Soalan 1 Saya seorang remaja lelaki berumur 22 tahun dan mempunyai masalah gigi yang jarang sehingga menjejaskan penampilan saya. Perlukah saya memakai pendakap gigi atau ada kaedah lain? Jawapan 1 Rawatan ortodontik untuk gigi jarang bergantung kepada diagnosis yang menyebabkan gigi itu jarang. Gigi jarang mungkin disebabkan oleh perkara – perkara berikut:
Pendakap gigi boleh digunakan untuk merawat kes – kes (1) dan (2) sahaja. Kes – kes periodontal perlu dirawat oleh Pakar Periodontik terlebih dahulu sebelum dirujuk ke Pakar Ortodontik untuk rawatan pendakap gigi. Kes (4) perlu dirawat oleh Pakar Pediatrik/Pakar Bedah Mulut dahulu. Cara yang terbaik untuk anda adalah dengan pergi ke klinik pergigian untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat yang bersesuaian dengan masalah anda. Sekian, terima kasih. Soalan 2 Adakah klinik pergigian kerajaan menawarkan rawatan ortodontik (braces) kepada lepasan sekolah atau orang dewasa? Apakah langkah yang perlu saya ambil sekiranya saya ingin mendapatkan rawatan ortodontik kerana gigi tidak teratur? Adakah saya perlu menunggu giliran? Berapakah kos rawatan ortodontik di klinik kerajaan? Jawapan 2 Di klinik pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (klinik pergigian kerajaan), perkhidmatan ortodontik atau ‘brace’ ditawarkan kepada pelajar sekolah, kerana kumpulan ini adalah kumpulan “priority”. Mereka (yang berumur 18 tahun ke bawah) disaring terdahulu untuk menentukan keperluan rawatan mengikut indeks keperluan rawatan. Disebabkan oleh perkara berikut,
Justeru itu, seseorang pesakit baru perlu menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan ortodontik di klinik pergigian KKM. Pesakit yang berhasrat memohon rawatan ortodontik perlu hadir ke klinik pergigian dan mendapatkan pemeriksaan awal dari doktor pergigian. Keadaan gigi dan masalah pesakit akan dinilai oleh doktor gigi. Pesakit akan dirujuk kepada Pakar Ortodontik sekiranya memenuhi kriteria-kriteria (indeks keperluan rawatan) yang telah ditetapkan, untuk itu surat rujukan akan dikeluarkan. Walaupun keutamaan rawatan ortodontik di KKM adalah mereka yang bagi 18 tahun ke bawah, bagi kes orang dewasa (18 tahun ke atas) sekiranya selepas disaring oleh Pakar Ortodontik, dan didapati pesakit perlukan rawatan pelbagai disiplin (multi discipline management) masih boleh diberi pertimbangan untuk diberi rawatan ortodontik di klinik kerajaan. Caj rawatan ortodontik (tanpa pembedahan) berjumlah RM700. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi klinik pergigian berhampiran dengan tempat anda. Semakan Akhir : 9 Ogos 2012 |
E
Ekzema Epilepsy