A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apakah definisi perkahwinan?

Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah.

Perkahwinan adalah asas kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat.

Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang.

 

Perkahwinan berbanding bersekedudukan

Kajian menunjukkan mereka yang berkahwin lebih gembira, sihat, panjang umur dan menikmati kesihatan mental yang lebih baik dan bermakna serta kurang berisiko untuk didera secara fizikal.

Bersekedudukan (tinggal bersama sebagai satu keluarga tanpa perkahwinan yang sah) tidak memberi manafaat yang sama seperti pasangan yang berkahwin.

Malah meningkatkan konflik, persengketaan dan risiko perceraian dalam perkahwinan akan datang.

 

Tip perkahwinan bahagia dan berkekalan

  • Pilih pasangan dengan bijak. Ini merupakan salah satu keputusan penting yang akan dibuat oleh seseorang dalam kehidupannya
  • Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin
  • Bersedia secara fizikal, emosi, mental, rohani dan kewangan sebelum anda berkahwin
  • Jadikan perkahwinan keutamaan hidup anda. Luangkan masa bersama dan hargai pasangan anda
  • Dapatkan kemahiran berkomunikasi dan jalinkan perhubungan sihat
  • Dapatkan sebanyak mungkin ilmu sebelum kahwin
  • Berkahwinlah semasa usia anda dalam lingkungan 20an atau lebih
  • Elakkan hubungan seks sebelum berkahwin
  • Elakkan tinggal bersama / bersekedudukan sebelum kahwin
  • Bina perhubungan yang kukuh dengan keluarga dan ibu bapa pasangan masing-masing
  • Hadiri kursus pra-perkahwinan bersama pasangan anda sebelum berkahwin

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abd. Rashid
: Dr. Wan Fadhilah Wan Ismail
Penyemak : Datin Dr. Hjh. Zil Falillah bt. Hj. Mohd. Said

 

Artikel Berkaitan

Sakit Dada

Apakah punca sakit dada di kalangan remaja sihat? Gangguan saluran penghadaman, masalah muskuloskeletal, pneumothorax spontan, hyperventilation (pernafasan yang laju).

Human Papiloma Virus (HPV)

Apa itu jangkitan Human Papilloma Virus? Ini adalah salah satu daripada pelbagai jenis penyakit kelamin di kalangan orang dewasa. Ia mungkin bercirikan dengan ketuat pada bahagian kemaluan (yang kelihatan seperti isi buah anggur). Jangkitan pada pangkal rahim boleh menyebabkan barah pangkal rahim pada masa akan datang.

Remaja & Diet Kilat (Crash Diets)

Hanya cara pemakanan dan pemakanan yang teratur boleh memecahkan lemak berlebihan dan membantu anda mencapai berat badan yang unggul dan kecergasan badan dan minda pada tahap optimum. JANGAN crash diet!!

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,560

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia