A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Pergigian Umum
  6. /
  7. Panduan Penjagaan Kesihatan Pergigian...

Panduan Penjagaan Kesihatan Pergigian Untuk Ibu Hamil

Penjagaan Kesihatan Pergigian Ketika Hamil

Perubahan-perubahan hormon ketika  mengandung mendedahkan ibu (yang tidak menjaga kesihatan pergigian yang baik)  terhadap risiko penyakit pergigian berterusan. Sebarang jenis  infeksi (akibat penyakit gigi atau gusi)  ketika hamil boleh  memberi risiko berat terhadap  kesihatan bayi didalam kandungan. Ini adalah kerana penyakit boleh merebak dari ibu kepada bayi di dalam kandungan melalui berbagai cara. Antara komplikasi  yang terkenal akibat infeksi berterusan adalah risiko bayi lahir pra matang dan bayi lahir kurang berat badan .

Nasihat Awal  Sebelum Mengandung

Sekiranya anda memerlukan rawatan pergigian, anda adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan  sebelum mengandung lagi. Dengan cara ini, anda boleh mengelak dari mendapat semasa mengandung dan boleh mengelak radiasi ke atas bayi dalam kandungan.

Pemeriksaan Gigi Semasa Mengandung

Jika anda  telah disahkan mengandung, dapatkan pemeriksaan gigi seawal mungkin. Di Malaysia , ibu mengandung (bertaraf kerakyatan Malaysia) berhak untuk mendapat pemeriksaan gigi dan rawatan mudah dengan percuma di klinik kerajaan.

Penjagaan Gigi Semasa Mengandung

Description: C:UsersuserDesktopimages.jpg

 

 

Berus  dan flos  gigi anda dengan tekun  setiap hari . Lakukannya dengan teliti untuk memastikan semua permukaan dibersihkan dengan berkesan. Sebaik-baiknya bersihkanlah gigi anda setiap kali selepas makan. Penjagaan gigi  yang baik  boleh mengurangkan risiko jangkitan di dalam mulut ketika mengandung.

Setidak-tidaknya pembersihan mulut harus dilakukan dua kali sehari iaitu  sekali waktu pagi dan sekali lagi diwaktu malam sebelum tidur.

Pemilihan Berus Gigi Dan Flos Gigi

Belilah berus gigi yang sempurna. Memberus gigi dengan berus elektrik dan ubat gigi berfluorida boleh meningkat kebersihan. Pilihlah berus gigi yang:

  • Mempunyai bulu berus yang lembut atau sederhana lembut ,
  • Mempunyai bulu berus yang lebat dan
  • Pilihlah berus yang sesuai dengan saiz mulut anda.

Selain itu, beli juga flos gigi yang sesuai untuk mengeluarkan plak dicelah-celah gigi anda. Pilihan flos adalah seperti di bawah ;

  • Mengandungi lilin ( jika sudah fasih dengan kaedah memflos gigi)
  • Tidak mengandungi lilin (jika pertama kali menggunakannya)
  • Mengandungi perisa (pudina, strawberi dll) – jika perlu perasa
  • Berwarna  (putih, hijau, merah dll) – untuk mudah lihat plak gigi

Alahan Semasa Mengandung

Sekiranya anda mengalami alahan dan kerap muntah :

  • Kumurlah mulut dengan air untuk membilas keluar  asid di dalam mulut.
  • Minum air masak secukupnya untuk mengurangkan kesan asid.
  • Jangan terus menggosok gigi selepas muntah ,tetapi tunggulah seketika dahulu sebelum memberus gigi
  • Memberus gigi ketika lumuran asid berada di dalam mulut selepas muntah boleh menghakis permukaan gigi dengan lebih pantas. .

Kumuran Untuk Mengatasi Masalah Alahan Semasa Mengandung  

Asid menghakiskan lapisan luar pergigian ketika mengalami alahan. Justeru itu, gunakanlah kumuran mengandungi fluorida untuk berkumur. Ini boleh membantu remineralisasi lapisan gigi yang telah dihakis asid. Pilihlah perasa yang mempunyai bau yang menyenangkan supaya tidak terasa loya.

Bawalah Berus Gigi Dan Ubat Gigi di Dalam Beg

Simpanlah berus gigi dan ubat gigi di dalam beg apabila kemana-mana. Mengidam makanan manis adalah kebiasaan bagi ibu hamil. Oleh itu, memberus gigi selepas makanan manis boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan gigi.

Diet

Benih gigi bayi mula membentuk seawal  6 minggu dalam kandungan. Pembentukan gigi  memerlukan zat kalsium. Kalsium boleh terdapat didalam produk tenusu , kekacang dan sayur hijau. Ibu hamil harus berhati-hati apabila memilih makanan. Kekerapan pengambilan minum berkarbonat (bergas)  atau makanan yang manis dan melekit boleh menyebabkan karies.

Kenyataan “ibu hamil akan hilang sebatang gigi dengan setiap kali mengandung”

Kenyataan ini tidak berasas. Ibu hamil mempunyai risiko  kerana perubahan hormon dan masalah alahan tetapi kehilangan gigi boleh dicegah melalui :

  • menjaga kebersihan gigi dengan baik
  • pengawasan diet yang sihat
  • berjumpa dengan dr gigi dengan segera apabila ada tanda-tanda kerosakan .

Adakah Anda Perlu Mengambil Ubat Suplemen Fluorida Ketika Hamil ?

Tidak perlu. Pengambilan suplemen fluorida semasa mengandung tidak mungkin memberi kesan yang banyak kepada bayi yang sedang membesar kerana ubat fluorida ketika diambil tidak mungkin menyeberangi plasenta.

Tampalan Dan Rawatan Pergigian Semasa Hamil

Jika anda belum pernah hadir ke klinik pergigian ketika hamil, sekarang adalah masanya. Doktor gigi  bukan sahaja boleh memeriksa keadaan gigi anda, disebaliknya anda juga boleh mendapatkan  tips kesihatan  pergigian yang  berguna sepanjang kehamilan. Jika anda memerlukan  rawatan tampalan , doktor gigi juga akan membuat keputusan mengenai rawatan yang terbaik untuk anda. Kebanyakkan wanita hamil akan memilih tampalan serwarna  dibanding tampalan amalgam .Walau bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan  tampalan amalgam (yang mengandungi sedikit mercuri) pernah  memberi kesan sampingan kepada kesihatan ibu hamil.

Masalah Pergigian Ketika Hamil

Bukan sesuatu yang luar biasa bagi wanita hamil untuk mengalami masalah pergigian seperti bengkak mulut, gigi berlubang dan gusi berdarah semasa mengandung. Keadaan ini biasanya boleh dicegah dengan pengamalan memberus gigi yang baik dan menggunakan flos pergigian. Sekiranya memerlukan rawatan , anda harus datang ke klinik pergigian dengan segera. Kebanyakan doktor gigi memilih untuk tidak mengambil x-ray atau melakukan rawatan rumit pada trimester pertama .Oleh kerana ibu hamil mungkin tidak selesa untuk berbaring di kerusi pergigian di trimester terakhir, trimester kedua biasanya adalah masa terbaik untuk mendapat rawatan pergigian

Keadaan Kesihatan Mulut Ibu Boleh Menjejas Kesihatan Bayi di Dalam Kandungan

Penyelidikan menunjukkan  bahawa keadaan negatif dalam mulut ibu boleh menjejas kesihatan pergigian bayi.  Lebih teruk keadaan penyakit di dalam mulut  ibu , lebih banyak kemungkinan kuman-kuman ini boleh dipindahkan kepada bayi melalui sentuhan harian seperti perkongsian makanan dan sentuhan jari bayi  ke dalam mulut ibu.  Oleh sebab itu, ibu hamil digalakkan mendapatkan segala rawatan pergigian sebelum bayi dilahirkan.  Selain itu, ibu dan bayi berkongsi saluran darah.Jadi ,sebarang penyakit di dalam mulut ibu boleh merebak melalui saluran darah ini untuk menjejaskan kesihatan bayi.  Oleh itu, ibu hamil yang mengalami penyakit gusi telah dikaitkan dengan bayi lahir dengan berat badan rendah dan juga risiko kelahiran bayi pramatang.

Senarai Semak Untuk Ibu Hamil

  1. Dapatkan pemeriksaan gigi semasa mengandung
  2. Beruslah gigi anda dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida
  3. Flos gigi setiap hari
  4. Kurangkan makanan manis dan snek mengandungi gula
  5. Datanglah keklinik untuk membuat pemeriksaan pra natal
  6. Pastikan pengambilan kalsium di dalam diet anda mencukupi untuk memastikan pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat.

Rujukan

  1. López NJ, Smith PC, Gutierrez J. Higher risk of preterm birth and low birth weight in women with periodontal disease. J Dent Res 2002;81(1):58–63.
  2. Prenatal Radiation Exposure: A Fact Sheet for Physicians (CDC) @ http://www.bt.cdc.gov/radiation/prenatalphysician.asp
  3. Saini R1, Saini S, Saini SR  Periodontitis: A risk for delivery of premature labor and low birth weight infants..J Nat Sci Biol Med  2011 Jan;2(1):50-2. doi: 10.4103/0976-9668.82321.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Lydia Mason ak Lionel
Akreditor / Penyemak : Dr. Sharol Lail bin Sujak

Artikel Berkaitan

Jangkitan Oral

Mulut mempunyai lebih daripada 700 jenis mikroorganisma dan kebanyakan daripadanya

Mulakan Awal – Mulut Sihat Hidup Sihat

Penjagaan gigi perlu dilakukan daripada peringkat awal mulai daripada masa bayi. Ibu bapa/ penjaga / pengasuh perlu peka tentang risiko-risiko kepada kesihatan pergigian dan harus mengambil langkah-langkah pencegahan yang tertentu supaya kesihatan pergigian kanak-kanak kekal dalam keadaan sihat.

Kesakitan Muka Luar Biasa

Kesakitan muka luar biasa juga dikenali sebagai kesakitan fasial berterusan idiopatik, merujuk kepada kesakitan pada kawasan muka dan kepala yang tidak mempunyai ciri-ciri klasik penyakit lain kawasan kepala dan muka.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,802

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia