A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Remaja Umum
  6. /
  7. Hak Jagaan Di Bawah...

Hak Jagaan Di Bawah JKM

Hak Penjagaan untuk menempatkan seseorang remaja dalam jagaan JKM akan diputuskan selepas kes tersebut dibentangkan ke mahkamah.

Kriteria Untuk Jagaan

Hak Penjagaan untuk menempatkan seseorang remaja dalam jagaan JKM akan diputuskan selepas kes tersebut dibentangkan ke mahkamah. Tanggungjawab utama dalam menempatkan anda di pusat jagaan adalah untuk memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan anda terjamin setiap masa. Keputusan mengenai hak penjagaan yang dibuat oleh Hakim adalah berdasarkan “kepentingan terbaik kanak-kanak”. “Kepentingan terbaik kanak-kanak” dari segi undang-undang menghendaki mahkamah untuk memberi tumpuan kepada keperluan kanak-kanak dan bukan berdasarkan keperluan ibu bapa.

Sumber: www.hearingaids.com.my

 

Hakim perlu melihat pada pelbagai aspek untuk memastikan keputusan mereka berdasarkan kepentingan terbaik anda sebagai seorang kanak kanak (Akta Kanak – Kanak 2001):

  1. Adakah ibubapa anda mendera anda?
  2. Adakah ibubapa terlibat dalam penyalahgunaan sama ada dadah atau alkohol?
  3. Adakah anda terdedah kepada keganasan rumah tangga?
  4. Adakah anda sebagai kanak-kanak mempunyai tempat yang selamat untuk hidup?
  5. Adakah anda sebagai kanak-kanak dapat cukup makan dan pakai?
  6. Adakah anda mendapat pengawasan dan penyeliaan yang mencukupi?
  7. Adakah anda mendapatkan sokongan emosi yang mencukupi?

Apakah kelebihan untuk hidup dalam jagaan?

  1. Anda akan menerima sokongan ekonomi yang mencukupi
  2. Keselamatan anda terjamin
  3. Anda dikeluarkan dari sebarang konflik
  4. Anda mendapat kestabilan emosi

Bagaimana untuk mengatasi pengaruh negatif?

  1. Sentiasa berfikiran positif
  2. Luah dan kongsi kebimbangan anda dengan rakan anda
  3. Laporkan kepada penyelia atau pegawai anda jika terdapat sebarang masalah
  4. Laporkan sebarang kejadian buli (

Menangani perubahan hidup ( Perubahan Hidup )

Perkara yang anda boleh lakukan untuk menghadapi perubahan kehidupan lebih mudah:

  1. Raikan sebarang perkara positif.
  2. Terima dan merangka semula.
  3. Uruskan tekanan atau masalah anda dengan baik (Pengurusan Stres)
  4. Menerima hakikat dan mengakui ianya
  5. Tanya diri anda adakah anda boleh mengawal keadaan.
  6. Bertindak segera dan dapatkan sokongan.
Sumber: www.themalaysiantimes.com.my

 

Semakan Akhir : 25 Jun 2018
Penterjemah : Dr. Siti Aishah Bt. Saidin
Akreditor : Dr. Rozimah Bt. Abdul Latiff

Artikel Berkaitan

Bagaimana Otak Remaja berfungsi!

Remaja sering kali menjadi mangsa salah faham oleh orang dewasa. Sebahagiannya adalah kerana otak mereka masih belum matang sepenuhnya dan orang dewasa biasanya cepat menilai apa saja tindakan yang dilakukan.

Etika YouTube

Sumber: http://www.molotov-jukebox.co.uk/sharingIcons/icon_youtube.png Etika YouTube secara umumnya memberi tumpuan kepada pengguna

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,435,862

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia