A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Rekod Perubatan
  6. /
  7. Penggunaan Informasi Teknologi Dalam...

Penggunaan Informasi Teknologi Dalam Pengurusan Rekod Perubatan

Pengenalan

Pertambahan jumlah pesakit di hospital di seluruh negara menyebabkan pengurusan rekod pesakit menjadi semakin rumit. Rekod perubatan pesakit akan sentiasa bertambah dan satu sistem pengurusan rekod perubatan pesakit yang rapi diperlukan bagi menjaga dan mengelak maklumat tersebut daripada musnah.

Definisi Informasi Teknologi (IT)

Informasi teknologi merupakan sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, mencari dan memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.

Definisi ICT

  • ICT adalah singkatan daripada ‘Information and Communication Technology’ (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat
  • Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Jenis-Jenis Informasi Teknologi

Internet, komputer, televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit.

Asas Penting Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

  • Untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.
  • Untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
  • Digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Rekod Perubatan

  • Merupakan dokumen penting yang mengandungi maklumat pemeriksaan dan rawatan pesakit di klinik, hospital, atau mana-mana institusi kesihatan dan perubatan.
  • Mengandungi maklumat demografi pesakit, maklumat pemeriksaan awal dan nota klinikal yang mencatatkan sejarah kesihatan pesakit, tanda-tanda vital, diagnosis penyakit, nota pengurusan kejururawatan (nursing care), carta pemantauan, maklumat pemeriksaan pengimejan diagnostik dan  ujian makmal, prosedur pembedahan, preskripsi ubat-ubatan, serta lain-lain maklumat yang berkaitan dengan urusan perawatan pesakit.
  • Diklasifikasikan sebagai SULIT berdasar Etika Perubatan dan ianya menjadi hakmilik yang mutlak kepada hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkaitan.

Penggunaan Informasi Teknologi Dalam Pengurusan Rekod Perubatan

  • Di perlukan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaran teknologi atau sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi pantas.
  • Penggunaan komputer dan perisian di hospital di perlukan untuk penyimpanan, mengubah, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mencapai maklumat yang di perlukan dengan lebih baik dan sistematik tanpa mengira tempat dan waktu.
  • Multimedia dan Internet (atau rangkaian komputer) merupatan alatan utama yang menyokong penggunaan informasi teknologi dalam pengurusan rekod perubatan pesakit.

Keperluan

  • Untuk menjaga dan mengelak maklumat rekod perubatan pesakit daripada musnah dan hilang.
  • Untuk mewujudkan satu sistem yang cekap dan sistematik bagi pengurusan rekod pesakit.
  • Memudahkan penyimpanan data, capaian dan pencarian maklumat mengenai rekod perubatan pesakit.
  • Menjimatkan masa bagi pihak hospital.
  • Boleh berkongsi maklumat diantara hospital dan urusan pesakit dengan unit lain di hospital itu sendiri saperti unit Farmasi, Unit X-Ray, Unit Patologi, Unit Rekod dan sebagainya.
  • Menjimatkan ruang penyimpanan.
  • Menjamin kerahsian dan keselamatan dari segi kehilangan, rosak, kebakaran dan sebagainya.
  • Mengurangkan kos operasi.
  • Memudahkan proses pelupusan rekod perubatan pesakit.

Kebaikan

  • Meningkatkan sistem penyimpanan rekod pesakit daripada manual ke elektronik.
  • Perkongsian maklumat dapat dicapai antara hospital, wad, unit rekod dan sebagainya.
  • Memudahkan urusan perekodan dan capaian maklumat pesakit.
  • Membantu proses diagnosis dan pemantauan kesihatan pesakit.
  • Memudakan pengemaskinian dan pengurusan pengkalan data.
  • Membantu pihak pengurusan menyediakan laporan tahunan, statistik kematian, kelahiran dan sebagainya.
  • Menjimatkan ruang, kos dan masa.

Cabaran

  • Kehilangan maklumat.
  • Integriti rekod elektronik.
  • Kesan pembangunan teknologi.
  • Penyeragaman amalan dan prosedur pengurusan rekod.
  • Kefahaman dan kesedaran.
  • Pengetahuan dan kemahiran pengurusan.
  • Media yang digunakan untuk merekodkannya mudah rosak.
  • Teknologi yang digunakan berubah sepanjang masa.
  • Tiada maklumat kontekstual (metadata) yang membolehkan rekod di fahami.
  • Tiada akauntabiliti yang ditetapkan bagi pengurusan rekod yang betul.
Semakan Akhir : 20 Februari 2017
Penulis : Pn. Ami Kalsom Bt. Desa
Akreditor : Pn. Oni Saifura Binti Osman

Artikel Berkaitan

Disengat Serangga Berbisa

Sengatan serangga berbisa lazimnya hanya menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan. Namun begitu, ia juga boleh mengakibatkan tindak balas yang lebih serius kepada badan dan fungsi organ akibat berlakunya kejutan anafilaksis.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,843

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia