A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tahap Kolesterol Remaja

Kadangkala kanak–kanak dan remaja boleh mengalami paras kolesterol tinggi. Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh factor keturunan dan dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial. Anda mungkin berasa sihat dan tidak sedar akan masalah ini sehingga anda melakukan ujian saringan untuk kolesterol.

1. Pengenalan

Kadangkala kanak–kanak dan remaja boleh mengalami paras kolesterol tinggi.

Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh factor keturunan dan dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial.

Anda mungkin berasa sihat dan tidak sedar akan masalah ini sehingga anda melakukan ujian saringan untuk kolesterol.

Penting membuat ujian saringan untuk kolesterol sekiranya:

  • Ada ahli keluarga anda mempunyaisejarah kolesterol tinggi dan penyakit jantung

Semakin kita meningkat dewasa, paras kolesterol dalam darah akan meningkat dan boleh menyebabkan:

  • Serangan jantung
  • Angin ahmar (Strok)

2. Bagaimana saya boleh melakukan ujian tersebut?

Ada dua cara ujian boleh dilakukan.

  • Jarum bersaiz kecil dicucuk pada jaria nda. Setitis darah diperlukan untuk dititiskan di atas kertas khas dan dimasukkan ke dalam mesin kecil. Dalam beberapa minit, keputusan ujian akan diperoleh
  • Jarum bersaiz sederhana digunakan untuk mengambil darah dari saluran darah. Beberapa mililiter darah diperlukan untuk dimasukkan ke dalam botol. Darah akan dihantar ke makmal dan keputusan akan diterima selepas beberapa hari atau keesokan harinya

3. Bilakah saya boleh menjalani ujian tersebut?

Anda boleh membuat ujian bila-bila masa anda merasa selesa, sebelum atau selepas makan.

4. Di manakah saya boleh membuat ujian tersebut?

Seandainya ada ahli keluarga anda mempunyai sejarah paras kolesterol yang tinggi atau masalah jantung, anda boleh membuat ujian di tempat berikut:

  • Klinik swasta
  • Klinik Kesihatan atau  hospital kerajaan yang berhampiran
  • Makmal persendirian

5. Apakah dimaksudkan dengan keputusan yang tidak baik?

Nilai paras kolesterol dinilai dalam unit millimols setiap 1 liter iaitu mmol/l:

  • Sekiranya keputusan di bawah 5.2 mmol/l bermakna keputusan darah anda di tahap selamat
  • Sekiranya keputusan darah antara 5.2 hingga 7.5mmol/l, bermakna paras kolesterol anda tinggi dan perlu diturunkan
  • Sekiranya keputusan di atas 7.5 mmol/l, ini menunjukkan paras kolesterol adalah sangat tinggi dan keadaan ini dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial

Apabila jumlah kolesterol dalam darah tinggi, doktor akan membuat ujian kolesterol semasa berpuasa Paras kolesterol ketika berpuasa. Ujian darah ini akan menunjukkan secara terperinci jenis kolesterol di dalam darah anda.

6. Apakah yang perlu saya lakukan jika kolesterol saya tinggi?

Anda perlu menurunkan kadar kolesterol ke paras yang rendah dan selamat, dan ini boleh dicapai secara:

  • Mengambil makanan yang mengandungi kurang lemak
  • Mulakan program senaman harian
  • Pastikan anda mempunyai berat badan unggul
  • Berjumpa doktor mengikut temujanji yang ditetapkan. Doktor akan membuat ujian darah kolesterol ketika anda berpuasa. Anda akan dinasihatkan mengambil ubat untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah anda

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Kauthaman a/l Mahendran
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Buah Dada Remaja Lelaki

Lebih separuh daripada kanak-kanak lelaki yang mencapai peringkat akil baligh akan mempunyai saiz buah dada yang lebih besar dari normal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,337

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia