Ini adalah perkara biasa yang dihadapi oleh ibu bapa apabila anak tidak dapat menyebut bunyi /s/ atau /z/ dengan betul. Ia dikenali sebagai kecelaruan bunyi pertuturan. Bunyi /s/ dan /z/ adalah antara bunyi yang sukar untuk disebut. Kajian menunjukkan kanak-kanak memperoleh bunyi /s/ dan /z/ bermula pada usia tiga hingga lapan tahun. Lihat Carta Speech Sound Development
Bagaimana untuk menyebut bunyi /s/ dan /z/?
Terdapat dua cara untuk menyebut bunyi /s/ dan /z/. Berikut adalah cara-cara tersebut:
Cara Pertama: Bunyi /s/
|
Cara Pertama: Bunyi /z/
|
Cara kedua: Bunyi /s/ dan /z/
- Hujung lidah diletakkan di bahagian belakang gigi bawah.
- Terdapat ruang di bahagian tengah lidah yang membolehkan udara keluar melaluinya.
- Bunyi /s/ tidak akan menggetarkan pita suara apabila udara dikeluarkan.
- Pita suara bergetar apabila menyebut bunyi /z/.
Video cara-cara menyebut bunyi /s/ dan /z/
Apa kesalahan sebutan yang sering berlaku?
Berikut adalah contoh kesalahan bunyi yang sering dilakukan ketika menghasilkan bunyi /s/ dan /z/ dalam perbualan:
Proses |
Contoh |
Penerangan |
Penggantian kepada bunyi letupan |
/sakit/ ? /takit/ /zip/ ? /dip/ |
Kanak-kanak menggantikan bunyi geseran /s.z/ kepada bunyi hentian seperti /p,b,t,d,k,g/. Proses kesalahan ini lazimnya akan hilang pada sekitar usia antara tiga hingga lima tahun. |
Penggantian bunyi /s/ atau /z/ kepada bunyi belakang |
/nasi/ ? /nashi/ |
Kanak-kanak menggantikan bunyi geseran /s, z/ kepada bunyi belakang iaitu /sh, ch, j/. |
Pengguran bunyi /s/ atau /z/ |
/bas/ ? /ba/ /zoo/ ? /u/ |
Berlaku apabila kanak-kanak membuang atau tidak menyebut bunyi tersebut. Bunyi /s/ atau /z/ boleh hilang di awal, tengah atau di akhir perkataan. |
Apakah strategi dalam penghasilan bunyi /s/ dan /z/?
Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan untuk membantu dalam menghasilkan bunyi /s/ dan /z/ dengan betul:
- Bantuan Secara Lisan
- Mulakan latihan dengan menyebut bunyi sasaran secara terang dan jelas.
- Bagi masa untuk kanak- kanak dengar, proses dan tiru bunyi tersebut.
- Jika kanak- kanak boleh menyebut bunyi sasaran dengan betul, tambah bunyi tersebut dengan huruf vokal menjadi sukukata (contoh: /as/, /asa/, /sa/ atau /iz/, /izi/, /zi/) dan seterusnya ke peringkat perkataan (contoh: /sakit/, surat/, /bas/, pisang/ atau /zip/, zirafah/), ayat dan perbualan.
- Bantuan Secara Visual
- Lakukan aktiviti di hadapan cermin.
- Letakkan jari telunjuk di bahagian tepi bibir.
- Sambil menghasilkan bunyi /s/ atau /z/, bayangkan seperti jari ditolak ke belakang sehingga menyentuh hujung telinga.
- Bantuan Secara Sentuhan
- Letak tangan di hadapan mulut kanak-kanak.
- Sebut bunyi /s/ atau /z/.
- Kanak-kanak akan rasa udara keluar dari mulut.
- Bunyi /z/: letakkan tangan dibahagian leher untuk merasa getaran pita suara.
- Retraining Tongue Placement
- Letakkan hujung lidah menyentuh bahagian gigi atas.
- Tutup rapat gigi.
- Dari penghasilan bunyi /t/, tolak lidah ke belakang gigi atas dan keluarkan udara.
- Bibir perlu berada dalam keadaan senyum.
- Butterfly Procedure
- Sesuai untuk kanak-kanak yang melakukan kesalahan penggantian (bunyi geseran).
- Perumpamaan seperti kupu-kupu menaikkan bahagian kepak ke atas (tepi lidah menyentuh gigi atas) dan badan kupu-kupu (ruang di bahagian tengah lidah).
- Membantu kanak-kanak untuk membetulkan aliran udara sendiri.
- Udara sepatutnya keluar melalui bahagian tengah lidah, bukan di bahagian tepi lidah.
JOM BERLATIH MENYEBUT PERKATAAN!!!!
Contoh perkataan (dalam bahasa melayu) yang mempunyai bunyi /s/ dan /z/ adalah seperti di bawah:
Awal |
Tengah |
Akhir |
|
Bunyi /s/ |
Sakit |
Pasu |
Bas |
Bunyi /z/ |
Zip |
Piza |
Kuiz
|
Video Perkataan dengan bunyi /s/ dan /z/ di awal, tengah dan akhir perkataan
- Bunyi /s/ di awal, tengah dan akhir perkataan
- Bunyi /z/ di awal, tengah dan akhir perkataan
ADAKAH ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA? ADAKAH ANDA MEMERLUKAN BANTUAN?
Silalah berhubung dengan Terapis Pertuturan-Bahasa di hospital kerajaan terdekat dengan anda. Jangan tunggu. Masa mencemburui kita semua……
Rujukan
- Bowen, C. (2011, November, 14): Butterfly procedure. Posted in http://www.speech-language-therapy.com/index.php?option=com_content&view=article&id= 48:butterfly&catid=11:admin&Itemid=121
- McLeod, S. (2009). Speech sound acquisition. In J. E. Bernthal, N. W. Bankson & P. Flipsen Jnr (Eds.), Articulation and phonological disorders: Speech sound disorder in children (6th ed., pp 63-120 + 385-405). Boston, MA: Pearson Education.
- Smit, Hand, Freilinger, Bernthal, and Bird (1990), Journal of Speech and Hearing Disorder, 55, 779-798, from therapytoolbox.com/blog-entry/milestones-acquisition-speech sound
- Sowrian, G. (2012, September 21). Improve Your Pronunciation-Study Session 8. Posted to http://www.myenglishclub.com/profiles/blogs/08-improve-your-pronunciation-study-session-8
- Templin, 1957; Wellman et al., 1931, in Sanders-Journal Of Speech and Hearing Disorders, 1973, from www.nona-cdc.com/SPEECH SOUND DEVELOPMENT CHART
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Nurul Haslina bt. Mohd Zin |
Akreditor | : | Marina bt. Abdul Malek |
Penyemak | : | Nadwah bt. Onwi |