A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Cara Kerja
  6. /
  7. Ketahui Risiko Ketika Menggunakan...

Ketahui Risiko Ketika Menggunakan Racun Kimia

racun padi

Pengenalan

Encik Ali telah mengalami gatal-gatal pada tangan semasa menyembur racun makhluk perosak di kebunnya dengan menggunakan racun makhluk perosak. Kejadian sebegini amat lazim didengar menerusi berita di dada-dada akhbar, radio, dokumentari dan sebagainya.

Amalan pengendalian racun kimia yang tidak sempurna akan menyebabkan kemalangan seperti tumpahan, terpercik, letupan atau menjurus kepada penyakit-penyakit keracunan kimia. Semua organisma hidup baik di darat mahupun di laut akan mendapat kesan jika terdedah kepada racun perosak.

Kenali racun kimia

Pintu kemasukan bahan kimia ke dalam badan

Terdapat  5 cara kemasukan bahan kimia ke dalam badan iaitu:

  1. Inhalasi : Merupakan cara kemasukan yang signifikan berbanding yang lain. Kimia dalam pelbagai bentuk seperti titisan, gas, wap, kabus akan memasuki alveoli paru-paru dan tersebar ke seluruh organ melalui sistem peredaran darah.
  2. vape
    Gambar 1: Rokok elektronik (Sumber: http://www.livescience.com)
  3. Resapan kulit dan lapisan membran: Kimia dalam bentuk pepejal, cecair, wap, aerosol atau wasap boleh memasuki badan melalui resapan pada kulit. Resapan pada kulit juga dipanggil sebagai pendedahan dermal. Contoh phenol, aniline, nitrobenzene.
  4. pernafasan
    Gambar 2: Cara-cara bahan kimia masuk ke dalam badan
  5. Resapan melalui mata : Kimia dalam bentuk cecair, wap, gas, aerosol dan kabus boleh memasuki mata. Pelarut seperti toluene boleh menembusi lapisan luar mata dan menjalar ke dalam salur mata darah.
  6. Resapan melalui transplasental: fetus mendapat pendedahan kimia melalui pemindahan transplasental.  Kimia tersebut dipindahkan melalui saluran darah ibunya.
  7. fetal
    Gambar 3: Pendedahan bahan kimia kepada fetus (Sumber: http://www.katecampbell.ca/)
  8. Termakan/minum : Kemasukan melalui cara ini bukan merupakan kaedah utama.  Ianya selalu dikaitkan dengan tidak mengamalkan kebersihan diri.  Makan makanan dengan tangan yang tidak dibasuh selepas mengendalikan bahan kimia.

Bahan-bahan kimia yang memasuki tubuh badan akan masuk ke dalam sistem peredaran darah dan dibawa ke pelbagai seperti paru-paru, buah pingang, sistem saraf pusat, darah, kulit, jantung, hati.  Hati berperanan mendetoksifikasinya kepada produk yang tidak berbahaya. Proses pemecahan bahan kimia tersebut kepada bentuk lain (metabolism) akan menjurus kepada pembentukan kimia yang lebih toksik daripada asalnya. Sebagai contoh, alkohol berpotensi merosakkan hati.

Pintu keluar bahan kimia dari tubuh badan

Bahan kimia dikeluarkan daripada tubuh badan melalui pelbagai cara seperti air kencing, najis, pernafasan, perpeluhan, laktasi.

Dua kategori bahan kimia

Bahan kimia dipecahkan kepada dua kumpulan terbesar iaitu organik dan bukan organik.  Komponen kimia organik terdiri daripada karbon dan hydrogen. Kimia bukan organik pula tidak mempunyai komponen karbon.

Kaedah pencegahan

  1. Penghapusan
  2. Gunakan produk yang kurang ketoksikannya. Gunakan pelarut yang berasaskan air sebagai ganti pelarut organik. Baca dengan teliti label dan arahan penggunaan setiap bahan kimia.

  3. Penggantian

    Menggantikan penggunaan ketoksikan tinggi kimia kepada ketoksikan yang rendah. Ini akan mengurangkan magnitud bahaya kepada pengguna.

  4. Kawalan kejuruteraan
    • Penggunaan peralatan mekanikal.
    • Penggunaan LEV pada sumber di mana bahan kimia digunakan.
    • Pengudaraan mekanikal atau semula jadi untuk mengurangkan kepekatan kimia tersebut pada persekitaran pekerja.
  5. Kawalan pentadbiran
    • Latihan menggunakan bahan kimia tersebut.
    • Menyampaikan maklumat kimia tersebut kepada kakitangan dengan cara latihan, risalah, Chemical Safety Data Sheet (CSDS), mewujudkan sistem kerja selamat (SOP).
    • Meletakkan papan tanda menunjukkan kawasan tersebut sedang mengendalikan bahan kimia.
      Caution signage
      Gambar 4: Contoh papan tanda untuk menunjukkan kewujudan bahan kimia di kawasan tersebut (Sumber: http://www.safetysupplywarehouse.com)
  6. Alat lindung diri (ALD)Memakai ALD yang bersesuaian seperti overall, nitril glove, pelindung mata.
    spray
    Gambar 5: Memakai sarung tangan ketika mengendalikan bahan kimia (Sumber: http://www.screwfix.com)

Risiko Pendedahan

Berikut adalah kategori risiko pendedahan bahan kimia:

NO

KATEGORI RISIKO

KETERANGAN

1 Akut Pendedahan bahan kimia toksik pada dos tinggi dengan faktor masa pendek. Akan mengakibatkan kesan segera seperti iritasi kulit
2 Kronik Pendedahan berterusan/berulang bahan kimia toksik pada dos rendah, akan menyebabkan jangkitan seperti penyakit tibi.
3 Sementara Kesan kesihatan akan hilang apabila pendedahan terhenti
4 Kekal Kesan akan berkekalan walaupun pendedahan kepada bahan kimia terhenti.
5 Setempat Bahan kimia memberi kesan kepada kawasan bahan itu memasuki badan.
6 Sistemik Bahan kimia memasuki badan, diserap dan diedarkan ke pelbagai organ di dalam badan.

Berikut adalah kesan bahan kimia terhadap kesihatan:

KESAN
KESIHATAN

KETERANGAN

CONTOH

Irititan Bahan kimia menghasilkan iritasi/inflamasi setempat ke atas kulit, mata hidung atau tisu sistem pernafasan.  Kesan selalunya sementara. Nitrogen oxides, sulfur dioksida, formaldehyde
Sensitizer Bahan kimia mengakibatkan tindak balas alergik.  Kesan bergantung kepada kerentanan mangsa. Toluene di-isocyanate, nikel atau kromium kompaun
Korosif Bahan kimia merosakkan tisu. Ramuan kimia yang mempunyai pH kurang dari 3 (asidik) atau lebih dari 13 (alkali) adalah menghakis. Asid sulfurik, sodium hidroksida
Hepatotoxin Bahan kimia merosakkan hati. Karbon tetraklorid, kloroform
Nepthrotoxin Bahan kimia merosakkan buah pinggang. Hidrokarbon berhalogen, lead, uranium, kadmium
Neurotoksin Bahan kimia merosakkan sistem saraf pusat. Merkuri, karbon disulfida
Narkotik Bahan kimia yang memberi kesan kepada sistem saraf pusat yang menjurus kepada maut. Asetone, xylene, kloroform, ethyl ether
Karsinogen Bahan kimia yang menyebabkan kanser. Asbestos, arsenik, benzena
Mutagen Bahan kimia yang menyebabkan kerosakan kekal pada sel DNA. Dioxin, merkuri, kloroprene, radiasi mengion.
Teratogen Bahan kimia yang menyebabkan kecacatan kepada kelahiran dengan cara merosakkan janin semasa ia membesar di dalam rahim, terutamanya trimester pertama (3 bulan pertama). Plumbum, formamides, metil merkuri
Asphyxiation Bahan kimia yang mengganggu tisu menyerap oksigen. Karbon dioksida, nitrogen, helium, karbon monoksida, hidrogen sianida

 

Rujukan

  1. Ashafl, C. R., Rieske, D. W. (2010). Industrial Safety & Health Management (6th ed.). Prentice Hall.
  2. Chemical Safety. (2001). Malaysian Institute for Nuclear Technology Research (MINT). Bangi, Kajang.
  3. Chemical Hazard and Alternative Toolbox. (n.d.). Benzaldehyde. Diambil dari: http://www.chemhat.org/en/chemical/100-52-7/benzaldehyde (Diakses pada 18/11/2015).
  4. Chemical Safety. (2012). Open University of Malaysia.
  5. Ronald Scott (1997).Basic concepts of Industrial Hygiene. Francis and Taylor.
  6. Sunil S.R., & Jain, R.K. (2015). Industrial Safety, Health and Environment Management Systems. Delhi, IND: Khanna Publishers.
Semakan akhir : 25 Mac 2016
Penulis : Padelin Rimpau
Akreditor : Tn. Hj. Rosnani bin Ab. Hamid

Artikel Berkaitan

Kesan Rawatan Radio & Kemoterapi Pada Pendengaran

Rawatan radioterapi merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam merawat kanser. Radioterapi adalah sejenis rawatan menggunakan sinaran khas yang dipancarkan pada bahagian tubuh tertentu yang bertujuan untuk mengecutkan sel-sel kanser. Penggunaannya boleh menyebabkan kesan sampingan kepada organ-organ lain yang berdekatan. Secara tidak langsung, kaedah ini turut merosakkan sel-sel di dalam organ pendengaran.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,355

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia