A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pencairan Embrio

Pengenalan

Pencairan embrio adalah satu kaedah selepas proses pembekuan, dan melibatkan pemanasan embrio ke suhu bilik dan seterusnya kultur ke dalam media pada 37 °C dalam CO2 inkubator. Embrio kemudiannya boleh dipindahkan ke rahim. Embrio dicairkan sama ada hari sebelum atau pada hari pemindahan embrio yang telah ditetapkan.

Proses pencairan embrio mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kadang-kadang sel di dalam embrio terjejas kualitinya akibat dari proses pembekuan. Embrio yang mengalami sedikit kerosakan ketika pembekuan masih boleh dipindahkan ke dalam rahim untuk menghasilkan kehamilan yang sihat namun embrio yang mengalami kerosakan > 50 %, kemungkinan ia akan menjadi untuk embrio berkembang amatlah kurang. Jadi, embrio yang mengalami kerosakan lebih daripada 50% tidak akan dipindahkan ke uterus pesakit.

Tujuan

  1. Sebaik sahaja pasangan yang telah melalui pemindahan embrio, mana-mana embrio yang berlebihan dan telah berjaya ke peringkat hari ke 3 atau blastocyst (hari 5) secara langsung akan dibekukan.
  2. Mempertingkat keberangkalian untuk kehamilan apabila pemindahan embrio sebelum ini (segar) gagal atau apabila pasangan mahu menambahan bilangan anak yang seterusnya.
  3. Sebagai alternatif untuk mengurangkan peluang kehamilan kembar.
  4. Mengelakkan pembaziran embrio dan ia boleh dibekukan secara individu untuk penggunaan yang sistematik pada masa akan datang.
  5. Meningkatkan kehamilan setiap kitaran semula dengan kadar 10-30% lebih. Banyak kajian telah menilai anak yang lahir daripada hasil embrio beku adalah normal tanpa peningkatan dalam kecacatan kelahiran atau pekembangan abnormal.
  6. Ia membolehkan polisi precautious untuk pemindahan embrio.
  7. Ini juga menetapkan kadar kehamilan yang terkumpul, meningkatkan peluang keseluruhan bagi pesakit untuk hamil setiap kitaran IVF.
  8. Membantu pengurusan pesakit dengan komplikasi seperti penyakit Ovarian Hyperstimulation Syndrom(OHSS) dan secara langsung ia dapat menghapuskan atau mengurangkan risiko sindrom hiperstimulasi ovari.
  9. Adalah lebih murah dan kurang invasif daripada mengulangi satu rangsangan ovari yang diperlukan untuk pemindahan embrio segar (ET).
  10. Bagi meningkatkan hasil kehamilan dari kitaran rangsangan ovari tunggal.
  11. Tidak ada risiko hiperstimulasi ovari.

Kadar Hidup Embrio dan Kualiti Embrio

Pencairan_Embrio_1Kadar hidup embrio dikira sebagai nombor embrio yang hidup pada hari pemindahan dibahagikan dengan jumlah bilangan dicairkan. Sesetengah penyelidik menakrifkan embrio hidup berdasarkan bilangan sel-sel yang hidup dalam embrio selepas pencairan dibahagikan dengan bilangan sel embrio yang asal ketika proses pembekuan dijalankan. Embrio telah terselamat jika > 50% daripada sel embrio yang asal. Kami menganggap embrio “hidup sebahagiannya” jika < 50% daripada sel-sel yang asal, dan menjadi atretic jika semua sel-sel mati selepas pencairan.

Bentuk morfologi embrio (rupa sel-sel/ peratusan pemecahan) adalah salah satu faktor yang paling berpengaruh untuk embrio hidup. Embrio 2, 4, atau 8 sel-sel apabila dibekukan mempunyai daya hidup kira-kira 5-10% lebih besar daripada embrio dengan nombor sel yang ganjil.

Beberapa kajian melaporkan bahawa kadar embrio hidup adalah 85% untuk embrio hari ke 3, dan 88% untuk blastocysts (Mary EP et al., 2011). Veek et al. (2004) melaporkan bahawa 76.3% daripada blastotosis terselamat selepas pencairan. Langley et al. (2001) berbanding embrio ke 3 dan blastosis. dilaporkan kadar hidup dan implan yang tinggi untuk blastosis.

Kadar Kehamilan (Implan) dan Kelahiran Hidup

Kadar implan ditakrifkan sebagai bilangan gestasi setiap embrio dipindahkan. Kelahiran hidup ditakrifkan sebagai janin keluar dari badan ibu dan menunjukkan tanda-tanda kehidupan. Embrio yang telah menjalani proses pembekuan dan pencairan menunjukkan kadar kehamilan dan kelahiran hidup yang sama seperti embrio yang tidak melalui proses pembekuan dan pencairan (Edgar DH & Gook DA, 2012). Hasil daripada menggunakan embrio selepas pencairan telah menunjukkan keputusan seragam yang positif dan normal tanpa peningkatan dalam kecacatan kelahiran atau keabnormalan pembesaran (Kopeika, J. et al., 2014). Malah, kadar kehamilan sedang meningkat berikutan pemindahan embrio yang sejukbeku, dan hasil perinatal kurang terjejas, berbanding pemindahan embrio dalam kitaran yang sama seperti ovari hiperstimulasi yang sering berlaku (Schnorr JA et al., 2001).

Ketebalan endometrium dipercayai tidak mencapai tahap optimum untuk bersedia implan berikutan akibat daripada ovari hiperstimulasi. Maka , embrio yang melalui kaedah pembekuan dan pencairan boleh dibuat pemindahan ke dalam rahim waktu kitaran yang berasingan untuk memberi tumpuan kepada mengoptimumkan peluang untuk implan kepada pesakit tersebut (Schnorr JA et al., 2001).

Tambahan pula, kadar kehamilan juga turut terjejas oleh hubungan kompleks seperti embrio hidup hanya 7-10% daripada penilaian boleh diperhatikan dan diukur. Usia bukan faktor penting dengan embrio beku tetapi wanita yang lebih tua kurang embrio dibekukan. Daripada kira-kira 20 faktor yang dikaji, faktor yang paling penting dalam meningkatkan kadar kehamilan adalah bilangan yang embrio hidup dipindahkan ke uterus, bilangan 100% embrio yang hidup dan morfologi embrio. Kadar kehamilan yang dicapai adalah dari 5% (embrio yang berkualiti rendah) kepada 36% (bagi embrio yang berkualiti tinggi).

Kadar implan setiap bilangan embrio yang terselamat selepas proses pencairan adalah 14% untuk embrio hari ke 3, dan 15% untuk blastosis. Kadar implan setiap kitaran pemindahan adalah 44.6% bagi embrio hari ke 3, dan 38.0% untuk blastosis.

Mary E.P. et al. (2015) melaporkan bahawa untuk embrio hari ke3, terdapat sejumlah 176 anak tunggal, 53 set kembar dan 2 set kembar tiga berjumlah 288 kelahiran hidup dan 10.0% daripada kadar kelahiran / embrio hidup dicairkan. Untuk blastocysts, terdapat 37 anak tunggal, 11 set kembar dan 0 kembar tiga, menghasilkan sejumlah 59 kelahiran hidup dan 11.7% daripada kadar hidup yang lahir / embrio yang dicairkan.

Institut Genetik & IVF yang terletak di Washington melaporkan bahawa blastocysts (embrio yang dikultur selama 5 hari dan bukannya 2-3 hari) adalah kes khas. Embrio yang lebih besar mempunyai keperluan khas dalam proses pembekuan dan pencairan bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Banyak pusat IVF mengalami masalah dengan blastosis sejukbeku yang hidup dan kadar kehamilan. Protokol baru yang diperkenalkan seperti pembekuan (Vitriifcation) dengan sistem tertutup meningkatkan 62% kadar pemindahan dan 35% kadar kehamilan setiap pemindahan. Dengan perubahan teknologi sekarang membuat pemindahan blastosis lebih menarik berikutan blastosis berlebihan boleh dijangka menghasilkan kadar kehamilan setanding dengan embrio beku dua hingga tiga hari selepas pengambilan oosit.

Rujukan

  1. 7 “Genetics & IVF Institute”. Givf.com. Archived from the original on 2009-07-27. Retrieved 2009-07-27.
  2. Edgar, D. H.; Gook, D. A. (2012). “A critical appraisal of cryopreservation (slow cooling versus vitrification) of human oocytes and embryos”. Human Reproduction Update 18 (5): 536.
  3. Evans, J.; Hannan, N. J.; Edgell, T. A.; Vollenhoven, B. J.; Lutjen, P. J.; Osianlis, T.; Salamonsen, L. A.; Rombauts, L. J. F. (2014). “Fresh versus frozen embryo transfer: backing clinical decisions with scientific and clinical evidence”. Human Reproduction Update 20 (6): 808–821.
  4. Kopeika, J.; Thornhill, A.; Khalaf, Y. (2014). “The effect of cryopreservation on the genome of gametes and embryos: principles of cryobiology and critical appraisal of the evidence”. Human Reproduction Update 21 (2): 209–227.
  5. Langley MT, Marek DM, Gardner DK, Doody KM, Doody KJ. Extended embryo culture in human assisted reproduction treatments. Hum Reprod. 2001; 16:902–8.
  6. Mary Ellen Pavone, Joy Innes, Jennifer Hirshfeld-Cytron, Ralph Kazer, and John Zhang. Comparing thaw survival, implantation and live birth rates from cryopreserved zygotes, embryos and blastocysts. J Hum Reprod Sci. 2011 Jan-Apr; 4(1): 23–28. 356
  7. Veeck LL, Bodine R, Clarke RN, Berrios R, Libraro J, Moschini RM, et al. High pregnancy rates can be achieved after freezing and thawing human blastocysts. Fertil Steril. 2004; 82:1418–27.
  8. Wennerholm, U. B.; Soderstrom-Anttila, V.; Bergh, C.; Aittomaki, K.; Hazekamp, J.; Nygren, K. -G.; Selbing, A.; Loft, A. (2009). “Children born after cryopreservation of embryos or oocytes: A systematic review of outcome data”.Human Reproduction 24 (9): 2158–2172.
Semakan Akhir : 15 Jun 2016
Penterjemah : Sardiana binti Sarmidi
Akreditor : Krishnan Kanniah

Artikel Berkaitan

Kanser Peti Suara

Kanser peti suara( larink) adalah kanser yang disebabkan oleh tabiat merokok. Di Amerika 11 000 kes baru di laporkan setiap hari. Ia merangkumi 25% dari kanser di kawasan Kepala dan Leher dan 1% dari semua jenis kanser. Satu per tiga dari pesakit mati akibat kesukaran bernafas dan kebanyakan mereka dalam lingkungan umur 60 – 70 tahun. Ratio diantara Lelaki dan wanita adalah 4:1 dan biasanya mereka adalah perokok.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,340

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia