A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Download:
altaltaltaltaltalt

Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas di kalangan bayi atau kanak-kanak yang normal. Ianya sering berlaku kepada bayi atau kanak–kanak yang berumur kurang daripada 6 tahun.

Sekiranya anak anda terkena sawan… JANGAN PANIK! Dapatkan bantuan.

Anda juga perlu ingat supaya TIDAK MEMASUKKAN APA-APA OBJEK KEDALAM MULUT ANAK ANDA!

Apa yang anda boleh lakukan adalah baringkan anak secara mengiring bagi mengelakkan cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru–paru.

Pastikan juga kawasan sekeliling anak anda adalah selamat dari bahan–bahan merbahaya seperti pisau dan gunting.

Setelah sawan reda, bawa anak anda ke klinik dengan segera agar langkah seterusnya dapat diambil.

Seorang bayi atau kanak-kanak yang diserang sawan selalunya akan mengalami gejala yang berikut:

  • Badan dan kaki tegang.
  • Kaki dan tangan mungkin tersentak-sentak tanpa rangsangan.
  • Mulut berbuih.
  • Terbuang air kecil.
  • Tertidur dan tidak sedarkan diri. Kadang-kala apabila terjaga kelihatan bingung atau kembali aktif.

Untuk mengelakkan berlakunya sawan kepada anak yang sedang mengalami demam panas, anda boleh memberi ubat seperti paracetamol untuk menurunkan suhu badan.

S
Seribu (1,000) Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat

Sakit Sendi

Saringan Pendengaran

Sawan

Senaman

Senaman dan Penjagaan Postur Post Natal

Senaman untuk Warga Emas (di Bilik Tidur)

Senaman untuk Warga Emas (di Ruang Tamu)

Senaman untuk Warga Emas (di Dapur)

Shaken Baby Syndrome

Sindrom Terowong Karpus

Sublingual Glyceryl Trinitrate (GTN)

Stroboscopy

Seksual & Reproduktif

Seksual & Reproduktif (Kategori II)

 

Artikel Berkaitan

Berdengkur

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Muzik Berbahaya kepada Telinga?

Tahukah anda muzik mampu memberi kesan yang berbahaya kepada telinga manusia? Pernahkah anda terdedah kepada bunyi muzik seperti Konsert, Disko, Pusat karaoke, Pemain muzik peribadi seperti pemain kaset atau pemain cakera. Sesudah itu adakah anda mengalami situasi seperti sukar untuk mendengar sesuatu bunyi ataupun sukar untuk memahami pertuturan orang lain atau telinga terasa berdesing atau berdengung.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,402

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia