A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kemarahan adalah satu emosi semulajadi yang kita semua alami dari semasa ke semasa. Kemarahan boleh berlaku disebabkan oleh peristiwa luaran dan dalaman. Seseorang individu boleh menjadi marah pada orang tertentu atau kejadian atau kemarahan boleh timbul disebabkan oleh kebimbangan atau konflik berkenaan dengan hal peribadi. Kenangan peristiwa traumatik atau dendam juga boleh mencetuskan perasaan marah.

Kemarahan menunjukkan perubahan fisiologi dan biologi; apabila seseorang itu marah, kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat, begitu juga dengan tahap hormon tenaga, adrenalin dan noradrenalin. Kemarahan boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada mana-mana emosi yang lain. Dalam kata yang lain, kemarahan adalah sangat umum dan kemarahan mengganggu dan memberi kesan kepada sekurang-kurangnya dua orang individu; penyerang dan individu yang diserang.

Secara nalurinya, cara semulajadi untuk menyatakan kemarahan adalah dengan bertindak balas secara agresif. Kemarahan adalah, tindak balas penyesuaian semula jadi kepada ancaman; amat mempengaruhi perasaan dan tingkah laku, yang membolehkan kita untuk melawan dan mempertahankan diri kita apabila kita diserang. Oleh itu, kemarahan pada kadar yang minimum ini adalah perlu untuk keseimbangan kehidupan seharian kita. Pada masa yang sama, kita tidak boleh secara fizikal menyerang pada setiap orang atau objek yang mengganggu atau menyakitkan hati kita; undang-undang, norma-norma sosial, dan akal menetapkan had sejauh mana kemarahan itu boleh membawa kita.

Bagi menangani perasaan marah, pelbagai langkah boleh dilakukan oleh seseorang individu. Tiga pendekatan utama boleh dipratikkan iaitu dengan menyatakan, mengehadkan dan menenangkan. Menyatakan atau melahirkan perasaan marah tanpa keagresifan atau pada kadar yang minimal adalah salah satu cara terbaik dalam melepaskan kemarahan. Untuk melakukan ini, seseorang inidividu itu perlu belajar bagaimana untuk membuat memilih dengan jelas apa keperluannya, dan bagaimana untuk mendapatkannya, tanpa menyakiti orang lain. Menjadi tidak tegas tidak bermakna individu berkenaan hanya menurut atau menunduk tetapi lebih kepada menghormati diri sendiri dan masyarakat di persekitarannya.

Kesan kemarahan

Ini berlaku apabila seseorang individu itu mengawal kemarahannya, berhenti berfikir tentang hal yang membangkitkan emosi tersebut, dan memberikan tumpuan kepada sesuatu yang lebih positif. Tujuannya adalahuntuk menghalang atau menyekat kemarahan dan mengubahnya menjadi tingkah laku yang lebih konstruktif. Walaubagaimanapun, pendekatan ini sekiranya emosinya tidak diluahkan ke luaran, implikasinya akan tampak pada dalaman individu terbabit. Impak dari kegagalan ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi atau kemurungan.

Kemarahan yang tidak diekspres boleh menimbulkan masalah yang lain. Perilaku sebegini boleh membawa kepada ungkapan patologi kemarahan, seperti tingkah laku pasif-agresif (berselisih fahaman dengan orang secara tidak langsung, tanpa memberitahu mereka mengapa, daripada menghadapi mereka secara langsung) atau personaliti yang seolah-olah sentiasa sinis dan bermusuhan. Individu tersebut akan memandang orang lain ke bawah,mengkritik segala-galanya, dan membuat komen sinis kerana tidak belajar atau cuba untuk meluahkan kemarahan mereka secara sihat.

Akhirnya, seseorang individu itu boleh memilih untuk bertenang sahaja. Ini bermakna, bukan sahaja tingkah laku dapat dikawal olehnya, tetapi secara tidak langsung tindak balas dalaman turut dapat dikawal; yang mana kadar denyutan jantung dapat diseimbangkan, diri dapat ditenangkan, dan seterusnya membiarkan perasaan berkenaan reda. Namun, apabila ketiga-tiga pendekatan ini gagal, seseorang atau sesuatu akan mengalami kemudaratan yang agak buruk.

Cara atasi kemarahan

Teknik relaksasi boleh digunakan untuk mengawal marah. Terdapat buku-buku dan kursus-kursus yang boleh mengajar teknik relaksasi yang efektif dan teknik-teknik ini boleh dipratikkan sepenuhnya pada bila-bila masa atau apabila perlu. Orang yang marah cenderung untuk mengutuk, menyumpah, atau bercakap dengan isi yang tidak terduga yang mencerminkan pemikiran dalaman mereka. Pemikiran seseorang itu boleh menjadi terlaludramatik ketika marah. Perkara ini boleh dicegah; cuba menggantikan pemikiran ini dengan pemikiran yang lebih rasional. Ingatkan diri bahawa kemarahan tiada manfaatnya, dan tidak akan membuat seseorang individu itu berasa lebih baik (dan mungkin sebenarnya membuatnya berasa lebih teruk).

Kemarahan dan kekecewaan  adalah disebabkan oleh masalah yang sangat nyata yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita. Terdapat juga kepercayaan budaya bahawa setiap masalah mempunyai penyelesaian, namun apa yang menambahkan kekecewaan adalah apabila mengetahui penyelesaiannya tiada. Sikap terbaik untuk membawa keadaan seperti itu adalah dengan tidak memberi tumpuan kepada mencari jalan penyelesaian, tetapi lebih kepada bagaimana diri dapat menangani dan menghadapi masalah berkenaan.

Orang yang marah cenderung untuk mudah membuat kesimpulan. Perkara pertama yang perlu dilakukan jika berada dalam perbincangan hangat adalah melambatkan penyataan dan berfikir melalui akal fikiran yang waras. Jangan berkata perkara pertama yang datang ke dalam kepala, tetapi cuba melambatkan dan berfikir dengan teliti tentang apa yang ingin dikatakan. Pada masa yang sama, dengar dengan teliti apa yang orang lain katakan dan ambil masa yang secukupnya sebelum menjawab atau membalas sebarang penyataan.

Selain itu, jika seseorang tidak mampu mengurus perasaan kemarahan dengan baik, individu itu perlu berjumpa dengan Kaunselor untuk mendapatkan bantuan cara untuk mengendalikan kemarahan dengan berkesan. Dengan bantuan Kaunselor, dapat (celik akal) mencegah, mendidik dan merawat individu yang gagal mengawal emosi marah menjadi lebih positif dan menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Konklusinya, kemarahan tidak boleh dihapuskan dan sekiranya seseorang individu itu cuba atau boleh melakukan sedemikian, implikasinya pasti buruk. Walaupun semua usaha telah diambil, akan ada perkara-perkara yang berlaku yang boleh menyebabkan kemarahan, dan selalunya emosi yang timbul akan menjadi kemarahan yang wajar. Kehidupan ini dipenuhi dengan kekecewaan, kesakitan, kehilangan, dan konflik disebabkan masyarakat di sekeliling. Ini tidak boleh diubah tetapi cara untuk melalui peristiwa sebegitu boleh diubah dan diolah supaya kesannya dapat dikurangkan. Mengawal kemarahan memberi keharmonian yang lebih bahagia untuk jangka masa yang panjang.

Penulis : Nadarajan A/L Gopalkrisnan
Akreditor : Tn. Hj. Hairol Kamal bin Abdul Rahman
Semakan Akhir : 8 Feb 2017

Artikel Berkaitan

Janda Dan Duda (Gelaran Yang Memberi Kesan)

Janda adalah merujuk kepada wanita berkahwin yang kehilangan suami sama ada disebabkan penceraian mahupun kematian manakala duda pula merujuk kepada lelaki berkahwin yang kehilangan isteri samaada disebabkan penceraian atau kematian.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,437,530

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia