1. Patut kah saya rasa bimbang?
Ada banyak penyebab bengkak di leher. Ia mungkin sebahagian dari proses pembesaran yang biasa,atau disebabkan sesuatu yang merbahaya dan memerlukan pemeriksaan/perhatian doktor.
2. Apakah ia sebenarnya?
Ia mungkin:
- Bengkak pada kelenjar tiroid adalah perkara biasa dan sebahagian dari proses pembesaran
- Mungkin disebabkan jangkitan biasa pada tekak, mulut dan telinga
- Kemungkinan ia sesuatu yang merbahaya seperti ketumbuhan
Bengkak boleh terjadi di: Bahagian tengah leher. Bahagian tepi leher anda.
Bahagian tengah leher
Sebab yang paling biasa ialah goiter:
- Ini adalah bengkak pada kelenjar tiroid
- Bengkak akan bergerak bersama semasa anda menelan
Goiter
Kebanyakan remaja akan perasaan terdapat bengkak pada kelenjar tiroid pada peringkat akhir baligh atau mengandung.
- Ia tidak menyakitkan dan bengkaknya tidak jelas kelihatan
- Ini adalah perkara biasa dan dipanggil physiological tiroid
- Ia akan berkurangan apabila usia semakin usia meningkat atau selepas melahirkan anak
Pada sesetengah orang ia disebabkan oleh kurang kandungan iodin dalam darah.
Jika saya ada bengkak kelenjar tiroid. Patutkah saya merasa bimbang?
Anda perlu berjumpa doktor sekiranya:
- Bengkak semakin membesar
- Ia menyakitkan (tiroiditis)
- Anda mengalami penurunan berat badan, rasa berdebar-debar atau selalu rasa panas, gelisah atau berpeluh-peluh (thyrotoxicosis)
- Sekiranya berat badan anda meningkat, sembelit, selalu rasa sejuk atau tidak dapat berfikir secara pantas, cepat, cekap (hypothyroidism)
- Sebab-sebab lain jarang berlaku.
Bahagian tepi leher
Kelenjar parotid (kilang air liur):
- Ia terletak di bawah cuping telinga dan mungkin mencapai hingga ke hadapan telinga
- Berfungsi menghasilkan air liur dalam mulut anda
- Biasanya tidak jelas kelihatan
- Bengkak ini perlu diperiksa/dirawat oleh doktor
Kelenjar limfa (Lymph nodes):
- Boleh dirasai pada kedua-dua belah leher dari dagu hingga ke tulang selangka
- Bertindak sebagai agen pertahanan dalam badan
- Sekiranya ia menyakitkan dan anda sedang demam, ini bermakna anda ada jangkitan kelenjar dan perlu berjumpa doktor untuk rawatan
- Sekiranya ia masih bengkak selepas dua minggu, sila jumpa doktor
3. Siapa yang patut saya hubungi sekiranya saya rasa bimbang?
Doktor keluarga anda adalah orang yang terbaik untuk dihubungi. Dia mungkin akan:
- Meyakinkan anda
- Melakukan beberapa ujian
- Memberi rawatan biasa
- Merujuk anda kepada lain-lain pakar (Pakar Bedah,perubatan dan Endokrinologi)
Iodin
Iodin ialah bahan galian yang terdapat dalam sesetengah bahan makanan. Ia perlu untuk proses pembesaran. Jika anda tidak mengambil iodin mencukupi:
- Pembesaran anda mungkin lambat
- Tahap pemikiran anda berkurangan
- Anda mungkin mengalami bengkak kelenjar tiroid
Bagaimana memastikan pengambilan iodin saya mencukupi?
Iodin boleh diperoleh dalam makanan seperti:
- Makanan laut
- Sesetengah jenis garam yang telah dicampurkan dengan iodin
Sesetengah jenis sayuran boleh menyebabkan kurang kandungan iodin meresap ke dalam badan. Sayuran ini dikenali sebagai goitrogens. Elakkan pengambilan terlalu banyak sayuran seperti:
- Kubis
- Bunga kubis dan brokoli
- Pucuk daun ubi kayu dan ubi kayu. Tetapi sekiranya anda potong kecil-kecil dan rendam dalam air selama setengah jam, ini boleh mengurangkan kadar amaun bagi goitrogens
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Kauthaman a/l Mahendran |
Penyemak | : | Dr. Nazhatussima bt. Suhaili |