A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penguatkuasaan
  6. /
  7. Kesalahan Penjualan Rokok Yang...

Kesalahan Penjualan Rokok Yang Menyalahi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

Pengenalan

Umumnya beberapa kesalahan dikenal pasti berlaku pada rokok yang dijual dalam pasaran negara. Antara yang kerap dikesan adalah kesalahan tiada “Amaran kesihatan pada bungkusan rokok” di bawah Peraturan 15 Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan “Menjual rokok di bawah harga minimum” di bawah Peraturan 8D peraturan yang sama (Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau, 2011).

Pihak yang bertanggungjawab dalam menguatkuasa dan melaksanakan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau adalah daripada bahagian penguatkuasa Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia. Penguatkuasaan bagi membendung penjualan rokok di bawah Harga Minimum dan Rokok Tidak Sah di pasaran bagi melindung kesihatan orang awam serta meningkatkan kesedaran orang awam dan para peniaga tentang peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Keseriusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani isu ini dapat dilihat daripada pelaksanaan beberapa siri operasi penguatkuasaan peraturan-peraturan tersebut yang dinamakan sebagai “OPS BASUH” bermula pada tahun 2010 sehingga kini. Pada Tahun 2013, daripada 2 ,759 buah premis jualan rokok yang telah diperiksa di seluruh negara, sejumlah 157 buah kedai telah didapati melakukan kesalahan iaitu 122 buah kedai didapati melakukan kesalahan menjual rokok di bawah Harga Minimum Rokok manakala 35 buah kedai didapati menjual rokok tidak sah.

Selain itu, seramai 122 orang peniaga telah dikenakan kompaun minimum RM 500.00 setiap seorang atas kesalahan menjual rokok dengan harga di bawah daripada Harga Minimum Rokok dan jumlah nilai kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 61,000.00. Di samping itu, sebanyak 4,241 paket rokok dengan jumlah nilai pasaran sebanyak RM 12,723.00 juga telah disita daripada kedai-kedai tersebut yang melakukan kesalahan menjual rokok dengan harga minimum ditetapkan (Kenyataan Akhbar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, 2013).

Tafsiran di Bawah Peraturan 2 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

  1. Hasil Tembakau
    • Ertinya tembakau, rokok @ curut @ apa-apa jenis tembakau lain termasuk campuran tembakau bagi kegunaan manusia tidak termasuk hasil perubatan bawah kawalan Akta Racun 1952 @ Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
  2. Tembakau
    • Ertinya apa-apa hasil daun pokok Nicotina Tobacum @ pokok-pokok lain yang berkaitan.
  3. Rokok
    • Ertinya apa-apa hasil mengandungi keseluruhan @ sebahagian tembakau yang dipotong, dicarik @ dikilang@ apa-apa terbitan @ pengganti tembakau, yang digulung di dalam pembalut kertas tunggal @ lebih & boleh digunakan serta-merta untuk merokok.
  4. Paket
    • Ertinya suatu kotak berbentuk segi empat.

Jenis-jenis kesalahan pada rokok dalam pasaran :

  1. Penjualan rokok di bawah harga minimum RM 9.00 di pasaran.
    • Disebabkan oleh kemasukan rokok-rokok tidak sah yang dibawa masuk daripada negara luar dan dalam negara yang tidak membayar cukai eksais kepada pihak kastam. Jumlah rokok tidak sah yang banyak dengan kualiti yang diragui meningkatkan lagi risiko kesihatan kepada perokok yang membelinya dengan harga lebih murah dan kurang daripada harga minimum ditetapkan.
    • Kesalahan di bawah Peraturan 8C Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (pindaan 2011).
    • Kesalahan boleh dikenakan kompaun terhadap peniaga/penjual/orang yang melakukan kesalahan dengan nilai minimum RM 500.00.
    • Sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
  2. Penjualan rokok tiada “Amaran kesihatan bergambar”
    • Kebanyakan yang rokok-rokok tidak sah dijual tanpa adanya amaran kesihatan bergambar seperti contoh AMARAN :
        • Rokok Penyebab Kanser Leher
        • Rokok Penyebab Kanser Paru-paru
        • Rokok Penyebab  Kanser Mulut
        • Rokok Penyebab Penyakit Gangren
        • Rokok Penyebab Keguguran Janin
        • Rokok Penyebab Kelahiran Bayi Pra-Matang
    • Kesalahan di bawah Peraturan 15(1) Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (pindaan 2008).
    • Kesalahan boleh dikenakan kompaun terhadap peniaga/penjual/orang yang melakukan kesalahan dengan nilai minimum RM 500.00.
    • Sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
  3. Perkara yang dilarang pada bungkusan atau label hasil tembakau.
    • Hasil tembakau tidak boleh mengandungi maklumat palsu, mengelirukan atau memperdaya atau kemungkinan berniat wujudkan tanggapan salah atau palsu berkenaan ciri-ciri, kesan kesihatan, bahaya lain atau kandungan hasil tembakau.
    • Contoh istilah, perkataan atau perihalan yang tidak dibenarkan kerana mewujudkan tanggapan salah atau palsu :
        • light’
        • “ultra light”
        • “mild”
        • “cool”
        • “extra”
        • “low tar”
        • “special”
        • “full flavor”
        • “premium”
        • “rich”
        • “famous”
        • “slim”
        • “gred A”
    • Kesalahan di bawah Peraturan 15(1) Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (pindaan 2008).
    • Kesalahan boleh dikenakan kompaun terhadap peniaga/penjual/orang yang melakukan kesalahan dengan nilai minimum RM 500.00.
    • Sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Maklumat Tambahan

Perdagangan rokok tidak sah ditakrifkan sebagai  “pengeluaran, import, pembelian, jualan atau pemilikan hasil tembakau yang gagal mematuhi perundangan” (FATF, 2012). Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa, lebih murah, lebih bahaya. Kesimpulannya, risiko dua kali ganda yang dihadapi perokok yang menghisap rokok tidak sah, termasuk yang diseludup, kerana kandungan bahan kimia beracun lebih tinggi, terutama arsenik dan cadmium. Arsenik, merupakan  bahan kimia yang biasanya digunakan sebagai pengawet kayu, didapati tiga kali ganda lebih tinggi dalam rokok tidak sah berbanding yang biasa.Hal ini demikian kerana, kandungan bahan kimia rokok tidak sah yang diseludup sebenarnya tidak dikawal dan ada juga yang tidak diketahui.

Lima kali ganda kadar kadmium dalam rokok tidak sah juga dilaporkan, bahan kimia yang digunakan untuk membuat bateri yang juga boleh menyebabkan kanser, merosakkan buah pinggang dan lapisan salur darah arteri. Faktor lain yang meningkatkan risiko kepada pengguna ialah rokok tidak sah dikilangkan di dalam dan luar negara secara haram tanpa kawalan kualiti Selain itu, rokok tidak sah ini juga dikatakan menggunakan gred tembakau yang sangat rendah dan terbuang tetapi diguna balik bagi pembuatannya.

Contoh Gambar Kesalahan Penjualan Rokok

1

Foto 1: Kesalahan Tiada Amaran Kesihatan Bergambar

2

Foto 2: Kesalahan Penjualan Rokok Di Bawah Harga Minima

Contoh Gambar Amaran Kesihatan Bergambar Pada Rokok

3 4

 

Foto 3: Contoh amaran kesihatan bergambar pada rokok

Rujukan

  1. Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011 (MAS). Diambil dari http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/317/36
  2. Financial Action Task Force. (2012, Jun). FATF Report: Illicit Tobacco Trade. Diambil dari http://www.fatf-gafi.org/media/fatf/documents/reports/Illicit%20Tobacco%20Trade.pdf
  3. Kementerian Kesihatan. (2013). Operasi penguatkuasaan kawalan hasil tembakau 2004 siri 1/2013 ‘Ops Basuh’: Operasi larangan penjualan rokok di bawah harga minimum rokok dan rokok tanpa amaran kesihatan bergambar [Kenyataan akhbar]. Diambil dari http://www.moh.gov.my/attachments/8084.pdf
Semakan Akhir : 28 September 2017
Penulis : Mohd. Sabri bin Redzuan
Akreditor : Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Air Tulang Belakang

Air tulang belakang dikeluarkan dengan cara memasukkan jarum khas yang sangat kecil pada bahagian bawah tulang belakang untuk mengesahkan penyakit yang berkaitan dengan otak dan saraf tunjang yang merupakan sebahagian dari sistem saraf pusat. Air tulang belakang yang dikeluarkan tidak akan berkurangan kerana ia sentiasa dihasilkan di dalam otak.

Melioidosis

Apa itu Melioidosis? Melioidosis, dikenal sebagai penyakit Whitmore (selepas dikenalpasti

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,823

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia