A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Optometri
  6. /
  7. Optometris, Oftalmologis Dan Optician...

Optometris, Oftalmologis Dan Optician : 3 “O”

Apakah 3 “O”?

Optometris

Optometris adalah seorang pengamal kesihatan mata yang terlatih dan profesional. Optometris menerima pendidikan khusus tentang mata dan terlatih dalam menjalankan pemeriksaan mata semasa mengikuti kursus ijazah optometri selama 4 tahun di institusi pengajian awam atau swasta. Segelintir Optometris meneruskan pengajian lanjutan (Sarjana/PhD) dalam bidang kepakaran optometri seperti kanta lekap, penglihatan binokular, penglihatan terhad, kesihatan optometri awam dan sebagainya.

Tugas utama Optometris adalah memeriksa mata dan mengesan masalah penglihatan bagi semua peringkat umur (dari bayi hingga dewasa). Optometris mengesan masalah rabun mata (rabun jauh dan dekat), juling dan mengesan penyakit mata seperti mata merah, glaukoma, katarak, retinopati diabetik dan lain-lain lagi.

Optometris akan menentukan rawatan yang bersesuaian dengan kes sama ada cermin mata, kanta lekap, kanta prisma atau latihan mata/ terapi visual atau kombinasi. Optometris juga memberi khidmat nasihat mengenai jenis kanta dan cermin mata yang sesuai dengan jenis rabun dan masalah mata.

Bagi pesakit yang ada penyakit mata atau perlu pembedahan mata, Optometris akan merujuk pesakit kepada Oftalmologis. Rujukan penting sebelum Optometris memberi cermin mata atau latihan mata/ terapi visual kepada pesakit (contoh; kes katarak, juling atau mata merah).

Di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Optometris dan Oftalmologis bekerjasama di bawah satu Jabatan dalam memberikan rawatan kepada pesakit. Optometris bertanggungjawab menentukan tahap penglihatan pesakit, menentukan kuasa cermin mata, menentukan kuasa kanta intraocular lens (IOL) yang digunakan semasa pembedahan katarak, kanta lekap khas (rujuk contact lenses) mengendalikan mesin diagnostik khas; bersama mengendalikan klinik-klinik diabetik, glaukoma, sebelum dan selepas pembedahan katarak; mengendalikan klinik visual terapi ; aktiviti promosi kesihatan mata ; pengurusan dan lain-lain.

Sebilangan Optometris di KKM terlatih untuk bekerja secara berdikari (tanpa Oftalmologis) sebagai optometris primer di hospital daerah KKM. Mereka memeriksa, merawat dan mengendali kes mata yang ringkas. Kes rumit dan memerlukan pembedahan akan dirujuk kepada Oftalmologis.

1 2
Memeriksa kuasa cermin mata kanak-kanak di hospital Memeriksa kuasa cermin mata atau kuasa kanta mata (IOL) bayi di dalam dewan bedah
3 4

Saringan Penglihatan Di Tadika

Oftalmologis

Oftalmologis adalah Pakar Mata (Pegawai Perubatan) yang mengkhusus dalam bidang penyakit mata. Oftalmologis dapat memberikan perkhidmatan penjagaan mata secara menyeluruh seperti menjalankan pemeriksaan mata, mengesan dan merawat penyakit mata dengan ubat-ubatan atau kaedah bedah mata dan kawasan sekitar mata.

Dalam bidang Oftalmologi, bidang subkepakaran lanjutan adalah; Medical Retina, Vitreo Retina, Glaukoma, Kornea, Oculoplasty, Neuro Ophthalmology and Ophthalmology Peadiatric/Strabismus.

Optician

Optician (Juruoptik) meracik kanta untuk dijadikan cermin mata. Juruoptik boleh membantu dalam memilih jenis kanta dan bingkai cermin mata yang sesuai, bergantung kepada saiz, bentuk, warna dan gaya anda. Di Malaysia, Juruoptik berdaftar dibenar memeriksa kuasa mata dan bekerja di kedai optik.

Di sesetengah negara seperti Amerika, Australia dan Kanada, hanya Oftalmologis dan Optometris sahaja dibenarkan memeriksa mata, menentukan kuasa rabun dan memasang kanta lekap. Di Malaysia, hanya Juruoptik berdaftar yang lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Majlis Optik Malaysia (MOC) Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja diberi keistimewaan untuk memberi perkhidmatan kanta lekap.

Setiap Juruoptik berdaftar perlu mempamerkan sijil keluaran MOC pada ruang premis mereka di bawah Akta Optik (1991). MOC mengeluarkan 3 kategori sijil;

  1. Sijil Pendaftaran Penuh
  2. Sijil Praktis Tahunan
  3. Sijil Nama Bergambar

Bagi Membezakan Di Antara Optician Pula;

  1. Sijil Pendaftaran Penuh (Asas) : Dibenarkan mempreskripsi cermin mata sahaja (Sijil Biru)
  2. Sijil Pendaftaran Penuh (Tambahan) : Juruoptik berkelayakan untuk mempreskripsi dan menjual Kanta Sentuh. (Sijil Merah Jambu)

Rujukan

  1. Difference between Ophthalmologist, Optometrist and Optician. http://www.aapos.org/terms/conditions/132
  2. What Are the Differences between Ophthalmologists, Optometrists and optician. http://www.djo.harvard.edu/site.php?url=/patients/pi/439?
  3. Optometrists, Ophthalmologists, Opticians. Who should I see. http:// doctorsofoptometry.ca/optometrists-ophthalmologists-opticians-who-should-i-see

 

Semakan Akhir : 22 Mac 2016
Penulis : Pn. Nur Hafiza Binti Mokhtar
Akreditor : Pn. Nor Aini Binti Hanafi

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,471

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia