A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Audiologi
  6. /
  7. Alat Bantu Pendengaran :...

Alat Bantu Pendengaran : Teknologi RIE (Receiver-In-The-Ear)

RIE (receiver-in-the-ear) merupakan alat bantu pendengaran dengan kedudukan receiver atau speaker diletakkandi dalam salur telinga. Ini merupakan inovasi alat bantu pendengaran jenis belakang telinga yang memberi bunyi yang lebih baik dan mengecilkan saiz alat bantu pendengaran. Kebiasaannya alat ini dihubungkan dengan dome atau insert eartip. namun boleh juga menggunakan ear mould bergantung kepada tahap masalah pendengaran.

Apa Itu Alat Bantu Pendengaran RIE?

RIE (receiver-in-the-ear) merupakan alat bantu pendengaran dengan kedudukan receiver atau speaker diletakkan di dalam salur telinga. Ini merupakan inovasi alat bantu pendengaran jenis belakang telinga yang memberi bunyi yang lebih baik dan mengecilkan saiz alat bantu pendengaran. Kebiasaannya alat ini dihubungkan dengan dome atau insert eartip. namun boleh juga menggunakan ear mould bergantung kepada tahap masalah pendengaran.

Siapa Yang Sesuai Menggunakan Alat Bantu Pendengaran Jenis RIE?

  • Pesakit yang mengalami masalah pendengaran pada  tahap ringan hingga teruk. Pesakit yang mempunyai masalah pendengaran pada tahap sangat teruk tidak sesuai menggunakan alat bantu pendengaran jenis RIE.
  • Pesakit yang tidak mempunyai saiz salur telinga yang kecil dan sempit.
  • Pesakit yang mementingkan penampilan kosmetik terutamanya golongan muda dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Apakah kelebihan dan kekurangan RIE?

Kelebihan Kekurangan
  • Saiz alat yang lebih kecil dan ringan
  • Tidak jelas kelihatan semasa dipakai dan lebih kosmetik
  • Mudah dan cepat untuk dipasang
  • Bunyi yang dihasilkan adalah lebih jelas kerana kurang berdengung
  • Menjimatkan kerana sekiranya terdapat perubahan pada tahap pendengaran, alat bantu pendengaran RIE masih boleh digunakan tanpa perlu menukar alat bantu pendengaran yang baharu dengan hanya menukar receiver yang bersesuaian.
  • Tidak sesuai dipakai oleh pesakit yang mempunyai masalah pendengaran sangat teruk
  • Tidak sesuai untuk telinga yang bernanah dan berair
  • Tidak sesuai untuk salur telinga yang sempit
  • Harga adalah lebih tinggi berbanding alat bantu pendengaran yang biasa

Sekiranya saya mempunyai masalah pendengaran dan berminat untuk menggunakan alat bantu pendengaran RIE, apa yang saya perlu lakukan?

Sila dapatkan pemeriksaan pendengaran oleh audiologis yang terlatih. Sesi percubaan alat bantu pendengaran akan dijalankan bagi menentukan alat bantu pendengaran yang bersesuaian

Apakah langkah-langkah penjagaan alat bantu pendengaran RIE yang betul?

  • Elakkan alat bantu pendengaran dari terjatuh atau terkena air.
  • Alat bantu pendengaran hendaklah disimpan dalam bekas pengering yang dibekalkan dengan bateri dikeluarkan. Bateri yang tidak dikeluarkan akan menyebabkan permukaan berkarat terbentuk.
  • Tukar eartip atau dome yang kotor atau rosak sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini bagi menjaga kebersihan telinga dan alat bantu pendengaran.
  • Alat bantu pendengaran perlu diservis sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya alat bantu pendengaran RIE rosak?

  • Alat bantu pendengaran perlu diservis dan dibaikpulih oleh pembekal alat bantu pendengaran
  • Pastikan tempoh jaminan alat bantu pendengaran anda. Sekiranya masih dalam tempoh jaminan, tiada kos tambahan akan dikenakan untuk kos servis dan baikpulih alat bantu pendengaran anda (kecuali kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian)

Rujukan

  1. Evaluation of an open-canal hearing aid by experienced user. Otto, Walter C, Hearing Journal, Vol. 58, Issue 8, pp 26,39,32, August 2005
  2. Open fitting : performance verification of receiver in the ear and receiver in the aid. Maria Fernanda Capioni G. M et al, Brazilian Journal of Otorhinolaryngology, Vol. 81, Issue 3, pages 270-275, May – June 2015
  3. Sensori-neural Hearing Loss Client’s Performance with receiver-in-canal (hearing aid), S.G.R Prakesh et al., International Journal of Otolaryngology and head and neck surgey, Vol. 2, Number 2, March 2013.
  4. The effect of receiver placement on probe microphone, performance and subjective measure with open canal hearing instruments, Alworth et al. , Journal of the American Academy of Audiology, volume 21, number 4, 2010
  5. www.advancedaudiology.com
  6. www.widex.com.au
  7. www.betterhearingjax.com
  8. https://usa.bestsoundtechnology.com
  9. www.sonici.com
  10. http://img.medicalexpo.com
  11. http://www.superiorhearing.com
  12. http://www.starkeyindia.com
Semakan Akhir : 11 April 2017
Penulis : Muhammad Shahanizam b. Shamsuddin
Akreditor : Roshila bt. Bujang

Artikel Berkaitan

Pendengaran Kita

Pengenalan Pendengaran merupakan salah satu pancaindera yang penting kepada setiap

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,356

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia