A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Ubat Umum
  6. /
  7. Tip Pengendalian Ubat ...

Tip Pengendalian Ubat Semasa Perjalanan

Maklumat ini digunapakai bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan dan perlu meneruskan pengambilan ubat tersebut sepanjang pengembaraan atau perjalanan mereka. Ia dapat membantu untuk merancang dengan lebih awal pengambilan ubat disepanjang pengembaraan anda. Ia juga membantu untuk mendapatkan maklumat berkenaan ubat-ubatan yang boleh dibawa keluar dan masuk ke dalam sesebuah negara.

Pengenalan

Maklumat ini digunapakai bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan dan perlu meneruskan pengambilan ubat tersebut sepanjang pengembaraan atau perjalanan mereka. Ia dapat membantu untuk merancang dengan lebih awal pengambilan ubat disepanjang pengembaraan anda. Ia juga membantu untuk mendapatkan maklumat berkenaan ubat-ubatan yang boleh dibawa keluar dan masuk ke dalam sesebuah negara.

Ubat Preskripsi

  1. Bawa Rekod Perubatan Peribadi Bersama Anda

    • Simpan senarai atau rekod ubat-ubatan yang anda ambil termasuk ubat-ubatan OTC; terutamanya ubat-ubatan penting yang diperlukan sekiranya anda perlu mengambilnya semasa berlaku kecemasan. Adalah penting juga untuk membawa maklumat ini bersama anda sekiranya ubat anda hilang dan anda memerlukan penggantian ubat tersebut.

  2. Simpan Ubat Anda Di Dalam Beg Galas
    • Ubat anda perlu disimpan di dalam beg galas. Ini dapat mengelakkan sebarang masalah yang timbul sekiranya beg pakaian anda yang mengandungi ubat-ubatan hilang.
  3. Bawa Bersama Penyataan Bertulis daripada Doktor Anda
    • Penyataan bertulis ini akan memudahkan pegawai kastam untuk membuat pemeriksaan. Ubat juga perlu disimpan di dalam bekas asal kerana ini memudahkan untuk mengenalpasti ubat yang anda ambil sekiranya berlaku sebarang kecemasan kepada diri anda yang memerlukan rawatan.
  4. Bawa Ubat Melebihi Kuantiti Yang Anda Perlukan
    • Anda perlu membawa bekalan ubat untuk keperluan seminggu melebihi tempoh anda dijangka berada di luar negara bagi mengelakkan masalah jika berlaku sebarang perubahan tempoh pengembaraan atau perjalanan anda.
  5. Penyimpanan Ubat
    • Sekiranya ubat anda perlu disimpan di tempat yang sejuk, anda hendaklah menyimpan ubat di dalam bekas yang tertutup seperti bekas makanan bertutup.
  6. Perhatikan perubahan waktu.
    • Tetapkan masa pengambilan ubat anda supaya anda ingat masa untuk mengambil ubat.
  7. Lakukan Penyelidikan dan Sentiasa Bersedia
    • Terdapat negara yang mempunyai peraturan yang berbeza berkenaan jenis ubat yang boleh dibawa masuk ke dalam negara tersebut. Ada juga ubat OTC yang disenaraikan sebagai ubat terkawal di negara lain contohnya ubat penahan sakit yang mengandungi codeine. Oleh itu anda perlu berhubung dengan kedutaan yang berkenaan bagi memastikan ubat anda boleh dibawa masuk ke negara yang akan anda lawati.
    • Sekiranya anda membawa ubat narkotik yang dipreskrib oleh doktor atau jarum suntikan, anda perlu mendapatkan surat penjelasan dari doktor anda bagi menjelaskan tujuan anda membawa dan mengambil ubat tersebut. Ini amat berguna kepada pegawai kastam semasa pemeriksaan kastam dijalankan.

Ubat ‘Over the Counter’

Sekiranya anda mengambil ubat ‘over-the-counter’ yang tidak mengandungi bahan terkawal, anda digalakkan menyimpan stok berlebihan di dalam beg yang berlainan bagi mengelakkan masalah timbul apabila berlaku kecemasan atau kehilangan beg pakaian.

Anda dinasihatkan membawa ubat seperti paracetamol, ubat untuk gastrik dan garam rehidrasi sepanjang pengembaraan anda.

Lain-lain

Adakah pengembara boleh membawa ubat-ubatan ke Malaysia?

Ya. Pengembara boleh membawa ubat-ubatan sebagai sebahagian daripada bagasinya untuk kegunaan sendiri dengan kuantiti pembekalan selama sebulan.

Anda perlu mengisytiharkan ubat kegunaan sendiri yang mengandungi dadah berbahaya semasa pemeriksaan pegawai kastam.

Siapa Yang Memerlukan Penilaian Sebelum Pengembaraan?

Seorang pengembara antabangsa yang sihat, dinasihatkan berjumpa dengan doktor atau mendapatkan maklumat daripada kedutaan sekurang-kurangnya 4-6 minggu sebelum berlepas.

Pengembara yang dijangkiti retrovirus mempunyai risiko yang tinggi terhadap jangkitan bergantung kepada tahap imuniti. Mereka perlu mendapatkan suntikan vaksin atau rawatan pencegahan antibiotik. (contohnya rawatan pencegahan antimalaria).

Pengembara terutamanya warga emas (mempunyai tahap imuniti badan rendah) yang pergi ke negara yang mempunyai penyakit endemik yang tinggi seperti virus hepatitis A perlu mendapatkan suntikan imunisasi hepatitis A.

Vaksin Meningococcal diwajibkan ke atas jemaah haji 10 hari sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah seperti yang diarahkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Kamariah Shamsinar bt. Kamarul Baharin
    Rosidah bt. Md. Din
Penyemak : Mohamad Rizalmazli bin Salim

 

Artikel Berkaitan

Teknik Penggunaan Ubat Titis Telinga

Ubat titis telinga digunakan untuk merawat jangkitan yang terjadi dalam telinga. Secara amnya ia berkesan, kerana ubat tersebut masuk secara langsung ke dalam saluran telinga dan bertindak di tapak jangkitan. Pastikan anda membaca arahan dengan teliti sebelum menggunakan ubat titis telinga.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,055

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia