A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa itu Hepatitis A?

Hepatitis A adalah penyakit hati yang akut yang boleh menyebabkan gejala seperti demam, loya, sehingga boleh mengakibatkan kerosakan dan kegagalan fungsi hati (hepatitis).

 

Apa yang menyebabkan Hepatitis A?

Hepatitis A berlaku disebabkan virus Hepatitis A yang mengakibatkan jangkitan pada hati (Hepatitis) dan virus ini mudah merebak melalui pencemaran najis.

 

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia boleh diberi?

Vaksin ini mengandungi virus hepatitis yang telah dimatikan terlebih dahulu dan diberikan melalui suntikan ke dalam otot lengan. Terdapat beberapa formulasi baru untuk kanak-kanak termasuk satu kombinasi dengan hepatitis B. Ia boleh diberi selepas usia 12 bulan diikuti dengan dos ke 2 pada 6 bulan selepas dos pertama.

 

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Terdapat vaksin yang boleh digunakan untuk mencegah jangkitan Hepatitis A dikalangan kanak-kanak yang berisiko tinggi.

Kumpulan kanak-kanak tersebut adalah seperti berikut;

  1. Sesiapa yang melawati negara yang mempunyai risiko infeksi yang sederhana ke tinggi (India, Far East, Eropah Timur) untuk jangka masa panjang terutamanya dan jika keadaan persekitaran kotor dan tahap kesedaran kebersihan makanan rendah.
  2. Pesakit dengan penyakit hepa kronik / hemofilia.

 

Semakan akhir

:

10 Mei 2024

Penulis

:

Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo

Penyemak

:

Dr. Hazwani Mohamed Padzir

Artikel Berkaitan

Poliomyelitis

Apa itu Poliomyelitis? Poliomyelitis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh

Pertusis

Pertusis/Batuk kokol – vaksin jenis tanpa sel aP dan vaksin

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,992

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia