A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Ujian Air Mani

Ujian Air Mani

Pengenalan

Analisis air mani (SFA) biasanya dilakukan untuk membantu menentukan mengapa pasangan mengalami kesukaran untuk hamil. Ia merupakan pemeriksaan yang paling mudah untuk menilai tahap kesuburan bagi seorang lelaki. SFA juga dilakukan untuk mengikuti perkembangan selepas rawatan yang boleh memberi kesan kepada buah zakar atau fungsi kelenjar aksesori sistem reproduktif lelaki, atau selepas prosedur vasektomi. Akan tetapi, ramai lelaki mengalami kebimbangan dan keresahan untuk menjalani ujian SFA dan mengetahui keputusannya.

Pengulangan sekurang-kurangnya dua kali SFA adalah komponen penting bagi mencapai diagnosis yang tepat. Ini kerana sampel normal tunggal mungkin tidak cukup tepat bagi mengenal pasti potensi kesuburan. Ada kala, terdapat perbezaan yang ketara pada parameter-parameter yang dianalisa daripada sampel yang berbeza tetapi dihasilkan oleh pesakit yang sama.

Perasaan tertekan, mengalami kesulitan untuk menghasilkan sampel dan pengambilan ubat-ubatan yang tertentu juga boleh menyebabkan keputusan SFA  kurang tepat.

Pesakit lelaki biasanya akan menyimpan air mani lebih daripada satu kitaran spermatogenik (dua bulan), terutamanya jika faktor yang boleh menjejaskan spermatogenesis seperti pendedahan kepada virus atau toksin telah berlaku. Keputusan SFA yang tidak normal selepas beberapa pengulangan akan ditakrifkan sebagai faktor  ketidaksuburan lelaki. Dilaporkan bahawa di Amerika Syarikat sahaja, faktor ini telah menyumbang kepada 20% hingga ke 40% masalah ketidaksuburan.

Prosedur persampelan yang baik

Setiap sampel haruslah diambil selepas tempoh pantang ejakulasi (abstinen) selama 2 ke 7 hari. Pesakit lelaki akan menghasilkan sampel sama ada dengan masturbasi, seks menggunakan kondom, seks dengan pengeluaran sebelum ejakulasi, rangsangan elektrik atau rangsangan dubur. Kaedah masturbasi adalah kaedah yang sering menjadi pilihan di pusat-pusat rawatan.

Sampel hendaklah dikumpulkan dalam bekas steril yang lebar dan dikekalkan sehampir mungkin kepada suhu badan. Sampel tersebut perlu sampai ke makmal dalam masa 20 minit dan dianalisis dalam tempoh 1 jam untuk mendapat keputusan yang tepat. Sampel air mani
dibenarkan untuk mencair dan diperiksa dibawah mikroskop.

Parameter untuk dianalisis

Air mani yang baru dihasilkan berwarna putih kelabu dan likat yang mencair dengan sendirinya dalam tempoh 15 hingga 60 minit. Air mani yang berwarna merah atau kuning mungkin menandakan hematospermia (kehadiran darah) atau penyakit kuning. Pencairan dan kelikatan yang tidak normal boleh menandakan adanya jangkitan, kecacatan enzim proteolitik prostatik,
atau ketiadaan kelenjar seminal atau komponen prostatik.

Parameter utama yang dianalisa adalah isipadu air mani, pH, kepekatan, jumlah, pergerakan, dan morfologi sperma. Nilai normal parameter ini diringkaskan dalam jadual dibawah.

Nilai-nilai ini tidak menggambarkan nilai purata bagi setiap lelaki, tetapi ia adalah untuk mengenal pasti nilai minimum parameter air mani seseorang yang mungkin berisiko untuk
menyumbang kepada masalah ketidaksuburan dalam satu-satu pasangan.

Jadual 1: Nilai rujukan untuk parameter SFA oleh World Health Organization (WHO), 2010

Parameter

Nilai rujukan oleh WHO (2010)

Isipadu

?1.5 mL

pH

7.2-8.0

Kepekatan

?39×106 / ejakulasi

Jumlah sperma

?15×106 per mL

Pergerakan keseluruhan

?40%

Pergerakan progresif

?32%

Morfologi sperma

?4% bentuk normal oleh “strict criteria”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gaya hidup yang disyorkan

Senarai di bawah adalah amalan gaya hidup yang disyorkan untuk pesakit lelaki:

  1. Diet yang sihat dan seimbang, makan banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

  2. Berhenti merokok sepenuhnya dan mengelakkan suasana berasap.

  3. Kurangkan alkohol pada tahap minimum (kurang daripada 5 unit seminggu).

  4. Elakkan penggunaan dadah rekreasi.

  5. Pakai seluar yang longgar, elakkan persekitaran yang panas dan elakkan mandi menggunakan air yang panas.

  6. Elakkan duduk / memandu untuk tempoh masa yang lama. Pemanduan berterusan selama 2 jam boleh menjana haba pada skrotum (dan buah zakar) sehingga +2?C.

  7. Ambil vitamin A, C, E dan mineral seperti Zink dan Selenium (disyorkan pengambilan sehingga 1000mg sehari untuk vitamin C).

  8. Elakkan terdedah kepada bahan kimia berbahaya seperti pelarut organik dan racun perosak organofosfat.

  9. Mengurangkan perasaan tertekan (stres).

Kesimpulan

SFA berfungsi sebagai ujian saringan untuk mengenalpasti kehadiran faktor ketidaksuburan lelaki. Keputusan SFA yang tidak normal membolehkan pemeriksaan yang selanjutkan dijalankan oleh pakar perubatan.

 

Lampiran:

                                                            

RAJAH 1 Menilai morfologi sperma menggunakan sistem CASA                                        

 

RAJAH 2 Pengkelasan bentuk sperma

 

Rujukan:

Cooper, T.G., Noonan, E., Eckardstein, S.V., Auger, J., Baker, H.W.G., Behre, H.M., et al. (2010). World Health Organization reference values for human semen characteristics Human Reproduction Update, Vol.16, No.3, 231–245.

Stahl, P.J., Stember, D.S.., and Schlegel, P.N. (2011). Interpretation of the Semen Analysis and Initial Male Factor. Management Clinical Obstetrics And Gynecology, 54, Number 4, 656–665.

Stephen, E.H., and Chandra, A. (2006). Declining estimatesof infertility in the United states: 1982-2002. Fertil Steril, 86, 516-523.

WHO laboratory manual for the examination and processing of human semen, WHO, 5th edition, 2010.

 

 

 

Semakan Akhir : 10 Mac 2015
Penulis : Krishnan a/l Kanniah
Penterjemah : Krishnan a/l Kanniah
Akreditor : Zamri b. Ahmad Yusof

 

Artikel Berkaitan

Mobile

UTAMA BAYI/KANAK-KANAK Umum Senaman & Kesihatan Berkhatan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Lemah Jantung

Pengenalan Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan

Kanta Lekap

Download: PENGENALAN Kanta lekap digunakan untuk tujuan pembetulan penglihatan, rawatan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,777

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia