A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Paru-paru ( +9 )

Nodul paru-paru tunggal adalah satu tompok tak normal dalam paru-paru yang saiznya kurang dari 3 sentimeter dalam garispusat ...
Baca Lagi
Interstitial lung disease merangkumi sekumpulan penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan/ parut kepada tisu paru-paru dan ia tidak boleh dipulihkan kepada keadaan asal. Kerosakan yang terjadi kepada tisu paru-paru boleh memberi kesan terhadap keupayaan bernafas dan oksigen yang secukupnya ke dalam darah. Pendedahan yang berpanjangan terhadap bahan-bahan berbahaya seperti asbestos boleh ...
Baca Lagi
Pemindahan paru-paru adalah prosidur yang dilakukan untuk pesakit yang mengalami penyakit paru-paru pada tahap kritikal yang boleh mengancam nyawa. Pemindahan paru-paru adalah prosidur pembedahan di mana paru-paru berpenyakit sebahagiannya atau keseluruhannya digantikan dengan paru-paru yang datang dari penderma. Paru-paru penderma boleh diambil dari penderma hidup atau yang telah mati. Penderma ...
Baca Lagi
Pleuroskopi adalah prosidur yang membolehkan akses kepada ruang pleura. Ia membolehkan doktor mengambil tisu pleura dengan melihat sendiri semasa tisu pleura diambil. Alat yang digunakan  dipanggil pleuroskop. Sistem pengimejan video resolusi tinggi, termasuk pleuroskop (Rajah 1), membolehkan semua ahli pasukan perubatan melihat dan mengambil bahagian dalam prosidur pleuroskopi.   Ini ...
Baca Lagi
Biopsi pleura adalah satu prosidur di mana sampel pleura (selaput yang mengelilingi paru-paru) dikeluarkan dengan biopsi jarum khas untuk menentukan sama ada jangkitan, kanser atau penyakit lain. Biopsi pleura tertutup atau konvensional Indikasi untuk biopsi pleura adalah untuk: Menilai keadaan pleura yang tidak normal yang dikesan di X-ray dada (Rajah ...
Baca Lagi
Pengenalan Penyakit salur darah pulmonari (Pulmonary Vascular Disease) merupakan satu kumpulan penyakit yang melibatkan gangguan kepada peredaran darah di dalam paru-paru. Penyebab-Penyebab Salur Darah Paru-paru Tersumbat ( Pulmonary Embolism) Salur darah paru-paru tersumbat berlaku apabila tiba-tiba aliran darah melalui arteri paru-paru tersekat. Ini adalah disebabkan oleh gumpalan darah beku kecil ...
Baca Lagi
Pengenalan Batuk berdarah adalah darah yang keluar bersama kahak ketika batuk, berpunca dari paru-paru. Darah yang keluar mungkin setitik dua, segaris atau dengan kuantiti yang banyak. Batuk berdarah mempunyai banyak punca atau penyebab. Yang penting sekali adalah memastikan darah itu keluar dari paru- paru dan bukan dari organ yang lain ...
Baca Lagi
Pengenalan Penyakit ruang/rongga pleura melibatkan membran nipis yang dipanggil pleura yang melapisi paru-paru luar dan lapisan bahagian dalam dinding paru-paru. Antara lapisan tisu adalah ruang yang sangat nipis dipanggil ruang/rongga pleura. Biasanya ruang ini dipenuhi dengan sedikit cecair kira-kira 4 sudu teh penuh. Cecair ini membantu kedua-dua lapisan pleura bergerak ...
Baca Lagi
Pengenalan Apakah Permasalahan Pernafasan Semasa Tidur atau “sleep apnoea”? Jika anda mendengkur, anda mungkin mengalami Permasalahan Pernafasan Semasa Tidur yang juga dipanggil “sleep apnoea”. Ada dua terma yang biasa digunakan apabila membincangkan Permasalahan Pernafasan Semasa Tidur, ia adalah “apnoea”, iaitu saluran pernafasan di bahagian atas tersumbat secara keseluruhan dan “hypopnoea” ...
Baca Lagi
Pengenalan Apakah Rehabilitasi Pulmonari? Rehabilitasi Pulmonari (RP) adalah suatu program yang membantu kesejahteraan pesakit yang mempunyai masalah pernafasan kronik. Sebagai contoh RP memberi kesan baik kepada pesakit peparu seperti “chronic obstructive pulmonary disease (COPD)”, “idiopathic pulmonary fibrosis”, “sarcoidosis” atau “cystic fibrosis”. RP juga boleh membantu pesakit-pesakit yang memerlukan pembedahan peparu ...
Baca Lagi
Pengenalan Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak ...
Baca Lagi
Pengenalan Paru-paru adalah organ di dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung udara atau alveoli. Alveoli bertanggungjawab untuk penukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pneumonia adalah radang atau inflamasi pada paru-paru. Ia adalah keadaan di mana alveoli di penuhi dengan sel-sel inflamasi. Akibatnya pertukaran gas-gas terjejas. Pneumonia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman ...
Baca Lagi
Kaedah Membuat Diagnosa Penyakit Asma Secara Objektif Penyakit asma adalah penyakit kronik paru-paru yang menyebabkan saluran pernafasan mengalami radangan (inflamasi), hyper-responsif dan menyempit. Objektif rawatan penyakit asma adalah merawat 2 komponen ini iaitu radangan dan penyempitan saluran pernafasan. Kemajuan di dalam sains dan teknologi perubatan telah melihat evolusi rawatan penyakit ...
Baca Lagi
Pengenalan dan epidemiologi COPD adalah satu penyakit kronik sistem pernafasan, di mana terjadi penyempitan dan radang (inflamasi) pada saluran pernafasan. Ia merupakan sebab keempat kemasukkan dalam hospital dan di jangka pada tahun 2020, ia akan menjadi penyebab kematian ketiga secara keseluruhan. Merokok adalah penyebab utama penyakit COPD. Penyakit ini boleh ...
Baca Lagi

Artikel Berkaitan

Asma

Pengenalan Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,574,661

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia