A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Keselamatan Radiasi
  8. /
  9. HISTEROSALPINGOGRAFI (HSG)

HISTEROSALPINGOGRAFI (HSG)

Apakah Pemeriksaan Histerosalpingografi?

  • Histerosalpingografi / HSG merupakan satu pemeriksaan radiologi untuk melihat bentuk rongga rahim serta patensi tiub fallopio. [1]

  • Pemeriksaan ini menggunakan media kontras supaya uterus dan tiub fallopio dapat dilihat dengan jelas menggunakan kaedah floroskopi. [2]

  • Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem reproduktif dengan lebih jelas semasa media kontras mengalir melalui tiub fallopio dan memenuhi keseluruhan sistem reproduktif. Penyumbatan (blockage) pada tiub fallopio dan juga struktur yang abnormal juga akan dapat dikenalpasti. [2]

  • Pemeriksaan ini akan dilakukan oleh pakar radiologi bersama seorang Juru X-ray wanita dan dibantu oleh jururawat.

Gambar 1: Anatomi yang terlibat untuk HSG

Sumber: www.google.com/url?

Gambar 2: Imej HSG yang normal

Sumber: www.google.com/search?q=hysterosalpingogram

Tujuan Pemeriksaan HSG

  • Kemandulan (kesukaran untuk mengandung).

  • Mengenalpasti keabnormalan pada rahim dan keseluruhan sistem peranakan.

  • Kerap keguguran.

  • Follow-up bagi sesetengah prosedur pembedahan. [2]

Bagi anda yang pernah menjalani pembedahan pada tiub fallopio atau pernah menjalani prosedur untuk menutup tiub fallopio, HSG juga boleh dilakukan untuk memastikan sama ada pembedahan atau prosedur tersebut berjaya atau tidak.

Bagaimanakah Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.

  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan  Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.

  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM yang  terpilih.

Persediaan Prosedur HSG

  • Tarikh untuk pemeriksaan HSG biasanya diberikan di antara hari ke 4 sehingga hari ke 10 dari hari pertama haid (rujuk LMP).

  • Ini penting untuk memastikan supaya anda tidak mengandung dan juga mengurangkan risiko jangkitan. Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya anda tidak pasti atau kemungkinan anda disyaki mengandung.

  • Anda perlu menghubungi jabatan untuk mendapatkan temujanji pada hari pertama datang haid. Ini penting untuk memastikan agar pihak jabatan dapat memberi tarikh temujanji pada hari yang sesuai.

  • Anda tidak perlu berpuasa, tetapi adalah disarankan agar tidak mengambil makanan berat sebelum prosedur HSG.

  • Anda perlu memaklumkan kepada doktor sekiranya mempunyai sejarah asma, alahan kepada makanan laut, ubat-ubatan dan media kontras untuk mengelak kemungkinan berlakunya kesan sampingan terhadap penggunaan media kontras semasa pemeriksaan.

  • Ubat penahan sakit (paracetamol), mungkin akan diberi dalam masa 1 jam sebelum pemeriksaan HSG.

  • Anda tidak dibenarkan/ tidak digalakkan melakukan hubungan kelamin tanpa menggunakan peralatan pencegahan kehamilan untuk mengelakkan kemungkinan anda mengandung semasa pemeriksaan dijalankan.

Sebelum Pemeriksaan HSG

  • Anda akan ditanya tentang persediaan anda untuk HSG.

  • Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.

  • Juru X-ray akan menerangkan tentang pemeriksaan yang akan dijalankan.

  • Anda diminta agar menukar pakaian kepada pakaian hospital yang disediakan.

Semasa Pemeriksaan HSG

  • Anda diminta baring di atas meja pemeriksaan dalam posisi lithotomy (seperti posisi untuk wanita bersalin).

  • Bahagian kemaluan akan dibersihkan menggunakan cecair khas oleh doktor yang bertugas.

  • Sejenis alat (tiub) akan dimasukkan ke dalam vagina.

  • Selepas itu, anda boleh meluruskan kaki dan akan diposisi pada kedudukan yang betul oleh Juru X-ray.

  • Media kontras akan disuntik ke dalam tiub, imej akan dirakam.

Selepas Pemeriksaan HSG

  • Selepas pemeriksaan HSG, anda mungkin akan mengalami sedikit kekejangan, loya atau pening, tetapi ini hanyalah bersifat sementara.

  • Kemungkinan berlaku sedikit pendarahan pada vagina, dan juga pengaliran keluar kontras yang disuntik semasa prosedur. Anda dinasihatkan agar memakai sanitari pad untuk tempoh 1 atau 2 hari.

  • Antibiotik mungkin akan diberikan oleh doktor sekiranya perlu. [4]

Jumpa doktor anda dengan segera sekiranya [3]:

  • Peningkatan rasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pada bahagian pelvis secara berterusan.

  • Terdapat tanda-tanda jangkitan seperti, sakit kepala, sakit-sakit otot, pening dan demam.

  • Pendarahan vagina yang berlarutan.

  • Keputihan yang berterusan dan abnormal.

Laporan Pemeriksaan

  • Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan radiologi akan disediakan.

Privasi

  • Pihak Jabatan akan sentiasa memastikan privasi anda sepanjang pemeriksaan dilakukan.

Rujukan

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Hysterosalpingography

  2. http://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/guide/hysterosalpingogram-21590

  3. http://www.healthline.com/health/hysterosalpingography

  4. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003404.htm

 

Semakan Akhir : 9 Jun 2014
Penulis : Ridani binti Mohamad
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

MENGAPA BERPUASA UNTUK PEMERIKSAAN X-RAY?

Keperluan berpuasa adalah penting bagi pesakit dewasa yang menjalani pemeriksaan x-ray pada bahagian abdomen dan pemeriksaan yang melibatkan penggunaan media kontras. Pesakit perlu berpuasa supaya organ dan struktur kelihatan jelas tanpa dilindungi najis.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,724

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia