A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Remaja Umum
  6. /
  7. Sekolah Menjengkelkan!

Sekolah Menjengkelkan!

Kita semua pernah pergi ke sekolah, samada sekolah kerajaan atau sekolah swasta. Mengikut sistem pendidikan Malaysia, 11 tahun dari kehidupan kita dihabiskan di sekolah.

Sekolah adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan kita semua. Kita semua pernah pergi ke sekolah, samada sekolah kerajaan atau sekolah swasta. Mengikut sistem pendidikan Malaysia, 11 tahun dari kehidupan kita dihabiskan di sekolah. Kehidupan disekolah pastinya mempengaruhi cara kita berfikir, cara kita memilih kawan dan cara kita berinteraksi dengan masyarakat. Oleh itu, sekolah itu penting untuk membentuk setiap individu.

Walaupun kebanyakkan dari kita mempunyai kenangan indah di sekolah, namun ada ramai juga di antara kita merasakan sekolah bukan tempat yang menggembirakan kerana pelbagai sebab.

Bagi remaja yang merasakan sekolah adalah satu penyeksaan, ini adalah antara sebab-sebabnya:

  • Bangun awal pagi

    Ada remaja merasakan untuk bangun awal adalah satu penyeksaan dan sekolah pula memerlukan mereka tepat pada masa. Ramai remaja memilih untuk ponteng apabila mereka tidak dapat bangun awal. Akibatnya mereka mendapat surat amaran dari sekolah dan sering dimarahi guru dan ibu bapa.

  • Kerja rumah dan banyak lagi kerja rumah!

    Kerja rumah dan sekolah tidak dapat dipisahkan. Beban kerja rumah boleh menjadi beban yang besar terutamanya kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Jumlah kerja rumah yang diberikan oleh guru boleh mengambil banyak masa lapang mereka dan oleh itu sekolah boleh menjadi sesuatu yang menyiksakan dan membebankan anak-anak ini.

  • Peperiksaan yang mengerikan!

    Tiada sesiapa yang suka peperiksaan, namun, sekolah tidak lengkap tanpa peperiksaan. Peperiksaan boleh menimbulkan setiap pelajar merasa stres.. Guru, ibu bapa dan rakan-rakan yang gemar membandingkan keputusan akan mengurangkan keseronokan semasa bersekolah.

    Kepentingan dan tekanan yang diberikan untuk mengejar akademik semata-mata boleh menjadikan alam persekolahan kurang menarik. Remaja lebih gemar aktiviti sukan, aktiviti luaran dan kerja kreatif. Walaupun peperiksaan itu penting dan mustahak, namun ia boleh menyukarkan kehidupan seseorang.

  • Buli

    Buli boleh berlaku di sekolah samada oleh rakan sebaya atau mereka yang lebih berumur. Buli menyebabkan sekolah sebagai sesuatu tempat yang tidak menggembirakan. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal, lisan dan juga seksual. Bagi sesetengah remaja, mereka akan memendam perasaan dan menderita bersendirian. Dalam keadaan yang begini, sekolah boleh merupakan mimpi yang ngeri!

  • Pembelajaran yang membosankan dan suasana yang terlalu serius!

    Sekolah akan menjadi tempat yang menjengkelkan jika penyampaian pelajaran membosankan dan sangat sedikit masa diperuntukkan untuk aktiviti seni dan sukan. Suasana yang membosankan akan menyebabkan remaja tidak mahu datang ke sekolah.

Bagi sesetengah remaja, sekolah adalah perkara yang membosankan. Walau bagaimanapun ia adalah era paling penting dalam kehidupan kita kerana ia membentuk personaliti dan keperibadian kita. Kita menghabiskan separuh daripada kehidupan kita di sekolah dengan berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya. Bagi mereka yang mendapati sekolah amat sukar, ingatlah ia hanyalah fasa sementara dan anda boleh melakukan perkara yang anda suka di luar sekolah seperti dalam latihan kemahiran dan keusahawanan. Ikuti kata hati anda dan jangan kecewa jika sekolah bukan tempat kegemaran anda. Ramai orang berjaya dan gembira walaupun mereka telah tercicir dari sekolah.

Rujukan

  1. School a waste of Time-Debate.org
  2. Why school is a waste of time-college humour

 

Semakan Akhir : 25 Jun 2018
Penulis : Dr. Siti Aishah bt. Saidin
Akreditor : Dr. Harlina bt. Bahar

 

Artikel Berkaitan

Etika Menulis Blog

Blog adalah satu laman web tidak formal yang selalunya berformatkan seperti sebuah diari. Blog sering  mengandungi maklumat atau perbincangan mengenai sesuatu perkara.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,055

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia