A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ketuat – Dewasa

Ketuat disebabkan oleh jangkitan virus, human papillomavirus (HPV). Ia boleh melibatkan bahagian kulit dan mukosa seperti di bahagian alat kelamin lelaki dan perempuan.

Ketuat disebabkan oleh jangkitan virus, human papillomavirus (HPV). Ia boleh melibatkan bahagian kulit dan mukosa seperti di bahagian alat kelamin lelaki dan perempuan.

Penyebab

Terdapat lebih dari 100 jenis HPV dengan pelbagai jenis gejala. Ketuat yang biasa disebabkan oleh HPV jenis 2 dan 4 (paling kerap), diikuti dengan jenis 1, 3, 27, 29, and 57. Ketuat yang dalam tapak tangan dan kaki disebabkan oleh HPV jenis 1 (paling kerap), diikuti jenis 2, 3, 4, 27, 29, and 57. Ketuat yang leper disebabkan oleh HPV jenis 3, 10, and 28

Ketuat berjangkit dari individu ke individu lain melalui sentuhan. Ia juga boleh merebak dari satu bahagian ke bahagian lain individu yang sama melalui autoinokulasi. Risiko jangkitan lebih tinggi jika lapisan kulit luaran tidak normal.

Terdapat beberapa jenis HPV yang boleh menyebabkan kanser seperti HPV jenis 6,11,16,18 dan 35. Transformasi kepada kanser boleh berlaku sekiranya ia melibatkan bahagian mukosa alat kelamin atau individu yang kurang daya tahan sistem imun.

Gejala-gejala

Ketuat boleh melibatkan semua peringkat umur tetapi kebiasaanya melibatkan kanak-kanak dan remaja dari umur 12 hingga16 tahun. Terdapat pelbagai jenis ketuat seperti ketuat yang biasa (common wart), ketuat berbentuk filiform, ketuat dibahagian alat kelamin (genital wart), ketuat yang leper (flat wart) atau ketuat yang dalam di tapak tangan dan tapak kaki (deep palmoplantar warts).

Ketuat yang biasa juga dipanggil verruca vulgaris (Gambar 1). Ia mempunyai permukaan yang tidak rata dan bersaiz 1 mm hingga 1 sm. Ketuat berbentuk filiform (Gambar 2) timbul kebiasaannya di bahagian muka dan kelopak mata tetapi boleh melibatkan bahagian badan yang lain. Ketuat yang dalam di bahagian tapak kaki (Gambar 3) kebiasaanya melibatkan kawasan yang menanggung berat badan, dekat jari-jari kaki dan tumit kaki. Ketuat yang leper (Gambar 4) mempunyai permukaan yang licin atau sedikit kasar dan bersaiz 1-5 mm. Bilangannya boleh melebihi beberapa biji dan melibatkan bahagian muka, tangan dan kaki.

Gambar 1: Ketuat biasa Gambar 2: Ketuat berbentuk  Filiform
 
Gambar 3: Ketuat tapak kaki Gambar 4: Ketuat leper pada tangan

Rawatan

Terdapat pelbagai rawatan tetapi agak sukar untuk membuang ketuat sepenuhnya. Rawatan mungkin perlu dilakukan berulang kali sebelum ketuat hilang sepenuhnya. Tanpa rawatan, 65% ketuat boleh hilang selepas 2 tahun. Namun begitu,  tanpa rawatan, ia boleh membesar dan merebak lebih banyak.

Terdapat pelbagai rawatan seperti berikut:

  1. Asid salicylic. Ianya boleh dibeli dan disapu atau di tampal dibahagian yang terlibat. Efektif  untuk 70 hingga 80% pesakit.
  2. Cryoterapi dengan suhu -196ºC boleh digunakan dan memerlukan rawatan ulangan setiap 1-4 minggu sehingga baik keseluruhannaya.
  3. Podophyllin khusus untuk rawatan ketuat di bahagian alat kelamin dan hanya boleh digunakan oleh doktor atau pegawai kesihatan yang terlatih.
  4. Laser terhad kepada beberapa keaddan kerana risiko yang tinggi kepada pengendali laser dan boleh berjangkit melalui saluran pernafasan.
  5. Tricholoacetic acid juga boleh digunakan untuk rawatan ketuat di bahagian alat kelamin dan hanya boleh digunakan oleh doktor atau pegawai kesihatan yang terlatih.
  6. Imiquimod mengubah respon sistem imun dan boleh di gunakan untuk rawatan ketuat di bahagian alat kelamin.

Rujukan

  1. Silverberg NB. Human papillomavirus infections in children. Curr Opin Pediatr. Aug 2004;16(4):402-9.
  2. Bellew SG, Quartarolo N, Janniger CK. Childhood warts: an update. Cutis. Jun 2004;73(6):379-84.
  3. Goldfarb MT, Gupta AK, Gupta MA, Sawchuk WS. Office therapy for human papillomavirus infection in nongenital sites. Dermatol Clin. Apr 1991;9(2):287-96.
  4. Perrett CM, Harwood C, Brown V. Topical 5% imiquimod treatment for refractory cutaneous warts. J Am Acad Dermatol. 2004;50(3):P41.
  5. Bourke JF, Berth-Jones J, Hutchinson PE. Cryotherapy of common viral warts at intervals of 1, 2 and 3 weeks. Br J Dermatol. Mar 1995;132(3):433-6.
  6. Sloan K, Haberman H, Lynde CW. Carbon dioxide laser-treatment of resistant verrucae vulgaris: retrospective analysis. J Cutan Med Surg. Jan 1998;2(3):142-5.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Datin Dr. Asmah bt. Johar
Akreditor : Datuk Dr. Roshidah bt. Baba
Penyemak : Dr. Nazatul Shima bt. Abd Rahim

Artikel Berkaitan

Apa Itu Panau

Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,363

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia