A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Rawatan Jerawat

Apa itu jerawat?

Jerawat ialah satu keadaan kulit di mana terjadinya perubahan seperti berikut:

  • Bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat ringan)
  • Jerawat dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat sederhana)
  • Bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk)

Apakah rawatan jerawat yang ada?

Ubat-ubat jerawat disediakan dalam berbagai bentuk seperti:

  • Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair)
  • Ubat makan (pil, kapsul)

Terdapat pelbagai jenis rawatan jerawat bergantung kepada tahap keterukan. Ianya termasuk:

  • Emollients
  • Benzoil peroksida, asid salisilik
  • Hormon, termasuk pil perancang keluarga
  • Antibiotik
  • Retinoids – seperti Isotretinoin
  • Steroids

Berapa lama kah rawatan jerawat?

Keberkesanan rawatan boleh dilihat dalam jangka masa 3 bulan. Namun demikian, bagi kes jerawat yang teruk, ia boleh mengambil masa sehingga 5 bulan untuk melihat keberkesanan ubat yang diberikan.

Adakah rawatan yang diberikan mempunyai kesan sampingan?

Ya, kesan sampingan yang boleh berlaku ialah:

  • Kulit menjadi gatal, kering, merah, menggelupas, berkuping, radang
  • Sakit perut, cirit birit
  • Loya, pening, sakit kepala
  • Sensitif terhadap cahaya matahari
  • Gigi menjadi kuning

Retinoids menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk berbanding ubat-ubatan yang lain memandangkan ia adalah ubat anti-radang yang sangat kuat kesannya.

Adakah perkara yang perlu dielakkan apabila seseorang mendapat jerawat?

Ya, anda tidak boleh:

  • Memicit jerawat (ini mungkin menyebabkan parut yang berkekalan)
  • Menghentikan pengambilan ubat-ubatan sebelum tamat tempoh rawatan
  • Mendedahkan diri anda secara langsung kepada cahaya matahari
  • Minum minuman beralkohol

Ubat-ubatan untuk rawatan jerawat – fungsi dan contoh.

Jenis Fungsi Contoh
Emollients
  • Mencairkan sisa/daki(terutama di zon T yang berminyak)
  • Menyingkirkan sel mati yang menyumbatkan liang roma
  • Menghasilkan kulit yang licin dan lembut
  • Mengekalkan lembapan di kulit
Balneum
Benzoil peroksida, Asid Benzoik, Asid salisilik Membunuh bakteria, seterusnya menghalang pembiakan bakteria
  • Akneroxid 5 / Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (benzoyl peroxide)
  • Clearasil (Benzoic acid)
  • Palmer’s skin success acne medication (salicylic acid)

Hormonal
  • Mengawal pengeluaran sebum dalam kelenjar minyak
  • Menghalang penghasilan minyak
Diane 35
Antibiotik
  • Menyerang kuman yang boleh membuat jerawat bertambah teruk
  • Menghalang pembiakan bakteria
  • Mengurangkan kemerahan dan bengkak
  • Aknemycin, Eryderm (Erythromycin
  • C-mycin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin)
Retinoids
  • Menghalang liang roma dari tersumbat
  • Memberi kesan anti-radang
  • Isotrex, Oratane (Isotretinoin)
  • Retacnyl, Retin-A, Stieva-A, Tretinon (Tretinoin)
Steroids
  • Mengurangkan keradangan

 

Semakan akhir : 20 April 2012
Penulis : Ainul Salhani bt. Abd Rahman
Penyemak : Nur Azibahwati bt. Aziz

 

Artikel Berkaitan

Antiemetik

Apa itu antiemetik Antiemetik adalah kumpulan ubat yang efektif bertindak

Keselamatan pengambilan pelbagai jenis ubat

Bukan mudah untuk mengambil pelbagai jenis ubat dengan cara yang betul. Kadangkala sukar untuk mengingati indikasi setiap jenis ubat, bagaimana dan bila setiap satu perlu diambil. Tips berikut boleh membantu memudahkan anda mengambil ubat

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,074

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia