A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kegagalan Buah Zakar

Pengenalan

Kegagalan buah zakar berlaku apabila buah zakar tidak boleh menghasilkan sperma atau hormon lelaki.

Punca

Kegagalan buah zakar adalah tidak normal. Antara punca menyebabkan kegagalan buah zakar:

  • Ubat-ubatan tertentu, termasuk glukokortikoid, ketokonazola, dan ubat-ubatan berkaitan gangguan
  • Penyakit yang memberi kesan kepada buah zakar, termasuk
    hemokromatosis, beguk, orkitis, dan kanser testis
  • Kecederaan atau trauma pada buah zakar
  • Kilasan testis dan varikosele

Risiko

 Perkara berikut boleh meningkatkan risiko kegagalan buah zakar:

  • Aktiviti yang menyebabkan kecederaan tahap rendah tetapi berterusan pada skrotum, seperti menunggang motosikal atau basikal
  • Penggunaan ganja yang kerap dan berlebihan
  • buah zakar tidak turun ketika lahir

Gejala

 Tinggi berkurang

  • Buah dada membesar (ginekomastia)
  • Mandul
  • Kekurangan otot
  • Kurang keinginan seks (libido)
  • Kehilangan bulu ketiak dan ari-ari
  • Perencatan ciri-ciri seksual sekunder lelaki (seperti pertumbuhan rambut, pembesaran buah zakar, pembesaran zakar, perubahan suara)
  • Menyedari diri tidak perlu untuk bercukur dengan kerap

Pemeriksaan dan Ujian

Pemeriksaan fizikal menunjukkan:

  • Alat kemaluan yang tidak ketara sama ada lelaki atau perempuan (biasanya ditemui sekiranya kegagalan buah zakar terjadi sebelum baligh
  • Buah zakar terlalu kecil dan padat
  • Terdapat tumor atau jisim tidak normal dalam buah zakar atau skrotum

Ujian lain menunjukkan kepadatan mineral tulang yang berkurangan dan sebarang rekahan tulang. Ujian darah menunjukkan tahap testosterone (hormon merangsang folikel – FSH) dan tahap prolactin (hormon mengluten – LH) yang rendah. Diagnosis kegagalan buah zakar dan tahap testosteron yang rendah sukar dilakukan kepada lelaki yang berusia kerana tahap testosteron menurun dengan peningkatan usia.

Rawatan

Pengambilan ubat tambahan hormon lelaki boleh merawat beberapa jenis kegagalan buah zakar. Lelaki yang menjalani terapi penggantian testosteron perlu dipantau dengan teliti oleh doktor.

Pengambilan testosteron tambahan boleh menyebabkan perkara berikut:

  • Pertumbuhan kelenjar prostat yang berlebihan
  • Peningkatan sel darah merah yang tidak normal
  • Perubahan kolesterol darah
  • Perubahan tidur dan mood

Menghindari ubat-ubatan atau aktiviti yang dapat menyebabkan buah zakar kembali normal.

Prognosis

Kebanyakan kegagalan buah zakar tidak boleh dirawat. Terapi penggantian hormon boleh menterbalikkan gejala kekurangan hormone testosteron, namun ia tidak boleh mengembalikan kesuburan.

Komplikasi

Kegagalan buah zakar yang bermula sebelum baligh akan merencat pertumbuhan badan. Ia boleh menghalang perkembangan ciri-ciri lelaki dewasa (seperti suara dalam dan janggut). Sila berjumpa doktor jika anda mempunyai tanda/gejala kegagalan buah zakar.

Pencegahan

  • Sebolah-bolehnya elakkan aktiviti yang berisiko tinggi
  • Nama alternatif : Hipogonadisme utama – Lelaki

Rujukan

  1. Brent Wisse, MD, Associate Professor of Medicine, Division of Metabolism, Endocrinology & Nutrition, University of Washington School of Medicine.
  2. Matsumoto AM, Bremner WJ. Testicular disorders. In: Melmed S, Polonsky KS, Larsen PR, Kronenberg HM. Williams Textbook of Endocrinology. 12th ed. Philadelphia, PA: Elsevier Saunders; 2011:Chap 19.
  3. MedlinePlus http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/
  4. Swerdloff RS, Wang C. The testis and male sexual function. In: Goldman L, Schafer AI, eds. Goldman’s Cecil Medicine. 24th ed. Philadelphia, PA: Elsevier Saunders; 2011: chap 242.

 

Semakan Akhir : 05 Disember 2016
Penulis : Pn. Noorhayati Binti Kassim
Akreditor : Dr. Soon Ruey

Artikel Berkaitan

Ujian Fungsi Tiroid

Pengenalan kepada kelenjar tiroid Kelenjar tiroid merupakan kelenjar endokrin berlobus,

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,321

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia