A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Alat Pelindung Gigi

Alat pelindung gigi ialah suatu alat yang diperbuat daripada plastik. Ianya digunakan untuk melindungi diri daripada kecederaan gigi atau atrisi (kehausan) gigi.

Alat pelindung gigi ialah suatu alat yang diperbuat daripada plastik. Ianya digunakan untuk melindungi diri daripada kecederaan gigi atau atrisi (kehausan) gigi.

Siapa yang perlu menggunakan alat pelindung gigi?

  • Alat pelindung gigi boleh digunakan apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang mana ada kemungkinan terlanggar dengan rakan sepasukan atau alat permainan. Contohnya, bola sepak, tinju, hoki, kriket dan sebagainya. Alat pelindung gigi boleh digunakan oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak yang aktif bersukan.
  • Alat pelindung gigi juga digunakan jikalau ada masalah kancing gigi (gig berlaga) semasa tidur. Alat sebegini biasanya akan di buat khas untuk orang yang mengalami masalah tersebut. Ini supaya giginya tidak haus disebabkan masalah kancing gigi (juga dikenali sebagai bruxism).

Ada 3 jenis alat pelindung gigi

  1. Alat pelindung gigi yang siap sediaAlat sebegini boleh dibeli dari kedai peralatan sukan atau farmasi. Ianya  murah dan boleh dipakai terus oleh pembeli.

    Kekurangannya ialah ianya mungkin tidak selesa dipakai dan tidak sesuai saiznya. Jikalau alat ini tidak muat dengan betul ke dalam mulut, maka, ia tidak akan memberi perlindungan kepada gigi.

  2. Alat pelindung gigi termoplastik

    Alat pelindung gigi termoplastik juga boleh di beli di kedai peralatan sukan atau di farmasi. Ianya boleh dipanaskan dalam air panas dan dibentukkan dalam mulut menggunakan jari supaya padan. Ia lebih selesa dipakai berbanding dengan alat yang siap-dijual.

  3. Alat pelindung gigi diperbuat khas

    Alat pelindung gigi diperbuat khas ini dibuat khusus untuk pemakainya. Acuan gigi akan dibuat oleh doktor pergigian. Kemudian, alat pelindung mulut akan di perbuat berdasarkan acuan tersebut. Alat yang diperbuat khas sebegini lebih selesa dipakai dan tidak mudah terkeluar dari mulut. Ia memberi perlindungan yang terbaik untuk gigi.


    Alat Pelindung Gigi yang di perbuat khas untuk penggunanya.

Kenapakah perlu saya memakai alat pelindung gigi?

Risiko mengalami kecederaan semasa aktiviti lasak dan juga aktiviti sukan sentiasa ada. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Tujuan memakai alat pelindung mulut ialah untuk mengurangkan impak jikalau berlaku kemalangan. Ianya boleh mengurangkan kecederaan kepada tisu kegigian dan mengurangkan risiko kehilangan gigi akibat kecederaan bersukan.

Satu lagi tujuan memakai alat pelindung gigi ialah jikalau individu tersebut ada tabiat kancing gigi Penggunaan alat pelindung gigi dapat mencegah giginya dari haus dan menjadi sensitif / sakit.

Cara penjagaan alat pelindung gigi

  1. Alat pelindung gigi perlu dibilas dengan air setiap kali sebelum dan selepas digunakan.
  2. Ia boleh dibersihkan menggunakan air dan sabun atau ubat gigi dan di bilas sebelum disimpan
  3. Seeloknya, simpan alat pelindung gigi dalam bekas tertutup yang berlubang supaya ianya disimpan kering.
  4. Selalu periksa permukaan alat pelindung gigi anda untuk pastikan ianya tidak haus / berlubang.
  5. Anda boleh membawa alat pelindung anda semasa pemeriksaan gigi intuk diperiksa oleh doktor gigi anda.
Semakan Akhir : 4 Februari 2014
Penulis : Dr. Yogeswari a/p Sivapragasam
Akreditor : Dr. Sharol Lail bin Sujak

Artikel Berkaitan

Penjagaan Mulut untuk Orang Berkeperluan Khas

Langkah Beritahu, Tunjuk, Buat ‘BTB’ ini boleh mengurangkan kebimbangan seseorang untuk menjalankan pembersihan mulut. Bagi memulakan pemberusan gigi ‘Beritahu’ mereka apa yang akan kita lakukan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,608

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia