A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Pergigian Umum
  6. /
  7. Resdung Disebabkan Masalah Pergigian...

Resdung Disebabkan Masalah Pergigian Dan Mulut


Sumber: Blausen gallery 2014

Pengenalan

Sinus-sinus paranasal ialah rongga-rongga berudara di bahagian pipi dan dahi. Rongga-rongga tersebut merangkumi sinus maksila, sinus spenoid, sinus etmoid dan sinus frontal, berdekatan dengan mata dan otak.

Resdung ialah keradangan pada selaput yang menutupi sinus-sinus paranasal. Kebanyakan resdung berpunca daripada masalah hidung and sinus. Walau bagaimanapun, 10% hingga 12% daripada resdung mungkin berasal daripada masalah pergigian dan mulut.

Mengapa masalah pergigian dan mulut boleh menyebabkan resdung?

Hubungan akar gigi geraham rahang atas dengan sinus maksila yang rapat menyenangkan jangkitan masalah pergigian dan mulut disebarkan ke dalam sinus.

Resdung berlaku kerana jankitan disebarkan ke dalam sinus apabila selaput sinus (Schneiderian membrane) bocor. Jangkitan boleh disebabkan oleh:

  • Kerosakan gigi yang melibatkan ruang pulpa.
  • Penyakit gusi.
  • Trauma.
  • Rawatan implan pergigian.
  • Komplikasi pembedahan pergigian, contohnya tebukan selaput sinus semasa canutan gigi rahang atas, rawatan kanal akar, akar gigi termasuk ke dalam sinus.
  • Lesi patologi di rahang atas, contohnya lesi cysta yang terjangkit, antroliths, fistula oroantral.
  • Komplikasi ubat contohnya ubat bisphosphonate.

Apakah gejala resdung yang disebabkan oleh maslah pergigian dan mulut?

  • Sebelah (unilateral) hidung berair.
  • Hidung tersumbat (terutamanya unilateral).
  • Hidung atau mulut berbau.
  • Sakit di bahagian muka.
  • Gusi rahang atas bengkak.
  • Post-nasal dripping.
  • Sakit gigi rahang atas.
  • Demam.

Bagaimanakah resdung disebabkan masalah pergigian dan mulut didiagnosis?

Diagnosis resdung yang disebabkan oleh masalah pergigian dan mulut memerlukan pemeriksaan mulut yang menyeluruh. Selalunya pmeriksaan melalui sinar-x diperlukan. Gigi yang paling kerap dikaitkan dengan resdung ialah gigi geraham besar pertama rahang atas, diikuti oleh gigi geraham besar kedua rahang atas dan gigi geraham kecil kedua rahang atas.

Apakah rawatan untuk resdung disebabkan masalah pergigian dan mulut?

Rawatan resdung yang disebabkan oleh masalah pergigian dan mulut selalunya memerlukan rawatan perubatan dengan menggunakan ubat antibiotik yang sesuai, saliran pembedahan apabila diperlukan dan rawatan untuk menyingkirkan punca masalah pergigian atau mulut.

Apakah komplikasi resdung?

Oleh kerana berhampiran dengan struktur-struktur sekitar sinus, resdung boleh menyebabkan:

  • Meningitis
    • Jangkitan dari sinus akan merebak ke selaput yang meliputi otak.
  • Masalah penglihatan
    • Jangkitan merebak ke soket mata boleh menyebabkan gangguan penglihatan dan buta bagi kes yang teruk
  • Bekuan darah
    • Jangkitan ke salur vena berdekatan dengan sinus boleh menyebabkan cavernous sinus thrombosis yang mungkin membawa maut.
  • Cellulitis
    • Penyebaran jangkitan bakteria ke kulit kawasan muka.

Rumusan

Resdung yang mempunyai sejarah sakit gigi atau pembedahan pergigian/mulut serta resdung unilateral yang kronik atau tidak respons dengan rawatan perubatan perlu diperiksa oleh doktor gigi supaya dapat dikenal pasti sama ada ia berpunca daripada masalah pergigian dan mulut.

Rujukan

  1. Farrukh, M. S., Udaipurwala, I. H., Ansari, M. A,. Muhammad Khayani, I. A., Farooq, M. U. (2013). Causes, Clinical Manisfestations and Treatment Outcome of Maxillary Sinusitis of Dental Origin. Pakistan Journal of Otolaryngology, 29, 84-86.
  2. Maurer, P., Sandulescu, T., Rashad, A., Hollstein, S., Stricker, F., Hölzle F., Kunkel, M. (2011)  Bisphosphonate-related Osteonecrosis of  the Maxilla ans Sinusitis Maxillaris, 40: 285-291.
  3. Mehra, P., Jeong, D. (2009) Maxillary Sinusitis of Odontogenic Origin. Current Allergy and Asthma Reports, 9, 238-243.

Semakan Akhir : 11 Ogos 2016
Penulis / Penterjemah : Dr. Lee Sie Wei
Akreditor : Dr. Shah Kamal Khan bin Jamal Din

Artikel Berkaitan

Rawatan Pergigian Di Rumah – Boleh Atau Tidak?

Tidak ramai yang tahu terdapat rawatan pergigian tertentu yang boleh dilakukan di rumah pesakit tanpa perlu ke klinik pergigian. Antara persoalan yang mungkin diajukan ialah bagaimana ianya dilakukan, apakah rawatan yang bersesuaian dan siapakah yang layak untuk menerima rawatan tersebut?

Caj Pergigian

Caj di klinik pergigian kerajaan adalah mengikut Akta Fee 1951 – Arahan Fee (Perubatan)1982.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,426

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia