A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Tumbesaran
  6. /
  7. Perhubungan Anda
  8. /
  9. Cinta Muka Buku (Facebook)

Cinta Muka Buku (Facebook)

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

(Lirik: “Cinta Muka Buku by Najwa Latif”)

Pengenalan

Janji temu dalam talian (online) semakin popular sejak awal abad ke-21 (1 Januari 2000 dan selepasnya). Justeru, perkenalan, percintaan dan perhubungan dalam talian menjadi alternatif selain janji temu secara tradisinya. Laman sesawang (website) janji temu diwujudkan untuk orang dewasa (berusia 18 tahun dan ke atas), namun ramai remaja turut menyertainya.

Remaja berhubung dengan orang yang tidak dikenali melalui internet. Perhubungan boleh menjadi romantis, namun kadang-kadang berbahaya bagi kedua-dua pihak kerana belum pernah bersua.

Menjalinkan hubungan romantis dalam talian secara tidak langsung membahayakan diri dan keluarga. Sama seperti perkhidmatan dalam talian yang lain, tiada jaminan mengenai kejujuran dalam perhubungan. Pemangsa boleh mendekati remaja yang naif, terutama gadis dengan mudah.

Terdapat banyak kes berkaitan remaja Malaysia menjadi mangsa penipuan dan pencabulan oleh kenalan di internet atau Facebook (FB). Remaja kurang kesedaran mengenai bahaya berhubung dengan orang yang tidak dikenali, bahkan adakalanya nama penuh atau asal-usul kenalan tidak diketahui.

Utamakan Keselamatan

Janji temu dalam talian, tanpa bersemuka, memudahkan kedua-dua pihak berbohong. Perhubungan dalam talian samada di laman sesawang mahupun di “bilik sembang” (chating room) memudahkan penyamaran. Penyamaran semasa berjanji temu membahayakan keselamatan remaja. Remaja tidak pernah berjumpa mahupun mengetahui latar belakang orang yang bakal ditemui. Oleh itu, berhati-hatilah jika berkenalan dalam talian.

Berikut adalah panduan bagi menghindari keadaan berbahaya:

  • Jangan dedahkan maklumat peribadi

  • Berbuallah melalui telefon agar tidak diperdaya mengenai usia atau jantina. Jangan beri nombor telefon kepada orang yang tidak dikenali dengan sewenang-wenangnya. Bertegaslah untuk menelefon kenalan baru dan sekat nombor telefon sendiri terlebih dahulu.

  • Bersikap terbuka apabila berkenalan dalam talian. Berkongsi cerita tentang kenalan internet dengan rakan dan keluarga. Kadang-kadang, rakan rapat dan ahli keluarga lebih mudah memberi nasihat jika terdapat sesuatu yang mencurigakan.

  • Jika ingin bersemuka dengan kenalan dalam talian, bertemulah di tempat awam. Bawa teman bersama. Sebagai contoh, berjanji temu di tempat perlawanan bola sepak dan masing-masing boleh membawa rakan.

  • Muat naik gambar profil yang sopan. Gambar yang dimuat naik dalam talian boleh dimuat turun dan disalahgunakan oleh orang yang tidak dikenali.

Berkomunikasi Dengan Ibu Bapa

  • Bersikap terbuka dan jujur ??dengan ibu bapa tentang perkenalan dalam talian.

  • Ibu bapa telah menempuh alam remaja dan mengetahui erti perhubungan dan janji temu. Ibu bapa boleh memberi nasihat yang baik kepada remaja tentang persahabatan serta boleh membantu mencegah beberapa bahaya umum yang berkaitan dengan janji temu dalam talian.

  • Sebelum bertemu dengan mana-mana kenalan dalam talian, maklumkan ibu bapa tempat pertemuan.

Panduan untuk Ibu Bapa

  • Bincanglah dengan remaja tentang bahaya perhubungan dalam talian.

  • Tetapkan peraturan berkaitan janji temu dan membincangkannya dengan remaja.

  • Sentiasa periksa profil dan aktiviti pergaulan remaja dalam talian. Keluarkan gambar dan catatan yang tidak sesuai.

  • Gunakan program tapisan untuk memantau aktiviti internet remaja.

  • Jangan biarkan remaja bermain komputer bersendirian di dalam biliknya. Letakkan komputer di tempat yang boleh dipantau secara berkala.

  • Kuatkuasakan peraturan. Jika ibu bapa merasakan remaja telah melakukan sesuatu yang tidak sesuai dalam talian, segera bertindak dan hentikannya.

Jika remaja ingin bertemu dengan kenalan baru dalam talian, temankan remaja. Jika tidak, remaja pasti akan melakukannya sendiri. Menemani remaja berjanji temu adalah cara terbaik untuk memastikan remaja selamat

Last Reviewed : 26 November 2014
Writer : Dr. Hargeet Kaur A/P Basant Singh
Translator : Noorhayati bte. Kassim
Accreditor : Lt. Kol. Dr. Ridzuan bin Azmi

 

Artikel Berkaitan

Perkauman

Perkauman adalah kepercayaan bahawa kemampuan dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,466

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia