A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kerja Sosial Perubatan
  6. /
  7. Bantuan Peralatan Sokongan Di...

Bantuan Peralatan Sokongan Di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)

Konsep Rehabilitasi

Rehabilitasi bermaksud memulihkan fungsi akibat kecacatan (disability). Pesakit rehabilitasi adalah mereka yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan.

Hospital Rehabilitasi merupakan pusat rujukan tertiary yang menerima rujukan daripada pakar rehabilitasi hospital kerajaan lain. Lokasinya yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dibina dengan matlamat memberikan perkhidmatan rehabilitasi perubatan yang komprehensif di Malaysia.

Fungsi Hospital Rehabilitasi Cheras

  1. Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi pesakit dalam selepas peringkat akut sesuatu penyakit atau trauma.
  2. Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi pesakit luar selepas pesakit discaj dari hospital.
  3. Menyediakan kemudahan dalam menjalankan penilaian terhadap ketidakupayaan selepas sesuatu penyakit atau trauma.
  4. Menyedikan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang rehabilitasi perubatan dan pengurusan ketidakupayaan.
  5. Mengukuhkan jaringan perkhidmatan rehabilitasi perubatan dalam kalangan hospital-hospital di seluruh negara.

Perkhidmatan yang disediakan:

  1. Perkhidmatan klinikal terdiri daripada 6 jabatan klinikal.
  2. Sokongan klinikal dan,
  3. Sokongan bukan klinikal.

Jenis-jenis Rehabilitasi:

a. Rehabilitasi Neuro

Rehabilitasi Neuro menumpukan perawatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami kecederaaan otak atau saraf. Contoh penyakit yang dirawat ialah:

  1. Pesakit strok,
  2. Traumatic brain injury (TBI)
  3. Sklerosis berganda
  4. Penyakit Parkinson’s
  5. Tranverse myelitis,
  6. Radang otak
  7. Penyakit saraf neuro
  8. Tumor otak.

b. Rehabilitasi Tulang Belakang

Rehabilitasi Tulang Belakang memfokuskan rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang serta komplikasi-komplikasi yang berkaitan. Kecederaan ini berpunca daripada insiden:

  1. kemalangan jalan raya
  2. jatuh dari tempat tinggi
  3. akibat daripada keganasan (pukulan)

Rawatan rehabilitasi yang diberikan bertujuan mengembalikan pesakit kepada tahap kefungsian optimum dan merawat komplikasi-komplikasi daripadanya. Pesakit menerima rawatan ini kerana mengalami Tetraplegia (lumpuh seluruh badan) atau Paraplegia (lumpuh paras pinggang ke bawah).

Komplikasi Yang Sering Berlaku Kepada Pesakit :

  1. Autonomic Dysreflexia (AD) – menyebabkan badan tidak boleh bertindak balas dengan baik kepada sesuatu isyarat. Kebiasaannya menyebabkan masalah usus atau pundi kencing.
  2. Kudis tekanan – disebabkan oleh tekanan berterusan dan menyebabkan kerosakan tisu asas.
  3. Jangkitan kuman pada air kencing/batu karang – otak mungkin tidak dapat mengawal fungsi air kencing. Perubahan dalam kawalan kencing akan meningkatkan jangkitan saluran air kencing/batu karang.
  4. Deep Vein Thrombosis/Pulmonary Embolism – masalah peredaran darah yang terjadi akibat tekanan darah rendah yang menyebabkan meningkatnya risiko darah membeku.
  5. Pneumonia Lung/Atelectasis – kesukaran untuk batuk dan bernafas jika otot perut dan dada terjejas.
  6. Neuropathic Pain – sakit saraf.
  7. Seksualiti, kesuburan dan fungsi seksual mungkin terjejas pada lelaki dan wanita.
  8. Muscle Tone – Otot menjadi ketat dan tidak terkawal (spasticity) atau otot lembut dan lemah.

Peralatan sokongan pemulihan diperlukan sepanjang hayat oleh pesakit-pesakit yang melibatkan keperluan seperti lightweight wheelchair, shower commode dan J Cushion/ROHO Cushion.

c. Rehabilitasi Amputee

Rehabilitasi Amputee ialah pengkhususan untuk membantu pesakit kudung kaki atau tangan. Tujuannya untuk pesakit kembali berfungsi secara optimum. Ia melibatkan fasa pra amputasi, pasca amputasi, pra prostetik dan pasca prostetik. Langkah-langkah pencegahan perawatan turut dilakukan pada anggota kaki atau tangan yang masih ada. Sebab berlakunya amputee :

1. Trauma

  • Akibat kemalangan jalan raya.
  • Gigitan serangga, haiwan dan sebagainya yang mengakibatkan jangkitan kuman.

2. Penyakit

  • Diabetes Mellitus yang tidak terkawal menyebabkan ulser pada kaki.
  • Penyakit salur darah (PVD) contohnya merokok menyebabkan salur darah tersumbat
  • Kanser tulang, otot atau kulit

3. Kecacatan kongenital(sejak lahir)

Bagi pesakit-pesakit yang mengalami ketidakupayaan seperti ini memerlukan peralatan seperti kerusi roda, kaki palsu (prosthesis) atau orthosis untuk meneruskan aktiviti harian.

d. Rehabilitasi Pediatrik

Rehabilitasi Pediatrik membantu kanak-kanak yang mengalami keadaan :

  1. Kecacatan otak,
  2. Spina bifida,
  3. Penyakit saraf neuro,
  4. Kecederaan otak,
  5. Kecederaan saraf tunjang,
  6. dan lain-lain ketidakupayaan kongenital.

Rawatan rehabilitasi ini untuk pesakit mencapai tahap perkembangan yang optimum serta bersesuaian dengan kadar tumbesaran kanak-kanak.

Keperluan peralatan perubatan yang diperlukan seperti lightweight wheelchair, wheelchair seating system, reverse walker, rollaterprostehis dan othosis.

e. Rehabilitasi Geriatrik

Rehabilitasi Geriatrik adalah pesakit-pesakit warga emas (umur 60 tahun ke atas). Pesakit-pesakit yang dipilih ialah mereka yang mempunyai potensi untuk kembali kepada tahap kefungsian yang asal. Pesakit-pesakit ini berkaitan dengan penyakit neurologi dan ortopedik.

Keperluan peralatan perubatan untuk mereka seperti lightweight wheelchair, commode chair, cruthes, tongkat dan walking frame.

f. Rehabilitasi Kardio Pulmonari

Pesakit-pesakit yang dipilih adalah mereka yang stabil dan mempunyai potensi untuk kembali ke tahap kefungsian yang asal semampu mungkin. Pesakit yang terlibat adalah mereka yang mengalami:

  1. Pintasan koronari yang stabil
  2. Acute myocardial infraction
  3. Sindrom koronari akut
  4. Penyakit halangan saluran pernafasan kronik

Pesakit-pesakit ini akan melakukan senaman secara berperingkat. Pendidikan kesihatan berterusan (aktiviti harian) diberikan kepada pesakit termasuk senaman supaya tidak berlakunya komplikasi sekunder. Bantuan peralatan perubatan yang digunakan adalah wheelchair, cruthes, tongkat dan walking frame. Alat-alat ini akan digunakan oleh pesakit untuk jangka masa tertentu bagi memulihkan mereka.

Bagaimana Pegawai Kerja Sosial Perubatan membantu pesakit-pesakit rehabilitasi mendapat keperluan peralatan sokongan rehabilitasi?

Pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan membiayai kos peralatan sokongan rehabilitasi akan dirujuk oleh Pakar Rehabilitasi kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan untuk mendapatkan bantuan mengikut keperluan pesakit.

Setelah penilaian sosioekonomi dilakukan dan pesakit dikenal pasti tidak berkemampuan membiayai kos peralatan sokongan rehabilitasi, laporan penilaian sosioekonomi akan disediakan untuk rujukan ke agensi-agensi pemberi bantuan yang berkaitan seperti:

  1. Tabung Bantuan Perubatan (TBP) Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Lembaga Zakat Selangor
  3. Baitulmal Wilayah Persekutuan
  4. Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Cawangan Hospital Rehabilitasi Cheras
  5. Agensi-agensi bukan kerajaan (NGO’s) yang berkaitan
  6. Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)
1 2

 

Semakan Akhir : 19 April 2016
Penulis : Pn. Noormah Binti Sani
Akreditor : Pn. Suraiyah Binti Harun

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,185

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia