A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Sistem Respiratori
  8. /
  9. Biopsi Pleura (Konvensional)

Biopsi Pleura (Konvensional)

Biopsi pleura adalah satu prosidur di mana sampel pleura (selaput yang mengelilingi paru-paru) dikeluarkan dengan biopsi jarum khas untuk menentukan sama ada jangkitan, kanser atau penyakit lain.

Biopsi pleura tertutup atau konvensional

Indikasi untuk biopsi pleura adalah untuk:

  • Menilai keadaan pleura yang tidak normal yang dikesan di X-ray dada (Rajah 1)
Rajah 1 : X-ray dada menunjukkan cecair di selaput sebelah kiri
  • Menyiasat sebab pengumpulan cairan pleura (pengumpulan cecair dalam ruang pleura) (Rajah 2a & 2b)
  • Mengenal pasti punca jangkitan pleura (yang disebabkan oleh bakteria, virus, kulat) atau lain-lain punca
  • Untuk menentukan samada tisu pleura malignant (barah) atau benign (bukan barah)
  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut selepas analisa cecair pleura mencadangkan kehadiran kanser, batuk kering atau jangkitan lain
Figure 2a

 

Rajah 2b : Cecair dalam selaput sebelah kanan

Kontraindikasi:

Kecenderungan pendarahan yang tidak boleh diperbetulkan

Kontraindikasi  relatif adalah:

  • Tidak dapat mengalirkan cecair dari ruang pleura
  • Kehadiran nanah dalam rongga pleura
  • Pesakit tidak memberikan kerjasama
  • Tahap urea di dalam darah yang tinggi

Penyediaan pesakit pra-prosidur:

  • Penjelasan mengenai prosidur itu diberikan oleh doktor kepada pesakit.
  • Doktor akan bertanya jika pesakit mempunyai alahan terhadap sebarang ubat yang akan digunakan
  • Persetujuan bertulis adalah dikehendaki
  • Secara umumnya, puasa tidak diperlukan sebelum prosedur
  • Jika pesakit mengambil ubat-ubatan seperti aspirin, ubat penipisan darah atau ubat-ubatan lain yang mempengaruhi pembekuan darah, ia mungkin perlu diberhentikan atau digantikan dengan lain-lain jenis ubat-ubatan
  • Ujian ultrasound  akan dilakukan untuk melihat kesesuaian dan memastikan keselamatan

Semasa prosedur:

Pesakit akan diminta untuk:

  • Keluarkan apa-apa barang kemas atau objek lain yang boleh mengganggu prosidur.
  • Tanggalkan pakaian, dan akan diberi gaun untuk dipakai.
  • Pesakit berposisi duduk dan tangan di letak di atas meja.(Rajah 3). Keadaan sebegini membantu mengembangkan ruang antara tulang rusuk. Jika pesakit tidak dapat duduk, pesakit boleh diletakkan dalam kedudukan mengiring yang berkedudukan pada tepi katil.
  • Jangan bergerak, menghembus nafas secara mendalam, dan tahan nafas apabila disuruh semasa prosidur.
Rajah 3 : Posisi semasa biopsi pleura

Berikut adalah apa yang dilakukan:

  • Oksigen tambahan yang diperlukan diberi melalui topeng muka atau kanula hidung (nasal cannula).
  • Kulit di tapak tusukan akan dibersihkan dengan  antiseptik.
  • Bius akan diberikan pada tapak di mana biopsi itu hendak dijalankan.
  • Jarum akan dimasukkan di tapak di mana biopsi hendak dijalankan.
  • Sebaik sahaja ruang pleura dimasukkan dengan jarum, cecair boleh ditarik keluar perlahan-lahan.
  • Jarum biopsi (Rajah 4) akan dimasukkan ke dalam ruang pleura . Satu atau lebih sampel tisu pleura akan diperolehi.
  • Jarum biopsi akan ditarik balik dan tekanan kuat akan digunakan ke atas tempat biopsi selama beberapa minit sehingga apa-apa pendarahan telah berhenti.
  • Pembalut pelekat steril akan digunakan.
  • Sampel tisu akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.

Rajah 4. Jarum Abrams untuk biopsi pleura(A -jarum, B – stylet)

Selepas prosidur:

  • Tapak tusukan itu akan di balut denga kain steril.
  • Kain balutan akan dipantau untuk pendarahan.
  • X-ray dada diambil.
  • Pesakit boleh meneruskan diet dan aktiviti biasa jika tiada komplikasi

Pemantauan:

  • Tanda-tanda vital (kadar jantung, tekanan darah, kadar pernafasan, dan tahap oksigen) dilakukan sebelum, semasa dan selepas prosidur

Komplikasi

Berikut adalah kemungkinan komplikasi biopsi pleura

  • Pneumothorax. Paru-paru mengecut menyebabkan udara terperangkap di dalam ruang pleura.
  • Pendarahan dalam paru-paru
  • Jangkitan kuman

Rujukan

  1. Salyer WR, Eggleston JC, Erozan YS. Efficacy of pleural needle biopsy and pleural fluid cytopathology in the diagnosis of malignant neoplasm involving the pleura. Chest. 1975 May. 67(5):536-9. [Medline].
  2. Frank W. [Current diagnostic approach to pleural effusion]. Pneumologie. 2004 Nov. 58(11):777-90. [Medline].
  3. Prakash UB, Reiman HM. Comparison of needle biopsy with cytologic analysis for the evaluation of pleural effusion: analysis of 414 cases. Mayo Clin Proc. 1985 Mar. 60(3):158-64. [Medline].
  4. Koss MN, Fleming M, Przygodzki RM, Sherrod A, Travis W, Hochholzer L. Adenocarcinoma simulating mesothelioma: a clinicopathologic and immunohistochemical study of 29 cases. Ann Diagn Pathol. 1998 Apr. 2(2):93-102. [Medline].
  5. Christopher DJ, Peter JV, Cherian AM. Blind pleural biopsy using a Tru-cut needle in moderate to large pleural effusion–an experience. Singapore Med J. 1998 May. 39(5):196-9. [Medline].
  6. James P, Gupta R, Christopher DJ, Balamugesh T. Evaluation of the diagnostic yield and safety of closed pleural biopsy in the diagnosis of pleural effusion. Indian J Tuberc. 2010 Jan. 57(1):19-24. [Medline].
  7. Gouda AM, Al-Shareef NS. A comparison between Cope and Abrams needle in the diagnosis of the pleural effusion. Annals of Thoracic Medicine. 2006. 1(1):12-5.
  8. Scerbo J, Keltz H, Stone DJ. A prospective study of closed pleural biopsies. JAMA. 1971 Oct 18. 218(3):377-80. [Medline].
  9. Pandit S, Chaudhuri AD, Datta SB, Dey A, Bhanja P. Role of pleural biopsy in etiological diagnosis of pleural effusion. Lung India. 2010 Oct. 27(4):202-4. [Medline]. [Full Text].
Semakan Akhir : 29 Mei 2017
Penulis/Penterjemah : Dr. Norhaya bt. Mohd Razali
Akreditor : Dr. Jamalul Azizi b. Abdul Rahaman

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,435,236

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia