A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiasi
  6. /
  7. Apa Itu Radiasi?

Apa Itu Radiasi?

Pengenalan

Radiasi adalah satu bentuk tenaga bergerak. Radiasi bersifat elektromagnet, iaitu, ia terdiri daripada gelombang-gelombang elektromagnet dan tenaga magnet yang bergerak seiringan melalui ruang pada kelajuan cahaya. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV) dari matahari, infrared, gelombang mikro, dan gelombang radio.

Setiap hari kita terdedah kepada radiasi yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang.

Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi, perubatan nuklear, rawatan radioterapi dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan rawatan terbaik. Sebagai contoh : Rawatan radioterapi digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.

 Jenis Radiasi

Terdapat dua jenis radiasi;

  1. Radiasi Pengion (Ionizing Radiation- IR)

    Ia mengandungi tenaga yang secukupnya untuk menghasilkan pengionan. Pengionan adalah proses di mana elektron-elektron dilucutkan daripada atom dan molekulnya. Interaksinya dengan jirim boleh mengubah tindak balas kimia pada tubuh badan yang membawa kerosakan pada tisu biologi termasuk kesan ke atas DNA (asid deoksiribonuklei) atau bahan genetik. Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar gamma adalah contoh radiasi pengion.

  2. Radiasi Bukan Pengion (Non-Ionizing Radiation- NIR)

    Ia tidak mempunyai tenaga secukupnya untuk menyebabkan pengionan dalam jirim hidup. Ia menyebabkan sedikit kesan pemanasan, tetapi tidak cukup untuk menyebabkan sebarang kerosaan jangka panjang pada tisu-tisu. Tenaga radio frekuensi, cahaya nampak dan radiasi mikrogelombang adalah contoh radiasi bukan-mengion. Untuk kekuatan yang sama, radiasi mengion lebih mampu memberi kesan ke atas kesihatan berbanding radiasi bukan-mengion disebabkan oleh proses pengionan.

Pengkelasan Radiasi

Pengkelasan radiasi adalah bergantung kepada tenaga, frekuensi dan panjang gelombang yang dimilikinya. Bahan radiasi yang memiliki tenaga rendah, frekuensi rendah tetapi panjang gelombang yang tinggi dipanggil gelombang elektromagnet yang tidak mengion (electromagnatic wave). TV, Radio, telefon bimbit dan microwave tergolong dalam gelombang elektromagnet. Walaubagaimanapun, ramai saintis berpendapat gelombang tersebut tidak membahayakan kesihatan manusia. Ini kerana tenaga yang dimiliki oleh gelombang elektromagnet adalah rendah dan tidak mengion atom dalam badan.

Infrared merupakan sejenis radiasi yang memiliki frekuensi lebih besar berbanding gelombang elektromagnet. Kemudian diikuti oleh cahaya nampak (visible light) dan ultraviolet. Radiasi yang mempunyai tenaga dan frekuensi tinggi adalah sinar-x dan sinar gamma dan tergolong dalam sinaran mengion. Radiasi seperti ini boleh mengancam kesihatan manusia jika dos yang diterima melebihi hadnya.


Spektrum Elektromagnet

Punca Radiasi

  1. Secara Semulajadi: seperti dalam Bumi dan dari Kosmik
  2. Buatan Manusia: seperti digunakan dalam bidang perubatan (X-ray, CT Scan, Perubatan Nuklear dan Radioterapi)
  3. Lain-Lain Punca: seperti kitaran bahan bakar nuklear


Punca-punca Radiasi

Kesan Radiasi

Badan yang terdedah kepada radiasi sebenarnya akan menerima kesan dalam jangka masa singkat dan jangka masa panjang. Bagaimanapun ia bergantung sebanyak manakah kita terdedah kepada radiasi tersebut. Terdapat dua kesan apabila kita terdedah kepada radiasi iaitu stochastic effect dan deterministic effect.

Stochastic effect biasanya berlaku dikalangan mereka yang terdedah kepada amaun radiasi yang sedikit dan tidak ada had. Tetapi kemungkinan mendapat kesan ini akan meningkat dengan meningkatnya amaun radiasi yang diterima. Kesan stokastik ini tidak dapat dilihat dalam masa terdekat, tetapi akan dapat dikesan dalam jangkamasa panjang seperti pertumbuhan sel kanser dalam badan.

Deterministic effect merupakan kesan yang boleh dilihat serta merta atau dalam masa singkat selepas terdedah kepada radiasi. Biasanya amaun radiasi yang terdedah adalah tinggi untuk memberi kesan deterministic ini kepada seseorang. Sebagai contoh kepada mereka yang menerima kesan ini adalah kulit terbakar. Tetapi deterministic effect ini mempunyai tahap dipanggil threshold level yang mana kesannya tidak dapat dilihat di bawah dos 0.5 Sv (Sievert).

Secara jelasnya, sukar untuk menyatakan kita tidak akan menerima kesan jika terdedah kepada radiasi walaupun dengan amaun yang sedikit. Ini kerana kita mungkin akan mendapat stochastic effect yang membawa kepada pembentukan sel kanser dalam badan. Kesan ini tidak dapat dilihat sekarang tetapi mungkin dalam masa yang akan datang.

Rujukan

  1. Radiation Safety Second Edition 2002, MINT.
  2. IAEA Publications
  3. Sinaran : Asas Kehidupan  Manusia oleh Wan Saffey Wan Abdullah, Agensi Nuklear Malaysia.

 

Semakan Akhir : 9 Januari 2014
Penulis : Mohd Khairudin b. Mohd Samsi
Akreditor : Nik Mohamed Hazmi b. Nik Hussain

Artikel Berkaitan

Penyakit Osgood Schlatter

Osgood Schlatter Disease ialah inflamasi Patella Tendon di kalangan remaja. Struktur Patella Tendon ini terdapat di bawah paras tulang tempurung lutut.

Perawatan Fisioterapi Bagi Terseliuh Buku Lali Kaki

Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak/tercedera. Kecederaan am ini biasa berulang dengan kadar yang tinggi, akibat daripada mendarat di atas kaki plantarflexed dan terbalik.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,139

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia