A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Perkara yang Perlu anda Tahu sebelum Bertindik Di Dalam Mulut

Bertindik di Dalam Mulut

  • Bertindik di dalam mulut sedang menular dikalangkan masyarakat kita terutama di kalangan remaja. Oleh itu kita harus tahu mengenai baik buruknya bertindik di dalam mulut serta tindakan yang perlu diambil sebelum melakukannya.
  • Bertindik di dalam mulut berlainan dari bertindik di kawasan badan yang lain. Keadaan yang lembab  di dalam mulut boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi yang tidak diingini.
  • Pemilihan logam untuk bertindik adalah penting. Logam – logam yang sering digunakan adalah 14k atau 18k emas, perak, timah dan campuran logam-logam lain. Sesetengah logam ini boleh mengakibatkan alahan kepada kulit .Oleh itu pemilihan logam perlu dibuat dengan betul dan perhatian juga perlu diberi kepada saiz, iaitu panjang dan lebar yang bersesuaian.

Bahagian Yang Sering Ditindik Dalam Mulut

  • Lidah
  • Bibir
  • Pipi
  • Tekak
  • Frenum

Adakah Bertindik Di dalam Mulut Selamat?

Bertindik di kawasan mulut boleh mendatangkan kesan sampingan dan komplikasi jika langkah berjaga-jaga tidak diambil.

Apakah Komplikasi – Komplikasi Yang Boleh Berlaku?

Komplikasi yang boleh berlaku adalah ;

  • Infeksi
  • Kesakitan
  • Kebengkakan
  • Kecederaan kepada tisu-tisu mulut
  • Kecederaan kepada saraf
  • Pendarahan berlebihan
  • Kecederaan kepada gigi dan tampalan
  • Transmisi penyakit berjangkit sekiranya kaedah bertindik tidak dilakukan dengan betul

Apakah Kesan – Kesan Sampingan Yang Boleh Berlaku?

  • Air liur meleleh berlebihan
  • Boleh merosakkan tampalan
  • Alahan kepada logam yang digunakan
  • Parut di dalam mulut
  • Gangguan percakapan disebabkan bahan logam pada lidah
  • Kehilangan deria dan rasa

Bertindik Atau Tidak?

Sekiranya anda belum pasti sama-ada hendak bertindik atau tidak, selidik terlebih dahulu buruk baiknya sebelum menyesal di kemudian hari. Jangan membuat keputusan tergesa-gesa dan jangan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan untuk bertindik.

Jika Sudah Bertindik Di dalam Mulut Apa Harus Saya Lakukan?

  • Jaga kebersihan tindik dengan sempurna
  • Jauhi kontaminasi dari makanan, minuman dengan pembersihan berkesan
  • Elak geseran berlebihan yang boleh menyebabkan luka
  • Elak sentuhan menggunakan tangan yang kotor
  • Bersihkan mulut dan tindik dengan menggunakan kumuran tanpa kandungan alkohol selepas makan dan sebelum tidur.
  • Keluarkan tindik sekiranya berenang di kolam renang kerana klorin dalam air boleh bertindak balas dengan logam tindik
  • Elak minuman keras,gula getah,merokok atau mengunyah objek seperti pensil
  • Elak makanan yang terlalu panas, asidik atau garam berlebihan
  • Sekira bersenam, buka tindik terlebih dahulu
  • Buat pemeriksaan berkala dengan doktor gigi setiap 6 bulan sekali.

Apa Harus Saya Lakukan Sekiranya Ada Komplikasi Selepas Bertindik?

Sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan dan komplikasi selepas bertindik , dapatkan bantuan profesional secepat mungkin .Datanglah ke klinik berdekatan secepat mungkin.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis / Penterjemah : Dr. Lydia Mason ak Lionel
Akreditor : Dr. Savithri a/p Vengadasalam
Penyemak : Dr. Sharol Lail b. Sujak

 

Artikel Berkaitan

Produk Penjagaan Kesihatan Mulut : Berus Gigi

Berus gigi merupakan alat yang penting dalam penjagaan kesihatan mulut. Pemilihan berus gigi yang betul dan sesuai untuk anda amatlah penting bagi memastikan ia selesa digunakan, membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan pada semua permukaan gigi semasa pemberusan dilakukan dan mencegah masalah kesihatan mulut.

Laser Dalam Rawatan Pergigian

Rawatan laser adalah selamat dan berkesan. Namun, kos penggunaan laser dalam rawatan rutin adalah lebih tinggi berbanding dengan keberkesanan yang setanding dengan rawatan pergigian konvensional.

‘Mucocele’

‘Mucocele’ adalah salah satu penyebab bengkak di dalam mulut. Ia adalah lesi yang kerap melibatkan mukosa mulut yang di gambarkan sebagai satu atau beberapa benjolan bulat yang lembut, berisi cecair; yang biasanya tidak menyebabkan kesakitan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,390

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia