A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Pemulihan Perubatan (Carakerja)
  6. /
  7. Peranan Pemulihan Carakerja Bagi...

Peranan Pemulihan Carakerja Bagi Program Pemulihan Pesakit Amputasi

Secara umunya pesakit digalakan melakukan aktiviti berikut dengan tujuan meningkatkan keupayaan fizikal serta keyakinan diri

Secara umumnya pesakit digalakan melakukan aktiviti berikut dengan tujuan meningkatkan keupayaan fizikal serta keyakinan diri.

  1. Aktiviti pengurusan diri, seperti mengendalikan sendiri semua urusan berkiatan dengan makan dan minum, memakai dan membuka pakaian, kebersihan diri (buang air kecil dan tandas ditandas serta mandi di bilik air).
  2. Menggalakkan pesakit bergerak sendiri samada menggunakan kerusiroda, tongkat atau prothesis.
  3. Menggalakkan pesakit melakukan aktiviti domestik, samada dengan bantuan atau tanpa bantuan.
  4. Menggalakan pesakit melakukan aktiviti spritual, samada dengan bantuan atau tanpa bantuan.
  5. Menggalakan pesakit kembali menonggang motosikal dan memandu kereta (mengikut keupayaan pesakit).
  6. Menggalakan pesakit kembali berkerja (mengikut keupayaan pesakit)
  7. Menggalakan pesakit kembali kepada aktiviti kemasyarkatan seperti sebelum mengalami amputasi.

Bagi memastikan pesakit boleh melakukan semua aktiviti seharian dengan selamat, pesakit akan menjalani proses penilian spesifik berikut:

  1. Penilaian Aktiviti Seharian
  2. Penilaian Mobiliti dan Peralatan Bantuan dan Adaptasi
  3. Penilaian Domestik
  4. Penilaian dan Cadangan Pengubahsuaian Rumah
  5. Penilaian Pra Pemanduan
  6. Penilaian Pekerjaan

Penilaian Dan Cadangan Pengubahsuaian Rumah

Tujuan penilaian dan cadangan pengubahsuaian rumah dijalankan adalah bagi memastikan pesakit boleh menjalankan semua aktiviti sehariannya dengan selamat. Penggunaan peralatan bantuan dirumah juga akan dipantau. Ini bagi memastikan pesakit  sentiasa boleh berdirikari semua semua aktiviti seharian.

Berikut adalah faktor yang akan dipertimbangkan semasa menjalankan penilaian dan cadangan pengubahsuaian rumah.

    1. Jenis rumah.
    2. Laluan masuk kerumah akan dinilaikan. Ini meliputi laluan masuk dari pintu pagar sehingga pintu rumah. Semua halangan akan dikenal pasti termasuk ketinggian, kelebaran dan keluasan akan diukur.

 

Gambar 21. Halangan laluan masuk.

  1. Penilaian Dalam Rumah.

Bagi memastikan pesakit boleh menjalankan semua aktiviti sehariannya tanpa bantuan. Semua perkara dan halangan berikut akan dikenal pasti serta diminimakan atau diatasi. Ini meliputi

  1. Kelebaran pintu masuk
  2. Keluasan, susun-atur semua perabut dan peralatan serta kekemasan diruang tamu
  3. Keluasan dan halangan laluan dari ruang tamu ke bilik, bilik air/tandas dan dapur
  4. Keadaan ,keluasan, susun-atur perabut dan peralatan serta kekemasan bilik/bilik tidur
  5. Keadaan, keluasan, susun-atur perabut dan peralatan serta kekemasan diruang makan
  6. Keadaan, keluasan, susun-atur perabut dan peralatan serta kekemasan didapur.

Gambar 22. Susun-atur perabut di ruang dapur.

Gambar 23. Ruang dan susunatur ruang dapur.

Gambar 24. Ruang Dapur yang mersa pesakit / OKU

  1. Jenis tandas dan bilik mandi.

Gambar 25.1. Keadaan tandas dan bilik air rumah pesakit

Gambar 25.2 Keadaan tandas dan bilik air yang mesra pesakit/OKU

  1. Keadaan lantai

Keadaan, aras/ketinggian dan jenis lantai akan dipertimbangkan. Keadaan lantai yang licin, aras lantai yang tidak sama atau sekata akan menganggu pergerakan pesakit. Ini juga akan menyebabkan pesakit mudah tergelincir dan jatuh. Oleh itu semua masalah ini akan diminimakan atau dicadangkan pengubahsuaian.

  1. Kesesuaian Suis dan soket.

Kesesuaian suis dan soket akan dinilaikan. Faktor berikut akan diambil kira, iaitu ketinggia dan jenis suis dan soket yang digunakan. Semua faktor yang menghalang kebolehan pesakit berdirikari akan dicadangkan untuk diminimakan.

  1. Tangga dan bendul .

Bagi memastikan pesakit boleh berdikari dan bergerak tanpa halangan. Semua halangan yang ada dilaluan pesakit akan dikenalpasti dan diminimakan. Ketinggian dan bilangan anak tangga akan diambil kira. Pesakit akan dicadangkan alat-alat bantuan untuk membantu menaiki tangga. Ini seperti Graps Bar atau ramps. Walaubagimanapun ini bergantung kepada kemampuan pesakit dan keluarga.

Gambar 26.1 Laluan Masuk/pintu rumah yang ada anak tangga.

Gambar 26.2. Laluan masuk yang ada ramps

Gambar 26.3. Laluan masuk

PENILAIAN DOMESTIK

Bagi  memastikan pesakit berupaya untuk berdikari sepenuhnya, pesakit akan dinilaikan keupayaannya dan dilatih untuk melakukan aktiviti domestik. Semua masalah yang dihadapi akan diminimakan dan  dicadangkan peralatan bantuan.

 

 

 

 

Gambar 27. Latihan Domestik

PENILAIAN PRA PEMANDUAN

Pesakit yang sesuai dan berupaya akan digalakan untuk kembali menunggang dan memandu seperti sebelum pesakit menjalani amputasi. Pesakit akan dinilaian secara keseluruhan. Ini meliputi keupayaan fizikal dan kebolehan pesakit mengendali dan mengawal kenderaan dengan selamat. Semua masalah yang dihadapi pesakit akan diambil kira. Ini termasuk kebolehan pesakit mengawal sistem pedal kenderaan, kawalan stering dan juga tingkah-laku semasa pesakit memandu. Kemudian cadangan pengubahsuaian akan diberikan mengikut kesesuaian dan keselamatan pesakit.

Gambar 28.1. Memandu dengan menggunakan kawalan tangan

Gambar 28.2. Penilaian Pemanduan OKU  

Gambar 28.3. Pesakit kembali menunggang

Gambar 28.4 Pesakit kembali menunggang

PENILAIAN PEKERJAAN

Pesakit yang berupaya dan sesuai akan digalakan untuk kembali berkerja. Bagi memastikan pesakit  berupaya dan masih produkatif. Pesakit akan menjalani penilaian yang komprehensif  seperti Penilaian Kasiti Kefungsian (Functional Capacity Evaluation). Dimana keupaya pesakit akan dikenalpasti dan disesuaikan dengan keperluan perkerjaan (Jobs Demands). Penilaian tempat pekerjaan (Jobs Site Analysis) juga akan dijalankan, memastikan semua masalah dan halangan. Masalah dan halangan ini akan diminimakan agar, pesakit boleh berfungsi dengan maksima.  

Gambar 29.1. Lawatan tempat kerja

Gambar 29.2. Halangan dan masalah ditemapt kerja akan dikenal pasti.

AKTIVITI RIADAH(LEISURE) DAN KEAGAMAAN

Pesakit akan sentiasa digalakan untuk melakukan aktiviti riadah mengikut keupayaan dan keselesaan. Disamping itu pesakit juga digalakan untuk melakukan melakukan aktivti keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing. Pesakit yang beragama Islam akan mengikut kelas-kelas bimbingan bagi memastikan pesakit boleh kembali melakukan ibadat dengan selesa.

Gambar 30.1 Kelas Bimbingan Fardu Ain

Gambar 30.2. Pesakit diajar untuk mengerjakan solat mengikut kemampuan.

Gambar 31. Aktiviti Riadah

PERALATAN BANTUAN DAN ADAPTASI

Bagi memastikan pesakit ampute boleh berdikari dalam semua aktivti seharianya. Peralatan berikut dicadangkan bagi kegunaan pesakit. Walau bagaimanapun, pembelian peralatan ini adalah bergantung kepada kemampuan pesakit dan keluarga.

Gambar 31. Jenis kerusiroda yang bersesuaian.

Gambar 32: Commode dan Grabs bar, peralatan bantuan di tandas dan bilik mandi .

   

Gambar 33: Jenis-jenis alat bantuan berjalan

RUJUKAN 

  1. Ade S, Eckert J: Occupational therapists’ expertise in work rehabiliation and ergonomics. work. 2008, 2008: 1-3.Google Scholar
  2. Aitken RC: To work or not to work: that is the question. Br J Ind Med. 1990, 47: 436 -441.PubMedPubMed CentralGoogle Scholar
  3. Amputee Rehabilitation (Maklumat dan Panduan Pesakit). Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Kuala Lumpur (2010).
  4. Developed by Kristin L. Gulick, OTR/L, CHT, for the American Occupational Therapy Association. Updated and copyright © 2016 by the American Occupational Therapy Association. This material may be copied and distributed for personal or educational uses without written consent. For all other uses, contact copyright@aota.org.
  5. Meriano C, Latella D: Occupational Therapy Interventions Function and Occupations. 2008, Thorofare: SLACK IncorporatedGoogle Scholar
  6. Otto Bock Prosthetic Compendium, Lower Limb Prostheses, 3rd revised and enlargement edition
  7. Radomski, M.V and Latham, C.A.T (2008). Occupational Therapy For Physical Dysfunction: Lippincott Williams and Wilkins
  8. Radomski, Mary Vining and Catherine A. Trombly Latham (2008). Occupational Therapy for Physical Dysfunction. Lippincott Williams and Wilkins.
  9. Otto Bock Prosthetic Compendium, Lower Limb Prostheses, 3rd revised and enlargement edition.
  10. Therapy For Amputees (Third Edition) Edited By: Barbara Engstrom, Catherine Van De Ven
  11. Wright M: Early return to work & occupational therapy. OT Practice (OT PRACT). 1997, 2: 36-42.Google Scholar
  12. Ziegler-Graham, K., MacKenzie, E. J., Ephraim, P. L., Travison, T. G., & Brookmeyer, R. (2008). Estimating the prevalence of limb loss in the United States: 2005 to 2050. Archives of Physical Medicine and Rehabilitation, 89, 422–429. http://dx.doi.org/10.1016/j.apmr.2007.11.005.

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis :  Rosli Bin Rahim
Akreditor : Mohd Amir Bin Mohd Hashim
Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,053,293

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia