imej badan.

STROK copy

Mengapa posisi yang betul penting bagi pesakit angin ahmar?

Faedah posisi badan dan anggota yang optimum boleh :-
1. Memodulasikan otot.
2. Mencegah kecederaan kepada anggota badan yang terjejas.
3. Menyokong dan menstabilkan segmen badan.

Cara posisi badan dan anggota yang paling disyorkan adalah seperti berikut :
i. Mengiring pada anggota yang normal.
ii. Mengiring pada anggota sebelah yang terjejas strok.
iii. Baring terlentang.
iv. Duduk di atas kerusi / kerusi roda.

Gambar 1 :  Cara posisi mengiring pada anggota yang normal

POSISI MENGIRING
  • Posisi mengiring pada anggota yang normal
  • Kepala disokong dengan bantal.
  • Anggota atas strok disokong dengan bantal dalam keadaan lurus ke hadapan.
  • Anggota bawah yang lemah disokong dengan bantal dalam keadaan sendi pinggul dan lutut dibengkokkan.

Gambar 2 : Cara posisi mengiring pada anggota terjejas.(lemah)

POSISI MENGIRING 2
  • Kepala disokong dengan bantal.
  • Anggota atas yang lemah dilurus ke hadapan dan tapak tangan menghala ke atas.
  • Sendi pinggul dan lutut kaki normal dibengkokkan 90 darjah dan disokong dengan bantal.
  • Sendi pinggul kaki yang lemah diluruskan dan digerak ke belakang

Gambar 3 : Cara posisi baring terlentang

BARING TERLENTANG
  • Kepala serta sendi bahu disokong dengan bantal
  • Anggota atas yang lemah disokong dengan bantal dengan tapak tangan menghala ke atas
  • Kedua-dua kaki lurus diluruskan.

Gambar 4 : Cara posisi ketika duduk di atas kerusi / kerusi roda

POSISI DUDUK
  • Duduk dengan tegak di atas kerusi yang ada sokongan untuk tangan.
  • Anggota atas yang lemah disokong dengan bantal.

Sokongan dengan menggunakan alat bantuan untuk bahu terjejas kerana angin ahmar.

Gambar 5 :  Alat bantuan yang sesuai untuk sokongan bahu angin ahmar yang lemah.

ALAT BANTUAN
  • Alat bantuan untuk menyokong sendi bahu yang lemah.
  • Boleh digunakan bagi melindung dan menyokong otot otot bahu yang lumpuh.
  • Ini boleh mengurangkan kejadian kejatuhan sendi bahu (sublaxation)dan sakit bahu yang sering berlaku pada sendi bahu angin ahmar

Gambar 6 : Sokongan dengan Functional Taping untuk sendi bahu terjejas kerana angin ahmar.

ALAT BANTUAN1
  • Functional taping boleh digunakan bagi menyokong otot – otot sendi bahu yang lumpuh untuk mengurangkan kesakitan dan mengalakkan peredaran darah.

Pendidikan pesakit

Ahli fisioterapi akan menerangkan kepentingan pengendalian posisi yang betul untuk pesakit strok. Penjagaan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkan kecederaan pada bahu terjejas  strok yang akan menyebabkan kesakitan dan subluxation . Posisi yang betul juga akan mengelakkan kudis tekanan dan juga kontraktur otot – otot. Hubungi ahli fisioterapi yang terdekat untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar berkaitan positioning yang betul.

Rujukan

  • Burden of stroke in Malaysia, Loo KW et al. Int J Stroke. 2012 Feb; 7(2):165-7.
  • Consensus Statement On  The Management Of  Ischemic Stroke,  Academy of Medicine, Malaysia
  • Heart & Stroke Foundation 2014
  • Positioning for stroke patients: a survey of physiotherapists’ aims and practices. Disability and Rehabilitation Volume 23, Issue 10, 2001

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Yew Su Fen
Akreditor : Ismawi bin Ismail
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,392

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia