A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kecemasan
  6. /
  7. Diserang Lintah dan Pacat...

Diserang Lintah dan Pacat : Rawatan Awal

Lazimnya lintah dan pacat yang melekap atau menggigit anggota tubuh kita akan terus melekap sehinggalah darah yang dihisap memenuhi kantung tubuhnya. Namun, keadaan yang lebih membimbangkan sekiranya lintah dan pacat memasuki rongga tubuh termasuklah melalui bahagian kemaluan serta dubur.

Pengenalan

Lazimnya lintah dan pacat yang melekap atau menggigit anggota tubuh kita akan terus melekap sehinggalah darah yang dihisap memenuhi kantung tubuhnya. Namun, keadaan yang lebih membimbangkan sekiranya lintah dan pacat memasuki rongga tubuh termasuklah melalui bahagian kemaluan serta dubur.

Rajah 1 : Struktur Badan Lintah

Rajah 2 : Struktur Badan Pacat

Tanda/Gejala

Terdapat kesan gigitan dan pendarahan mungkin berlaku akibat tusukan giginya. Namun, pada peringkat yang lebih serius akibat kehilangan banyak darah, mangsa akan kelihatan pucat dan lesu. Enzim yang dikeluarkan oleh lintah dan pacat menyebabkan pendarahan tidak akan berhenti dalam waktu yang singkat.

Rajah 3 : Diserang Lintah

Komplikasi

Bahaya boleh mengancam mangsa khususnya yang mengalami masalah anemia sekiranya diserang oleh sejumlah lintah dan pacat. Paras sel darah merah akan berkurangan sekiranya setiap seekor lintah dapat menghisap sebanyak 0.7mg/dL. Selain daripada itu, mereka (pesakit) yang mengambil ubat untuk mencairkan darah juga akan berhadapan dengan pendarahan yang teruk. Luka gigitan juga boleh menyebabkan kegatalan yang teruk.

Rawatan

Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang disekeliling. Sebarang risiko dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera, seperti :
 
  • Bertenang atau tenangkan mangsa;
  •  Pastikan sebarang petua yang digunakan untuk menanggalkan lintah dan pacat hendaklah bebas daripada sebarang pencemaran dan kekotoran.
  • Cuci luka dengan air yang bersih jika ada.
  • Tekan menggunakan kain bersih pada lokasi luka supaya darah tidak keluar.
  • Jangan garu pada lokasi gigitan.
  • Tuamkan dengan air di bahagian yang terasa gatal kerana ia juga boleh mengurangkan bengkak.
  • Jika diserang lintah dan pacat yang banyak, dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999.
  • Doktor akan memberikan rawatan perubatan seperti berikut :
    1. Ubat penahan sakit, gatal dan antibiotik (jika perlu).
    2. Krim pelembap juga akan diberikan untuk disapu di bahagian yang gatal bagi mengurangkan kegatalan.

Pencegahan

Ancaman diserang lintah dan pacat dapat dielakkan sekiranya perkara-perkara berikut diberi perhatian, antaranya :

  • Elakkan diri daripada menghampiri kawasan lembap dan basah.
  • Jangan merendam anggota badan di dalam lumpur, paya dan sebagainya terlalu lama.
  • Sentiasa berwaspada dan memeriksa tubuh badan terutamanya pada bahagian kaki jika berada di kawasan lembap dan basah.
  • Gunakan pakaian, alat dan bahan-bahan pelindung diri ketika melalui atau berada di kawasan yang lembap khususnya kawasan yang terdapat lintah dan pacat.

Rehabilitasi

  • Pastikan tempat luka sentiasa bersih dan elak daripada menggunakan minyak atau bahan-bahan yang diragui kebersihannya.
  • Sentiasa bersihkan diri dan persekitaran tempat tinggal.
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
  • Kawal paras gula terutamanya bagi mereka yang menghidap diabetes.
  • Pastikan kesihatan tubuh badan di tahap optima.

Rujukan

  1. Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
  2. Medicinal Leeth Theraphy (Dr. P. Daniel Ward, Dr. Shan R. Baker). Victoria Poisons Information Centre: Leechs Victoria Poisons Information Centre.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Amin Zafri bin Abd Rahman
Akreditor : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

 

Artikel Berkaitan

Ruam Panas

Ruam panas juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah yang berlaku kepada bahagian kulit yang boleh menjadi tersangat gatal.

Luka Tembakan : Rawatan Awal

Luka ini berpunca daripada kemasukan peluru atau lain-lain pelontar ke dalam tubuh badan yang menyebabkan kecederaan dalaman yang serius. Luka pada titik kemasukan peluru mungkin kecil dan bersih tetapi luka di dalam mungkin lebih serius serta lebih besar akibat peluru yang berselerak.

Sunburn (Selaran Matahari)

Sunburn atau selaran matahari biasanya terjadi kepada mereka yang terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh yang panjang ketika melakukan aktiviti luar

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,863

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia