Pertumbuhan gigi merupakan salah satu proses dalam perkembangan kegigian. Beberapa fakta yang berkaitan:
|
|
Gambar rajah 2 : Jadual pertumbuhan gigi susu3.
Gambar rajah 3. Jadual pertumbuhan gigi kekal3.
Bagi kebanyakan individu, pertumbuhan gigi akan berlaku dengan lancar. Namun, terdapat keadaan dimana boleh terjadi masalah-masalah seperti berikut :
-
Pertumbuhan gigi yang lewat
- Ini berlaku sekiranya terdapat kelewatan pertumbuhan yang signifikan ataupun sekiranya terdapat gangguan dalam turutan yang sepatutnya.
- Kelewatan jenis umum boleh dilihat pada bayi pra-matang, bayi dengan berat lahir yang rendah dan mereka yang kurang nutrisi4. Ia juga boleh berlaku pada mereka dengan masalah kesihatan seperti Down Syndrome.
- Keadaan seperti jumlah gigi yang berlebihan, kesesakan ruang serta gusi yang terlalu tebal boleh menyebabkan beberapa gigi tumbuh lewat, iaitu dinamakan kelewatan setempat.
- Pertumbuhan gigi awal
- Terdapat situasi dimana bayi baru lahir mempunyai ‘gigi natal’ dan ‘gigi neonatal’.
- Gigi ini selalunya akan tumbuh di bahagian tengah pada rahang bawah5.
- Walaupun ia sebahagian dari kegigian susu, kadang kala gigi jenis ini perlu dicabut.
- Pesakit dengan masalah perubatan seperti Hyperthyroidism dan pesakit yang mencapai akil baligh awal boleh juga menghadapi keadaan gigi tumbuh awal.
- Ketiadaan gigi
- Hypodontia adalah keadaan dimana jumlah gigi tidak mencukupi.
- Seseorang boleh menghadapi ketiadaan sebatang gigi atau lebih.
- Hypodontia boleh berlaku pada seseorang yang sihat ataupun pada pesakit sumbing.
- Gigi berlebihan
- Sesetengah individu boleh menghadapi hyperdontia atau jumlah gigi berlebihan
- Ia boleh berlaku pada individu yang sihat ataupun boleh berkait dengan pelbagai masalah perubatan.
- Hyperdontia berkemungkinan untuk menyebabkan kesesakan dan kelewatan pertumbuhan gigi.
- Struktur gigi yang tidak normal
- Bentuk gigi boleh mempengaruhi pertumbuhan.
- Contohnya gigi dengan akar yang bengkok , seperti gigi yang ‘dilacerated’ teruk, berkemungkinan tidak dapat tumbuh.
- Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi bentuk gigi adalah seperti trauma, kesan ubat dan juga keadaan kesihatan.
Gambar rajah 4. Gigi yang ‘dilacerated’
- Maloklusi
- Ini merujuk kepada keadaan dimana gigi tidak tersusun dengan baik.
- Selalunya terdapat jarak di antara gigi susu. Walau bagaimanapun, jarak dan kesesakan tak sepatutnya berlaku pada kegigian kekal dan memerlukan nasihat pakar pergigian.
- ‘Ugly duckling phase’ adalah satu fasa bersifat sementara, semasa kanak-kanak mengalami pertukaran gigi kekal meggantikan gigi susu.
- Saiz gigi yang tidak berpadanan dengan saiz rahang akan menyebabkan kesesakan dan boleh mempengaruhi pertumbuhan gigi.
- Teething
- Ia merupakan satu fasa ketika gigi sedang muncul atau tumbuh.
- Kanak-kanak yang mengalami teething boleh menunjukkan keadaan yang tidak selesa. Mereka mungkin menunjukkan keadaan seperti menangis, air liur yang mengalir keluar, demam, ruam, gangguan tidur dan kesakitan. Gangguan pemakanan bayi mungkin boleh berlaku6-7.
- Patologi mulut
- Eruption cyst adalah satu pembengkakan yang mungkin berlaku di gusi apabila gigi sedang tumbuh. Ia selalunya akan pecah dan hilang tanpa memerlukan rawatan
- Pericoronitis adalah inflamasi pada gusi yang mengelilingi gigi yang sedang mengalami pertumbuhan. Kadang kala ia boleh menyebabkan simptom seperti sakit, demam, pembengkakan gusi dan kesukaran membuka mulut.
- Terdapat juga penyakit atau patologi mulut seperti sista. Contohnya dentigerous cyst yang berkait dengan gigi yang tidak tumbuh. Sebaliknya, terdapat keadaan seperti ketumbuhan dalam tulang yang boleh pula mengganggu pertumbuhan gigi8-9.
Kesimpulannya, pertumbuhan gigi mungkin boleh dikaitkan dengan pelbagai gangguan dan masalah. Dalam keadaan yang merisaukan, nasihat bersifat professional adalah penting.
Gambar rajah 5 : Radiograf menunjukkan pesakit yang tidak mempunyai beberapa gigi kekal
Gambar rajah 6 : Eruption Cyst yang berisi darah, dikenali juga sebagai eruption hematoma
Rujukan
- Logan WHG, Kronfeld R. Development of the human jaws and surrounding structures from birth to the age of fifteen years. J Am Dent Assoc 1933;20(3):379-427. Adapted by American Dental Association
- Proffit WR, Fields HW. Contemporary orthodontics. 3 rd ed. Mosby Inc.; 2000
- Healthy Mouth by American Dental Association http://www.mouthhealthy.org/en/az-topics/e/eruption-charts
- Harila-Kaera V, Heikkinen T, Alvesalo L. The eruption of permanent incisors and first molars in prematurely born children. Eur J Orthod 2003;25: 293-9
- Cunha RF, Boer FA, Torriani DD, Frossard WT. Natal and neonatal teeth: review of the literature. Pediatr Dent 2001;23: 158-62
- Wake M, Hesketh K , Lucas J. Teething and Tooth Eruption in Infants: A Cohort Study. Pediatrics, 106: 1374–1379, 2000.
- Carpenter JV.The relationship between teething and systemic disturbances. J Dent Child, 45: 381–384, 1978
- Gorlin RJ, Cohen MMJ, Hennekam RCM. Syndromes of the head and neck. New York: Oxford University Press; 2001.
- Buch B, Noffke C, de KS. Gardner’s syndrome – the importance of early diagnosis: a case report and a review. SADJ 2001;56:242-5
Semakan Akhir | : | 13 Februari 2017 |
Penulis / Penterjemah | : | Dr. Suriani bt. Sukeri |
Akreditor | : | Dr. Bahruddin bin Saripudin |