A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PEMERIKSAAN RADIOLOGI BENDA ASING

PEMERIKSAAN RADIOLOGI BENDA ASING

Apakah Benda Asing?

Sesuatu objek atau bahan luar yang memasuki badan akibat kemalangan atau bentuk. [1]

Mengapa Pemeriksaan Ini Dilakukan?

Untuk mengesan, membantu dan mengesahkan pengeluaran benda asing dari badan.

Contoh Benda Asing

  • Bahan yang diperbuat daripada plumbum atau bahan kimia menghakis seperti dalam bateri.
  • Bahan yang berbentuk runcing atau tajam seperti jarum, pin, kaca pecah, pencungkil gigi, pisau cukur, penutup tin aluminium.
  • Syiling dan guli

Bagaimana Benda Asing Dapat Masuk Ke Dalam Badan?

  • Bendasing mungkin masuk ke dalam badan secara sengaja atau tidak sengaja. Benda asing ini mungkin tersekat atau terperangkap dalam badan. Contohnya: Tertelan

– Bahan yang berkaitan dengan makanan seperti tulang ikan dan ayam, yang kerap dimakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

  • Dimasukkan

– Bahan seperti botol kecil, tabung uji, dan bungkusan dadah sengaja diselitkan ke dalam dubur atau secara tidak sengaja masuk ke dalam telinga.

– Objek tajam seperti bilah pin/ pisau boleh termasuk ke dalam badan secara tidak sengaja.

  • Tersedut

– Seringkali kanak-kanak meletakkan objek kecil seperti kacang atau manik  ke dalam hidung mereka.

  • Bendasing di dalam orbit  mata

– Debu, habuk, pasir, atau bahan bawaan udara yang lain yang memasuki mata akibat tiupan angin atau letupan yang kuat.

pemeriksaan_radiologi_benda_asing_1 pemeriksaan_radiologi_benda_asing_2

Rajah 1: Jenis benda asing

Sumber: www.onlinejets.org

Apakah Jenis Pemeriksaan X-ray Yang Boleh Dilakukan?

Walaupun objek radiopak sering dapat dilihat dalam X-ray, objek radiolusen seperti kayu sukar dilihat:

X-ray biasa

  • Pemeriksaan x-ray biasa bahagian leher, dada, abdomen dan pelvis.
  • Bahagian badan lain yang terlibat.

Imbasan CT

  • Imbasan tomografi berkomputer (CT) adalah pemeriksaan yang berkesan untuk menunjukkan benda asing seperti tulang ikan, peluru dan kaca.

Ultrasound

  • Ultrasound mengesan benda asing yang rendah radiopak pada tissue badan seperti kaca dan batu. 

pemeriksaan_radiologi_benda_asing_3Rajah 2: X-ray abdomen yang menunjukkan duit syiling dalam usus.

Sumber: www.learningradiology.com

Rujukan

  1. www.learningradiology.com
  2. www.oxforddictionaries.com

 

Semakan Akhir : 12 Mei 2016
Penterjemah : Noorhayati binti Kassim
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,673

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia