A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Komunikasi Dengan Warga Emas

Warga emas adalah orang yang amat berpegalaman dalam kehidupan. Gaya komunikasi mereka juga dijiwai sejak bertahun-tahun lagi. Individu yang berkomunikasi dengan warga emas harus peka dalam isu yang mahu dibicarakan.

Komunikasi merupakan satu saluran penyampaian maklumat yang amat penting. Demikian komunikasi dengan warga emas menjadi lebih sensitif dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Komunikasi boleh berlaku melalui lisan mahupun bukan lisan. Komunikasi berkesan berlaku sekiranya penerima dan menerima dan memahami hasrat dan maksud penyampai. Warga emas adalah orang yang amat berpegalaman dalam kehidupan.  Gaya komunikasi mereka juga dijiwai  sejak bertahun-tahun lagi. Individu yang berkomunikasi dengan warga emas harus peka dalam isu yang mahu dibicarakan. Sekiranya warga tua belum bersedia, maka kita perlu mencari masa yang sesuai ataupun mulakan topik kesukaan mereka sebelum membincangkan isu tersebut.

Sumber: http://www.sentuleastnursinghome.com/

Ketika berkomunikasi dengan warga emas, ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira iaitu:

  1.  Kerelaan / Persediaan

    Konflik komunikasi seringkali berlaku bila kesesuaian masa dan keadaan (emosi, psikologi, mentally) warga emas tidak diambilkira.  Warga emas yang bersedia dan rela membincangkan sesuatu isu akan membuka peluang untuk kita memujuk mereka. Mereka juga mungkin akan lebih terbuka untuk mendengar luahan kita.  Sebaliknya sekiranya warga emas tersebut tidak bersedia maka walaupun isu yang dibincangkan itukurang berat, komunkasi bersama warga emas mungkin tidak akan tercapai.

  2. Penghormatan

    Komunikasi bersama warga emas menitikberatkan kesabaran yang tinggi. Penghormatan amat perlu bagi kelangsungan komunikasi yang berkesan. Warga emas juga merupakan individu yang mudah tersinggung dan agak sensitif. Menzahirkan rasa hormat dapat membuatkan warga emas berasa lebih selesa dan berkeyakinan bila berkomunikasi dengan kita.

  3. Mendengar/ Melayan/ Menerima

    Berkomunikasi tidak bermakna kita harus bercakap. Adakala kita hanya perlu menjadi pendengar yang baik bagi warga emas meluahkan isi dan luahan emosi warga emas. Berkongsi emosi dengan warga emas boleh menjadi komunikasi yang aktif. Warga emas yang kurang bersosial disebabkan faktor kesihatan tidak mengizinkan mahupun  rakan yang semakin kurang, membuatkan warga emas ini  memerlukan  seseorang untuk duduk bersama mereka bagi mendengar mereka dan melayan mereka.

  4. Mesyuarat Ringkas

    Konflik boleh berlaku di mana sahaja. Individu. Manusia mempunyai pendirian dan gaya hidup masing-masing. Ketidakpuasan selalu terjadi. Walaupun begitu, semua itu bergantung kepada individu itu sendiri dalam menyelesaikan konflik. Mesyuarat ataupun perbincangan ringkas bersama warga emas pada setiap minggu ataupun dua kali dalam sebulan adalah digalakkan untuk mengelakkan konflik disamping membuka komunikasi antara warga emas dan warga muda yang menetap dibawah satu bumbung. Mesyuarat ringkas ini juga membolehkan semua ahli keluarga berpeluang meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing dalam suasana damai dan terkawal.

  5. Umur

    Semasa melakukan komunikasi dengan warga emas, kita mestilah peka dan prihatin dengan umur mereka. Kadang kala kita terlupa bahawa ‘generation gap’ adalah faktor berlakunya komunikasi kurang berkesan.  Semasa berkomunikasi dengan warga emas kita perlu memastikan apa yang hendak di sampaikan adalah sama dengan apa yang diterima.  Elakkan perkataan yang terlalu teknikal sehingga mereka tidak faham apa yang hendak disampaikan. Gunakan teknik lukisan, lakaran, perbuatan mahupun tindakan yang tidak menganggu emosi mereka dalam berkomunikasi agar ia dapat membuka minda mereka untuk memahami maksud yang hendak disampaikan oleh kita.

  6. Penglihatan / Pendengaran

    Bila bercakap mengenai warga emas, kita akan sedia maklum bahawa mereka ini akan ada masalah penglihatan dan pendengaran. Oleh kerana itu, ia akan menjadi halangan bagi kita untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan bersama mereka. Kesabaran merupakan nilai utama dalam menjadikan komunikasi dengan warga emas ini ceria dan memberika manfaat kepada mereka

Kesimpulan

Berkomunikasi dengan warga emas menjadikan kita lebih peka dan prihatin dengan mereka. Kita harus menerima hakikat yang warga emas tidak lagi sekuat dan seampuh warga muda. Untuk menwujudkan komunikasi yang berkesan dan baik, warga muda haruslah lebih bersedia, bersabar dan sanggup menyesuaikan diri berdasarkan keadaan dan faktor kesihatan warga emas itu sendiri.

Sumber: http://peminatvitamin.blogspot.my

 

Semakan Akhir : 02 Julai 2018
Penulis : Pn. Tan Mem Syn
Akreditor : Pn. Fariz Sakina bt. Abdullah

Artikel Berkaitan

Kesihatan Pergigian

Rawatan pendakap gigi diberikan oleh Pakar Ortodontik di klinik pergigian kerajaan memberi keutamaan kepada murid-murid sekolah yang berumur 18 tahun dan ke bawah

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,890

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia