A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Vaksin Kanak-Kanak

Apa itu jangkitan Pneumokokal? Penyakit Pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak. Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal? Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat ...
Apa itu Penyakit Meningokokal? Ini adalah jangkitan kuman bakteria yang amat serius mengakibatkan sama ada jangkitan kuman dalam darah (berserta dengan perubahan kulit bercirikan ruam kebiruan yang timbul atau juga dikenali sebagai purpura) atau radang pada selaput otak. Apakah yang menyebabkan Penyakit Meningokokal? Bakteria yang menyebabkan penyakit ini dikenali sebagai ...
Apa itu BCG? BCG adalah singkatan bagi Bacillus Calmette Gurrain. Vaksin ini mengandungi sejenis kuman  mycobacterium  daripada  haiwan iaitu lembu di gelar “mycobacterium bovis”.Kuman ini telah di ubahsuai untuk menjadi lemah supaya ianya tidak menyebabkan penyakit tetapi merangsang sistem imum badan  anak untuk melawan penyakit Tibi. Bila vaksin ini diberi? ...
Apakah itu Vaksin MMR Vaksin adalah kombinasi 3 dalam 1 di mana ketiga-tiga antigen daripada campak (measles), beguk (mumps) serta rubella disertakan bersama dan diberi sebagai satu suntikan. Ketiga-tiga virus ini telah dilemahkan dan badan anak kita mendapat perlindungan apabila sistem ketahanan badan mengeluarkan antibodi yang diguna pakai apabila penerima ...
Apa itu jangkitan Human Papilloma Virus? Jangkitan Human papilloma virus (HPV) disebabkan oleh virus DNA daripada keluarga Papillomaviridae. Terdapat 150 jenis HPV telah dikenal pasti, dan hampir 40 daripadanya dikenalpasti menjangkiti kawasan alat kelamin. Kebanyakan jangkitan HPV adalah tidak bergejala dan tidak memerlukan rawatan khusus. Apakah penyebab penyakit ini? Jangkitan ...
Apa itu Demam Kepialu? Ini adalah jangkitan kuman bakteria pada usus yang menyebabkan demam yang berpanjangan, jangkitan kuman dalam darah dan kebocoran usus. Jangkitan ini adalah biasa berlaku di kawasan tempat tinggal yang mempunyai bekalan air bersih yang terhad atau tidak mempunyai sistem kumbahan yang baik. Apakah yang menyebabkan Demam ...
Apa itu Hepatitis A? Hepatitis A adalah penyakit hati yang akut yang boleh menyebabkan gejala seperti demam, loya, sehingga boleh mengakibatkan kerosakan dan kegagalan fungsi hati (hepatitis). Apa yang menyebabkan Hepatitis A? Hepatitis A berlaku disebabkan virus Hepatitis A yang mengakibatkan jangkitan pada hati (Hepatitis) dan virus ini mudah merebak ...
Apakah jangkitan Rotavirus? Jangkitan Rotavirus adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberikan dalam kadar segera. Apakah yang menyebabkan ...
Apa itu cacar air? Jangkitan virus ini menyebabkan ruam pada kulit yang bercirikan sebagai vesikel mengandungi cecair (melepuh). Ia biasanya menyerang kanak-kanak kecil. Komplikasinya termasuk jangkitan kuman bakteria sekunder, jangkitan paru-paru dan kadangkala radang otak (viral encephalitis). Orang dewasa yang mendapat jangkitan biasanya lebih serius dengan gejala yang lebih teruk ...
Apa itu Poliomyelitis? Poliomyelitis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus polio yang menyerang sistem saraf dan boleh mengakibatkan lumpuh kekal seumur hidup. Komplikasi Poliomyelitis yang teruk boleh menyebabkan kegagalan pernafasan, yang boleh membawa maut. Sehingga kini, masih tiada ubat untuk penyakit ini, dan ia hanya boleh dicegah dengan vaksin ...
Pertusis/Batuk kokol - vaksin jenis tanpa sel aP dan vaksin jenis seluruh sel wP Apa itu Pertusis? Ini adalah sejenis jangkitan bakteria yang serius yang boleh menyebabkan batuk yang teruk (whooping cough) dan jangkitan paru-paru. Apakah kebaikan vaksin batuk kokol jenis tanpa sel? Penggunaan vaksin jenis seluruh sel wP dikaitkan ...
Vaksin-vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO- World Health Organization). Vaksin-vaksin ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan dan ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit ...

Artikel Berkaitan

Pertusis

Pertusis/Batuk kokol – vaksin jenis tanpa sel aP dan vaksin

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,352

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia