A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Teknik Penggunaan Ubat
  6. /
  7. Teknik Penggunaan Ubat Titis...

Teknik Penggunaan Ubat Titis Hidung

Nasal drop merupakan ubat titis hidung yang selalunya digunakan bagi melegakan hidung yang tersumbat akibat selesema. Ia bertindak dengan mengecilkan saluran darah di dalam hidung seterusnya mengurangkan pengaliran darah ke lapisan hidung sekaligus mengurangkan bengkak di sekitar lapisan hidung yang menyebabkan pesakit berasa hidung mereka tersumbat.

Pengenalan

Nasal drop merupakan ubat titis hidung yang selalunya digunakan bagi melegakan hidung yang tersumbat akibat selesema.

Ia bertindak dengan mengecilkan saluran darah di dalam hidung seterusnya mengurangkan pengaliran darah ke lapisan hidung sekaligus mengurangkan bengkak di sekitar lapisan hidung yang menyebabkan pesakit berasa hidung mereka tersumbat.

Jenis-jenis ubat Nasal Drop

Berikut adalah di antara beberapa jenis ubat yang di gunakan bagi melegakan hidung tersumbat yang terdapat di pasaran:

Nasal drop yang mengandungi decongestant

  1. Oxymetazoline Nasal Drop (0.025%) – untuk kanak-kanak
  2. Oxymetazoline Nasal Drop (0.05%) – untuk dewasa
  3. Ephedrine 0.5% Nasal Drop

Nasal drop yang tidak mengandungi decongestant

  1. Normal Saline Nasal Drop – untuk bayi

Cara Penggunaan Nasal Drop untuk dewasa/kanak-kanak

  1. Hembus hidung perlahan-lahan
  2. Basuh tangan dengan air dan sabun sebersihnya
  3. Periksa hujung penitis dengan memastikan ia tidak rosak atau pecah
  4. Elakkan hujung penitis daripada menyentuh hidung anda
  5. Dongak kepala sejauh yang anda mampu atau berbaring di atas permukaan yang rata dengan kepala dibiarkan tanpa sokongan
  6. Titiskan ubat tersebut mengikut arahan yang ditetapkan
  7. Kemudian, duduk dengan kepala ditundukkan ke arah lutut. Gelengkan kepala ke kanan dan ke kiri.
  8. Berada di posisi di atas untuk beberapa minit
  9. Tutup botol ubat dan basuhlah tangan anda semula

Cara Penggunaan Nasal Drop untuk untuk bayi (Normal Saline Nasal Drop)

  1. Baringkan bayi anda secara menelentang. Letakkan tuala yang digulung di bawah bahunya supaya kepala berada di bawah paras dada.
  2. Titiskan 2 atau 3 titis ubat ke dalam setiap lubang hidung. Biarkan selama 30 – 60 saat.
  3. 3. Kemudian, alihkan bayi anda supaya berada dalam keadaan meniarap. Ini membolehkan hingus mengalir keluar.
  4. Lapkan lelehan hingus dan bersihkan sekeliling lubang hidung menggunakan tisu yang lembut. Jangan gunakan putik kapas.
  5. Anda boleh juga menggunakan penyedut hidung (nasal bulb) sekiranya perlu.

Kesan Sampingan

Berikut adalah antara kesan sampingan yang biasa berlaku apabila anda menggunakan nasal drop yang mengandungi decongestant:

  1. Iritasi (rasa pedih atau kegatalan) pada lapisan hidung
  2. Kering pada lapisan hidung
  3. Rasa pedih pada tekak
  4. Sakit kepala
  5. Bersin

Langkah berjaga-jaga

  1. Ubat ini untuk dititiskan ke dalam hidung sahaja. Bukan untuk dimakan.
  2. Bagi ubat yang mengandungi decongestant, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakannya secara berterusan. bagi tempoh tertentu (rujuk label ubat). Ini adalah kerana, penggunaan yang berlebihan boleh mengurangkan keberkesanan ubat. Selain itu, jika digunakan dalam jangka masa yang lama, hidung anda akan kembali tersumbat jika anda tiba-tiba berhenti menggunakannya.
  3. 3. Bagi tujuan kebersihan, jangan gunakan ubat ini selepas 28 hari ubat dibuka.
  4. Setiap botol ubat hanya boleh digunakan oleh seorang pesakit sahaja bagi mengelakkan penularan jangkitan merebak.

Cara Penyimpanan

  1. Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik dan jauh daripada sinaran matahari atau haba
  2. Jauhkan daripada kanak-kanak

Peringatan

  1. Sila patuh pada arahan penggunaan ubat.
  2. Gunakan nasal drop hanya mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
  3. Sila beritahu kepada doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, masalah kalenjar tiroid dan sebagainya.
  4. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan lain.
Semakan Akhir : 16 Disember 2013
Penulis : Rose Aniza bt. Rusli
Akreditor : Norhayati bt. Musa

 

Artikel Berkaitan

Antioksida

Apakah itu antioksida? Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,595

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia