A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PEMERIKSAAN CT ANGIOGRAFI

PEMERIKSAAN CT ANGIOGRAFI

CT Angiografi ialah pemeriksaan khas saluran darah menggunakan mesin CT dan jenis pemeriksaan terdiri daripada Serebral, Karotid, Aorta, Kardiak, Lower dan Upper Limb.

Apakah Pemeriksaan CT Angiografi?

Pemeriksaan CT Angiografi merujuk kepada pemeriksaan khas saluran darah menggunakan mesin CT. Sejenis cecair iaitu media kontras akan disuntik melalui salur darah.

Sebab-sebab Pemeriksaan CT Angiografi Dijalankan

Bagi melihat dan mengkaji salur darah utama dan salur darah ke organ-organ badan.

Jenis-jenis Pemeriksaan CT Angiografi

JENIS ORGAN
CT Angiografi Serebral Salur darah ke otak
CT Angiografi Karotid Nama salur darah ialah Carotid
CT Angiografi Aorta Nama salur darah ialah Aorta
CT Angiografi Kardiak Salur darah ke jantung
CT Angiografi Lower Limb Saluran darah ke bahagian peha, betis dan kaki
CT Angiografi Upper Limb Saluran darah ke bahagian lengan dan tangan

pemeriksaan_ct_angiografi_1

Gambar 1: Imej 3D untuk Lower Limb melalui CT Angiografi

Bagaimana Dan Di Mana Boleh Mendapatkan Pemeriksaan Ini?

Pemeriksaan ini hanya boleh ditentukan oleh doktor pakar dan ianya dijalankan di hospital yang berpakar dan mempunyai kemudahan CT Angiografi.

Sebelum pemeriksaan

  • Maklumkan kepada doktor dan/ atau Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
  • Anda perlu mengambil ubat steroid jika pernah mengalami alahan atau asma.
  • Anda perlu berpuasa 4-6 jam sebelum pemeriksaan dijalankan.
  • Anda perlu menanggalkan pakaian atau aksesori di bahagian tubuh yang mengandungi besi (contoh: tali pinggang, baju dalam dan lain-lain) dan memakai pakaian hospital.
  • Anda dimasukkan jarum (branula).
  • Berat badan anda akan ditimbang.

Semasa pemeriksaan

  • Anda diminta baring di atas meja pesakit di bilik CT.
  • Juru X-ray akan menerangkan dan diikuti oleh arahan yang tertentu.
  • Media kontras akan dimasukkan.
  • Imbasan akan dilakukan.
  • Semasa imbasan dilakukan, anda boleh berkomunikasi dengan Juru X-ray melalui interkom.
  • Imej akan terhasi l dan dipamerkan di monitor.

Selepas pemeriksaan

  • Anda dinasihatkan untuk berehat selepas pemeriksaan.
  • Panas seluruh badan dan pening adalah kesan sampingan yang normal akibat penggunaan media kontras.
  • Pemeriksaan selesai dan sila ikut temujanji anda seperti yang ditetapkan.
  • Anda dibenarkan makan dan digalakkan minum air yang berlebihan untuk mempercepatkan media kontras keluar dari badan melalui proses pembuangan air kencing.

Laporan Pemeriksaan

Imej-imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.

Rujukan

  1. Alderson SM, Hilton S. and Papinocolaou N., 2011, CT Urography: Review of technique and spectrum of diseases, Applied Radiology, http://www.appliedradiology.com/ Issues/2011/07/Articles/AR_07-08-11_Hilton/CT-urography–Review-of-technique-and-spectrum-of-diseases.aspx

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Solehah binti Ismail
Akreditor : Norman Serbastian Alangaram

Artikel Berkaitan

MRI PELVIS

Apa Itu MRI Pelvis? Magnetic Resonance Imaging (MRI) pelvis menggunakan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,534

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia