A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Toksin botulinum adalah merupakan sejenis eksotoksin yang dihasilkan oleh sejenis bakteria yang dipanggil clostridium botulinum. Toksin yang dihasilkan telah menjalani beberapa proses untuk melemahkan tahap toksin supaya tidak membahayakan manusia. Oleh yang demikian toksin ini boleh digunakan dalam bidang perubatan dan kosmetik. Terdapat dua jenis toksin botulinum iaitu toksin jenis A dan B. Apabila toksin ini disuntik ke otot yang berkenaan, ia akan menghalang pengeluaran bahan kima dari otot yang dipanggil “acetylcholine”. Bahan kimia ini akan menyebabkan pengecutan otot. Proses ini boleh dihalang oleh toksin botulinum dan otot berkenaan akan menjadi lemah. Kesan ini adalah bersifat sementara dan fungsi otot berkenaan boleh kembali kepada keadaan asal dalam masa enam hingga sembilan bulan.

Kegunaan

BOTOX/Dysport dihasilkan dari toksin botulinum jenis A. Ia boleh digunakan untuk merawat beberapa masalah otot seperti kekejangan atau kontraksi otot tidak terkawal. Selain rawatan terapeutik, penggunaan BOTOX/Dysport telah meluas dalam bidang kosmetik sebagai salah satu ajen anti penuaan.

Formula Penggunaan yang diluluskan oleh FDA
BOTOX – Kekejangan otot pada anggota kaki dan tangan
– Kontraksi otot tengkuk yang tidak terkawal (cervical dystonia)
– Penghasilan peluh yang tidak terkawal pada tapak tangan atau ketiak (“hyperphidrosis”)
– Kontraksi otot muka yang tidak terkawal (“facial dystonia”)
– Kedutan halus pada kulit muka (“rhytides”)
Dysport – Kontraksi otot tengkuk yang tidak terkawal (cervical dystonia)
– Kedutan halus pada kulit muka (“rhytides”)

Gambarajah 1: Kegunaan BOTOX/Dysport dalam perubatan

Bagaimana BOTOX/Dysport digunakan

Bahan ini perlu disuntik terus ke otot yang berkenaan untuk melemahkan kontraksi otot tersebut. Dos yang diperlukan bergantung kepada keadaan klinikal pesakit. Kesan ke atas otot adalah serta merta dan lebih ketara dalam masa enam hingga tujuh hari. Saiz otot akan mengecil sekiranya suntikan ini dilakukan berulang kali. Ini adalah kesan yang diingini oleh individu yang ingin mengurangkan kedutan pada kulit muka. Saiz otot yang telah mengecil adalah lebih lemah dan dapat mengurangkan kesan kedutan lapisan kulit di atasnya.


Gambarajah 2. Kedutan pada dahi sebelum dan selepas suntikan BOTOX pada otot dahi.

Kesan Sampingan

Teknik suntikan yang salah serta dos yang berlebihan akan menyebabkan kelemahan otot yang meluas. Walaupun kesannya bersifat sementara, kelemahan pada otot penting seperti kawasan kelopak mata atau mulut boleh mengganggu fungsi otot tersebut. Ini boleh menyebabkan kelopak mata tertutup, gangguan semasa makan atau bertutur. Kesan sampingan lain adalah seperti sakit pada tempat suntikan, lebam dan pendarahan pada kulit.

Rujukan

  1. Update on botulinum toxin and dermal ?llers. Zachary J. Berbosa and William J. Liphama,b; Current Opinion in Ophthalmology 2010,21:387–395
  2. Injectable Agents for Facial Rejuvenation: Botulinum Toxin and Dermal Filling Agents. John T. H. Mandeville, M.D., Ph.D. Peter A. D. Rubin, M.D., F.A.C.S.

 

Semakan Akhir : 16 Januari 2015
Penulis : Dr. Salina bt. Ibrahim
Akreditor : Dr. Normala b. Hj Basiron

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,140

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia