A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Psiko pendidikan adalah suatu perkhidmatan pendidikan yang diberikan kepada pesakit mental dan ahli keluarganya bagi memastikan pesakit dan ahli keluarganya saling memahami tentang penyakit yang dialami pesakit. Pesakit dan ahli keluarganya akan sentiasa mempunyai pengetahuan dan kemahiran psikopendidikan agar mereka sentiasa dalam keadaan bersedia dan boleh menerima ketentuan daripada ujian Allah swt.

Definisi

Kaunselor / Pegawai Psikologi memberikan pengetahuan kepada pesakit mengenai apa itu penyakit, punca penyakit, kesan penyakit, proses rawatan dan pemulihan emosi. Psikopendidikan juga diberikan kepada ahli keluarga untuk memastikan bahawa mereka juga memahami situasi dan emosi yang sedang dialami. Mereka juga diberi kemahiran menangani sesuatu masalah.

Sejarah Konsep Psiko Pendidikan

Konsep Psikopendidikan ini muncul dalam Kesusasteraan Perubatan pada tahun 1911 dalam rencana yang ditulis oleh John E.Donley. Pada tahun 1980, seorang penyelidik dari Amerika iaitu C.M. Anderson telah mengembangkan konsep ini kepada pesakit dalam konteks merawat pesakit skizofrenia.Ketika itu beliau menumpukan kepada mendidik saudara mara pesakit skizofrenia mengenai gejala dan proses skizofrenia itu.

Matlamat Psiko Pendidikan

  1. Ia bertujuan memberi kemahiran social.

  2. Ia juga bertujuan untuk memberi kemahiran bagaimana menangani masalah.

Kepentingan

  • Proses pemulihan

    Psikopendidikan ini sangat penting diberikan kepada pesakit dan ahli keluarga untuk membantu proses pemulihan dan rawatan (diagnosis) kepada pesakit. Seringkali berlaku pesakit dan ahli keluarga tidak menerima akan penyakit yang dihadapi oleh ahli keluarga mereka. Justeru Pendidik kesihatan yang mempunyai kelayakan profesional seperti jururawat, pekerja sosial, ahli terapi pekerjaan, kaunselor dan pegawai psikologi memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan perkhidmatan psikopendidikan kepada pesakit secara individu atau secara kelompok bersama ahli keluarga. Ia juga boleh berlaku melalui perkongsian pengalaman antara pesakit dengan pesakit yang lain.

  • Kesedaran dan kemahiran

    Melalui psikopendidikan, perkhidmatan ini akan memberikan kesedaran dan kemahiran kepada pesakit dan ahli keluarga mengenai punca-punca penyakit, simptom penyakit, pengambilan ubat dan intervensi yang perlu diambil untuk menjaga pesakit. Perkhidmatan psikopendidikan memberikan matlamat agar pesakit dan ahli keluarga sentiasa berfikiran positif dengan apa yang berlaku terhadap pesakit.

  • Struktur Psiko pendidikan

    Walaupun psikopendidikan boleh melibatkan secara tidak langsung “free-flowing” dalam perbincangan, struktur perlu ada untuk memastikan program ini berada landasan yang betul. Setiap sesi psikopendidikan akan mempunyai matlamat tertentu dan modul tertentu.

    Struktur psikopendidikan ditentukan oleh sama ada program itu melibatkan individu yang mempunyai masalah tersebut atau hanya melibatkan keluarga atau rakan-rakan.

Jika anda mengambil bahagian dalam program psikopendidikan, anda boleh menjangkakan bahawa semua maklumat yang penting dan maklumat tambahan yang anda perlukan tentang keadaan diri anda akan dilindungi. Walaupun banyak penyelidikan masih perlu dilakukan dalam pelbagai bidang perubatan, terutamanya berkaitan tentang anggota tubuh badan dan otak manusianamun terdapat modul-modul psikopendidikan tertentu yang telah disusun oleh pegawai psikologi dan kaunselor professional yang boleh menjawab beberapa persoalan yang mungkin tidak boleh terjawab selama ini.

Isu-Isu biasa yang akan memberi tumpuan kepada psiko pendidikan adalah seperti berikut:

Aspek-aspek perubatan keadaan biologi dan psikologi boleh memberi kesan kepada minda dan perasaan individu/pesakit.

Aspek

Penerangan

Persediaan Mental

Persediaan pesakit dan keluarga pesakit untuk menerima hakikat tentang perkara yang dialami sekarang ini

Rawatan Perubatan

Pesakit perlu sentiasa membuat temujanji dengan pakar perubatan. Ia menjejaskan masa, kewangan dan tugas pesakit

Stres

Pesakit akan mengalami stress semasa proses rawatan untuk pemulihan

Kewangan

Kos rawatan semakin tinggi dan memerlukan pesakit menyediakan perbelanjaan yang tinggi untuk rawatan

Konsep

Beberapa konsep perlu dilaksanakan oleh Pendidik Psikopendidikan agar perkhidmatan psikopendidikan akan diterima oleh pesakit dan ahli keluarga:

  1. Pemindahan maklumat : ( simptomatologi gangguan , menyebabkan , konsep rawatan, dan lain-lain

  2. Pelepasan emosi ( memahami untuk menggalakkan, pertukaran pengalaman dengan orang lain mengenai , kenalan, dll)

  3. Sokongan ubat atau rawatan psikoterapi , kerjasama digalakkan antara profesional kesihatan mental dan pesakit (pematuhan , kepatuhan ).

  4. Bantuan kepada bantu diri (contohnya latihan, keadaan krisis diiktiraf dengan segera dan apa langkah-langkah yang perlu diambil untuk dapat membantu pesakit).

Dalam pelaksanaan psiko pendidikan,Educator perlu mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai penyakit yang dihadapi oleh pesakit.Pesakit seperti kanak-kanak tidak dapat memahami dengan apa yang berlaku terhadap dirinya.Maklumat yang terlalu banyak kadangkala boleh menyebabkan kebimbangan dan ketakutan kepada kanaka-kanak.Pesakit perlu diberikan maklumat sebaik mungkin agar pesakit dan ahli keluarga sentiasa berfikiran positif.

Modul yang digunakan dalam Psiko Pendidikan

  1. Latihan Pengembangan Kemahiran

    • Kemahiran berinteraksi (play therapy, psikodrama)

    • Kemahiran mencari kerja (pendidikan vokasional)

    • Penjagaan Diri/Kekemasan Diri

    • Aktiviti Riadah

  2. Psikologi dan Kaunseling

    • Memberikan perkhidmatan kaunseling

    • Memberikan teknik relaksasi untuk ketenangan

  3. Sokongan sosial dan keluarga

    • Memberikan kemahiran kepada ibu bapa kaedah/cara-cara untuk menguruskan pesakit dan pengendalian memberi ubat kepada pesakit.

Lokasi Untuk Mendapatkan perkhidmatan psiko pendidikan

  1. Klinik Psikiatri atau Jabatan Pesakit Luar di hospital kerajaan

  2. Klinik Kesihatan Daerah

  3. Pusat Psikososial Dan Rehabilitasi

Pusat Rehabilitasi

  1. Pendang,Kedah

  2. Pekan Nanas,Johor

  3. Ipoh, Selama, Tanjung Malim, Teluk Intan di Perak

Dimensi masa hadapan

Perkhidmatan konsep psikopendidikan perlu diteruskan dan diperkembangkan oleh pegawai psikologi dan kaunselor di negara ini. Perkhidmatan ini tidak perlu terhad di intitusi kesihatan semata-mata malah ia perlu perluaskan kepada institusi pendidikan seperti sekolah untuk kaunselor sekolah dan guru-guru yang akan menjadi sistem sokongan sosial dalam masyarakat untuk kanak-kanak berkenaan. Ramai guru-guru di sekolah ketika ini kurang pengetahuan dan kemahiran dalam proses untuk membantu kanak-kanak di sekolah.

Program psikopendidikan juga perlu diperluaskan ke peringkat komuniti masyarakat seperti di masjid, gereja, komuniti kampung dan taman-taman perumahan. Melalui program psikopendidikan ini akan diharap dapat membentuk pemikiran positif dan mengelakkan stigma yang negatif terhadap pesakit kesihatan mental. Kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan mental perlu dilayan dan diterima seperti kanak-kanak lain.

Rumusan

Setiap pesakit perlu mendapatkan perkhidmatan psikopendidikan bagi kepentingan untuk dirinya mengenalpasti jenis penyakit, proses rawatan dan pemulihan.Ahli keluarga dan komuniti juga perlu didedahkan dengan pegetahuan dan kemahiran bagi membantu pesakit kesihatan mental sentiasa dalam keadaan minda sihat emosi sejahtera.

Rujukan

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Psychoeducation

  2. http://www.myvmc.com/treatments/psychoeducation/#C1

  3. http://www.psychiatrictimes.com/articles/evidence-based-practice-psychoeducation-schizophrenia

  4. Bäuml, Josef, et al. Psychoeducation: A Basic Psychotherapeutic Intervention for Patients With Schizophrenia and Their Families. Schizophrenia Bulletin. 2006 32 (Supplement 1): S1-S9

  5. Hogarty, GE, Anderson, CM, Reiss, D, et al. Family psychoeducation, social skills training and maintenance chemotherapy in the aftercare treatment of schizophrenia: II. Two-year effects of a controlled study on relapse and adjustment. Arch Gen Psychiatry 1991; 48:340–347.

Last Reviewed : 18 December 2014
Writer : Mohd Taufiq bin Mahmud
Accreditor : Musa bin Lani

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,649

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia