A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sindrom dan Pekak

Pengenalan

“Anak puan disahkan sindrom  XZ ” kata Dr Marina, Pakar Pediatrik kepada Puan Suriya.

Jika anda ditempat Puan Suriya  apakah yang anda bayangkan tentang sindrom itu? Sering kali bermain difikiran  ibubapa  apakah kesan daripada sindrom tersebut. Adakah ia memberi kesan kepada masalah mental? Jantung yang tidak sihat? Fizikal yang tidak sempurna?.Adakah dia boleh berdikari? Tetapi ramai yang tidak mengetahui  bahawa sesetengah sindrom boleh menyebabkan masalah pendengaran atau pekak yang biasa digelar oleh umum.

Di dalam bidang perubatan, sindrom disifatkan sebagai kumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri fizikal atau abnormaliti yang sama.

Berdasarkan kajian, 30% mereka yang dikesan mempunyai masalah pendengaran adalah daripada kalangan mereka yang disahkan mempunyai  sindrom.

Antara sindrom yang biasa dikaitkan dengan masalah pendengaran adalah

  1. Sindrom down

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/Pemulihan

  • Fungsi otot yang lemah       (hypotonia)
  • Bentuk muka bulat
  • Mata kecil (sepet)
  • Perkembangan kognitif yang lambat
Jenis
Konduktif , campuran atau sensorineural

Tahap keterukan
Pelbagai tahap samada:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk
  • Sangat teruk

Samada

  • Pembedahan kecil dan pemasangan tiub gommet

Atau

  • Pemasangan alat bantu dengar jika pembedahan tidak sesuai
  1. Sindrom Treacher Collin

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/Pemulihan

Pembentukan struktur muka yang tidak sempurna
Seperti

  • telinga luar yang tidak simetri,
  • tiada tulang osikel di telinga tengah
Jenis
Konduktif

Tahap keterukan
Pelbagai tahap samada:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk

 

Samada

  • Pembedahan kecil dan pemasangan tiub gommet

Atau

  • Pemasangan alat bantu dengar jika rawatan pembedahan tidak sesuai
  1. Sindrom Waardenburg

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/Pemulihan

  • Tompokan rambut putih  (White forelock) pada rambut
  • Warna mata yang tidak sama ( biru dan coklat)
  • Kulit pucat
Jenis
Congenital Sensorineural

Tahap keterukan
Pelbagai tahap samada:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk

 

Pemasangan alat bantu dengar
  1. Sindrom  Alport sindrom

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/Pemulihan

Kerosakan buah pinggan yang menjejaskan telinga dalam, masalah sintesis kolagen pada kulit Jenis
Progressive Sensorineural

Tahap keterukan
Pelbagai tahap samada:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk

 

Pemasangan alat bantu dengar
  1. Sindrom Usher

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/pemulihan

Fizikal yang normal tetapi mengalami masalah genetik yang menyebabkan kerosakan mata dan pendengaran Jenis
Kongenital atau progressive Sensorineural

Tahap keterukan
Pelbagai tahap samada:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk
  • Sangat teruk

 

Pemasangan alat bantu dengar
  1. Sindrom Pendred

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/pemulihan

Mengalami masalah goiter dan hipotiroidisma (tiroid membengkak) Jenis
Sensorineural

Tahap keterukan
Pelbagai tahap samada:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk
  • Sangat teruk

 

Pemasangan alat bantu dengar
  1. Sindrom Branchio-oto-renal

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/Pemulihan

Mengalami masalah keabnomalan struktur

  • telinga luar, tengah dan dalam ,
  • mulut
  • cyst/ fistula di bahagian leher
  • buah pinggan
Jenis
Sensorineural atau Konduktif atau campuran

Tahap keterukan
Pelbagai tahap samada:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk
  • Sangat teruk

 

Samada

  • Pembedahan kecil dan pemasangan tiub gommet

Atau

  • Pemasangan alat bantu dengar jika rawatan pembedahan tidak sesuai
  1. Sindrom Stickler

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/Pemulihan

Bentuk muka yang leper, sumbing lelangit, juling, masalah otot Jenis
Sensorineural atau Konduktif atau campuran

Tahap keterukan
Pelbagai tahap samada:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk

 

Samada

  • Pembedahan kecil dan pemasangan tiub gommet

Atau

  • Pemasangan alat bantu dengar jika rawatan pembedahan tidak sesuai
  1. Sindrom Neurofibromstosis

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/Pemulihan

Fizikal yang normal tetapi
terdapat tumor yang mengganggu  sistem saraf tunjang yang boleh menjejaskan saraf pendengaran.
Jenis
Sensorineural

Tahap keterukan
Pelbagai tahap samada:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk
  • Sangat teruk

 

Samada

  • Pembedahan kecil buang tumour

Atau

  • Pemasangan alat bantu dengar jika rawatan pembedahan tidak sesuai
  1. Sindrom Osteogenesis imperfect

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/Pemulihan

  • pembentukan tulang yang tidak sempurna
  • masalah sendi
  • bentuk badan rendah dan kecil
  • bengkok tulang belakang

 

Jenis
Sensorineural atau Konduktif atau campuran

Tahap keterukan
Pelbagai tahap samada:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk
  • Sangat teruk

 

Samada

  • Pembedahan kecil dan pemasangan tiub gommet

Atau

  • Pemasangan alat bantu dengar jika rawatan pembedahan tidak sesuai
  1. Sindrom Jervell and lange-nelson

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/Pemulihan

Mempunyai bentuk fizikal yang normal

  • Masalah pendengaran sejak lahir( congenital)
  • Masalah  jantung
Jenis
Kongenital Sensorineural

Tahap keterukan

  • Sangat teruk

 

Pemasangan alat bantu dengar
  1. Sindrom Goldenhar

Ciri-ciri Fizikal

Masalah Pendengaran

Rawatan/Pemulihan

Struktur yang tidak sempurna pada

  • telinga
  • hidung
  • lelangit lembut
  • bibir
  • rahang
  • mata
Jenis
Konduktif atau  Sensorineural

Tahap keterukan
Pelbagai tahap samada:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk

 

Samada

  • Pembedahan kecil dan pemasangan tiub gommet

Atau

  • Pemasangan alat bantu dengar jika rawatan pembedahan tidak sesuai

 

 Tanda-tanda/ gejala  awal masalah pendengaran kanak-kanak sindrom

  • Tidak atau lambat bertindakbalas kepada bunyi
  • Lambat bercakap
  • Masalah sakit telinga seperti keluar cecair atau bernanah
  • Masalah pembelajaran

Jika anak anda disahkan mempunyai sindrom serta mempunyai tanda-tanda tersebut, Pakar kanak-kanak akan merujuk anak anda untuk menjalani pemeriksaan telinga dan pendengaran  seawal usia mereka disahkan sindrom.

Lazimnya  masalah pendengaran ini terjadi akibat daripada pembentukan struktur telinga samada telinga luar, telinga tengah atau telinga dalam yang tidak sempurna semenjak lahir seterusnya menjejaskan keupayaan telinga berfungsi sebagai organ pendengaran.

Sumber: http://idkf.bogor.net
gambar struktur telinga normal

Masalah pendengaran boleh dikategorikan kepada tiga. Masalah pendengaran sensorineural, konduktif dan campuran.

Masalah pendengaran sensorineural

Masalah pendengaran jenis ini melibatkan kerosakan atau ketidaksempurnaan struktur telinga dalam iaitu koklea atau saraf telinga. Sindrom yang lazim dengan masalah ini adalah sindrom Pendred, Stickler, Alport, Usher, Waardenburg, Jarvell and Lange-Nelson, Neurofibromatosis Type II, Bronchio-oto-renal, osteogenesis imperfecta.

Masalah pendengaran konduktif

Masalah pendengaran jenis ini pula adalah melibatkan kerosakan struktur atau jangkitan kuman pada bahagian telinga tengah iaitu ruang telinga tengah atau tiub eustachia. Sindrom yang biasa berkait dengan masalah ini adalah Sindrom Down, Trachear-Collins, Bronchio-oto-renal, osteogenesis imperfect dan Goldenhar.

Masalah pendengaran campuran

Bagi kategori ini, sindrom yang berkaitan adalah Sindrom Down . Masalah jenis ini melibatkan kedua-dua jenis masalah pendengaran di atas.

Jika anak anda disahkan sindrom seperti yang disenaraikan di atas, adalah penting untuk menjalani pemeriksaan pendengaran awal bagi memastikan tahap pendengaran anak anda. Ini memastikan rawatan pemulihan yang lebih awal dapat dijalankan seterusnya anak anda dapat mendengar dengan lebih baik.

Rujukan

  1. https://www.phsa.ca
  2. http://www.cochlear.com/sea

Sumber Imej

  1. www.thecainfoundation.com
  2. www.cranialfacial.net
  3. www.radiopedia.org
  4. www.intranet.tdmu.edu.au
  5. www.medschool.isuhsc.edu
  6. www.rarediseasedayaustralia.com.au
  7. www.safetyca.info
  8. http://www.cochlear.com
  9. http://idkf.bogor.net
  10. www.digitalhearingcare.org.uk
  11. http://www.hxbenefit.com
  12. http://www.missrebel.co.uk
Semakan Akhir : 26 Mac 2014
Penulis : Rohaizatul bt. Mat Yaacob
Akreditor : Nur Azyani bt. Amri

 

Artikel Berkaitan

Latihan ke Tandas

Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,358

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia