A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Audiologi
  6. /
  7. Penjagaan Alat Bantu Pendengaran

Penjagaan Alat Bantu Pendengaran

Alat bantu pendengaran adalah alat elektronik yang menggunakan kuasa bateri yang berfungsi untuk menguatkan bunyi –bunyi persekitaran dan pertuturan bagi membantu komunikasi. Alat bantu pendengaran mengandungi 4 bahagian utama iaitu mikrofon, amplifier, fon telinga/pembesar suara dan bateri. Alat bantu pendengaran ini menerima bunyi melalui mikrofon yang kemudiannya menukarkan tenaga bunyi kepada tenaga elektrik. Amplifier akan menguatkan signal tersebut dan menghantar ke telinga melalui fon telinga ataupun pembesar suara. Alat bantu pendengaran boleh dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu jenis analog, jenis analog yang diprogramkan dan digital yang boleh diprogramkan. Alat bantu pendengaran juga boleh dipakai mengikut jenis saiz contohnya jenis belakang telinga, dalam telinga dan dalam salur telinga. Ia bergantung kepada jenis dan tahap masalah pendengaran yang dihadapi oleh pemakai.

Penjagaan alat bantu pendengaran

  1. Jauhkan dari haba dan kelembapan. Alat bantu pendengaran hendaklah diletakkan dalam keadaan suhu bilik dan selamat.
  2. Tukar bateri yang lemah dengan segera. Penggunaan bateri yang lemah menyebabkan pemakai tidak dapat mendengar dengan baik
  3. Bersihkan alat bantu pendengaran mengikut arahan yang diberikan. Periksa alat bantu pendengaran jika terdapat sumbatan pada acuan telinga, alat bantu pendengaran.
  4. Elakkan daripada menggunakan penyembur rambut  atau menggunakan produk yang berkaitan semasa menggunakan alat bantu pendengaran.
  5. Padamkan alat bantu pendengaran (off alat bantu pendengaran) sekiranya tidak digunakan
  6. Simpan bateri tambahan dan alat bantu pendengaran jauh dari kanak-kanak dan binatang.

Tips mengendalikan alat bantu pendengaran

  1. Jika alat bantu pendengaran tidak mengeluarkan bunyi:
    • Punca : bateri lemah, habis atau pemilihan saiz bateri yang tidak tepat untuk alat bantu pendengaran tersebut.
      • Pemakai perlu memeriksa bateri dan menggantikan bateri lama kepada bateri baru jika ia sudah tidak berfungsi.
    • Punca: bateri diletakkan dalam keadaan terbalik terminal positif diletakkan di terminal negatif.
      • Mengenalpasti terminal positif dan negatif sebelum memasukkan bateri.
    • Punca: acuan telinga tersumbat oleh tahi telinga atau air.
      • Periksa acuan telinga terlebih dahulu. Jika terdapat benda asing yang menyebabkan acuan telinga tersumbat gunakan air blower untuk mengeluarkan partikel tersebut di dalam acuan telinga atau tiub acuan telinga.
    • Punca: butang on/off terletak pada butang off atau butang mic/telefon terletak pada telefon (telecoil).
      • Periksa alat bantu pendengaran dan pastikan butang terletak pada posisi yang betul.
    • Punca:  Receiver port tersumbat dengan kotoran atau tahi telinga terutamanya pada alat bantu pendengaran jenis dalam telinga.
      • Periksa alat bantu pendengaran tersebut dan gantikan wax guard jika didapati ia telah kotor dan bersihkan receiver port.
    • Punca: Microphone port tersumbat atau telah kotor.
      • Jika microphone tersumbat, kita masih boleh mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh alat bantu pendengaran tetapi microphone tidak dapat menguatkan bunyi di persekitaran atau pertuturan.
  2. Alat bantu pendengaran mengeluarkan bunyi yang tidak konsisten iaitu perlahan dan kuat secara tiba-tiba:
    • Punca: Boleh disebabkan oleh faktor-faktor seperti diatas. Ia juga boleh terjadi jika terdapat kebocoran pada tiub acuan telinga
      • Tiub acuan telinga perlu digantikan dengan yang baru
  3. Alat bantu pendengaran mengeluarkan bunyi bising (feedback)
    • Punca: Acuan telinga terlalu kecil atau tidak diletakkan dengan betul didalam telinga.
      • Masukkan acuan telinga dengan betul ke telinga dan pastikan ianya tidak longgar atau mudah tercabut.Jika masih terdapat bunyi bising gantikan acuan telinga kepada yang baru.
    • Punca:Terdapat rekahan atau bocor pada tubing di antara acuan telinga atau pada alat bantu pendengaran(tone hook).
      • Asingkan acuan telinga dengan alat bantu pendengaran. Cuba letakkan jari pada hujung tone hook untuk memerhati samada bunyi bising yang keluar terhenti atau tidak. Jika terhenti bermaksud tubing tersebut bocor dan perlu ditukarkan kepada yang baru.
    • Punca: Terdapat keretakkan pada tone hook.
      • Asingkan acuan telinga dengan alat bantu pendengaran. Cuba letakkan jari pada hujung tone hook    dan perhati jika bunyi bising masih lagi ada. Jika masih lagi terdapat bunyi bising, tone hook perlu diganti.
    • Punca: Terdapat tahi telinga yang banyak di dalam salur telinga.
      • Pemeriksaan salur telinga perlu dilakukan dan tahi telinga perlu dikeluarkan.
    • Punca: Terdapat kerosakkan pada receiver.
      • Cuba dengar bunyi alat bantu pendengaran pada volum terendah sama ada bunyi tersebut jelas atau tidak. Jika bunyi tersebut tidak jelas, receiver perlu diganti.

Khidmat nasihat berkenaan alat bantu pendengaran boleh didapati daripada pegawai pemulihan perubatan pendengaran atau audiologist di hospital-hospital kerajaan yang menawarkan perkhidmatan audiologi. Alat bantu pendengaran juga perlu diservis untuk menjaga kualiti alat tersebut.

Semakan akhir : 29 Januari 2014
Penulis : Norlinda bt. Misman
Akreditor : Nur Azyani bt. Amri

 

Artikel Berkaitan

Latihan Auditori

Latihan auditori ialah proses mengajar otak untuk mendengar. Ia merupakan proses mengajar individu bermasalah pendengaran.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,429

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia