A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jadual Imunisasi

Jadual 1. Jadual Imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual Imunisasi

Nota:

  • BCG adalah Bacille Calmette-Guerin, vaksin yang memberi perlindungan terhadap tuberkulosis.
  • Hepatitis B adalah vaksin untuk mencegah penyakit Hepatitis B
  • DTaP-IPV-Hep B-Hib adalah vaksin kombinasi 6 serangkai yang memberi perlindungan terhadap difteria, tetanus (kancing gigi), pertussis (batuk kokol), poliomyelitis, Hepatitis B dan Haemophilus Influenzae type B
  • MMR adalah vaksin kombinasi Measles (campak), Mumpus (beguk) dan Rubella
  • Pneumokokal (PCV) diberi untuk mencegah penyakit Pneumokokal serius yang disebabkan oleh serotype bakteria Streptococcus Pneumoniae tertentu
  • JE, vaksin ini diberi di Sarawak untuk mencegah penyakit Japanese Encephalitis
  • DT  adalah dos penggalak yang memberi perlindungan terhadap difteria dan tetanus
  • HPV adalah vaksin Human Papillomavirus yang disediakan untuk murid sekolah perempuan tingkatan 1 atau remaja perempuan berumur 13 tahun yang tidak bersekolah. Ianya diberi untuk mencegah jangkitan HPV yang boleh menyebabkan kanser serviks/pangkal rahim
  • TT adalah Tetanus Toxoid yang diberi untuk mencegah penyakit tetanus (kancing gigi) diberi sebagai dos penggalak untuk meningkatkan paras antibodi

 

Patuhi Jadual Imunisasi 

Bagi memastikan anak anda mendapat perlindungan yang optimum patuhi jadual pengambilan imunisasi yang telah ditetapkan.

Sekiranya tidak dapat hadir pada tarikh janji temu, hubungi fasiliti kesihatan untuk menukar tarikh baharu supaya tidak ada kelewatan  

Sekiranya terdapat keciciran mana-mana vaksin yang tersenarai, hubungi atau hadir ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan tarikh janji temu yang baharu

Simpan rekod imunisasi anak di tempat yang selamat untuk kegunaan di masa hadapan

 

Cadangan Imunisasi Tambahan

Cadangan imunisasi tambahan untuk kanak-kanak yang boleh didapati di fasiliti swasta:

Vaksin

Umur/Jadual pemberian vaksin

Rotavirus

Disyorkan untuk mendapat dos pertama selepas umur 6 minggu. Dos yang seterusnya bergantung kepada jenis vaksin rotavirus yang diterima.

Varicella Zoster / cacar air

Untuk kanak-kanak berumur 12 bulan – 12 tahun: 2 dos diperlukan dengan jarak dos 1 dan dos 2 sekurang-kurangnya 4 bulan.

Hepatitis A

Untuk kanak-kanak umur 1 tahun ke atas: 2 dos diperlukan dengan jarak masa antara 2 dos adalah di antara 6 hingga 12 bulan.

 

Semakan Akhir

:

10 Mei 2024

Penulis

:

Dr. Yeong May Luu

Akreditor

:

Dr. Hjh. Faridah bt. Abu Bakar

Penyemak

:

Dr Amy Nur Diyana Bt Mohamed Nasir

 

 

Artikel Berkaitan

Bagaimana Kanak-kanak Mempelajari Bahasa

Pembelajaran bahasa merupakan satu proses yang kompleks. Ia berlaku secara berperingkat dan memakan masa yang panjang. Kanak-kanak mula belajar bercakap selepas dilahirkan dan menjadi mahir apabila berumur 5-6 tahun.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,043

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia